Thursday, October 22, 2015

~ Resipi Mee Kari...

Sheery Dream Cakes | 2:13 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran bersama Mee Kari resipi dari blog Akak Azlita.. Memang berbaloi mencubanya.. Sedap!! Thumbs up! Secara peribadi resipi ini memang tip top.. Terima kasih buat Akak Ita kerana sudi berkongsi resipi Mee Kari ini. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak..


:: Resipi Oleh ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )

MEE KARI
  
Bahan Stock

  • 1/2 kg udang basah


Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya.


Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus. 



Lepas tu kita tapis.




Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.

ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.


Bahan A

  • 1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
  • 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
  • 4 sudu besar rempah kari Baba's _ ( Diana lebihkan sedikit )
  • 1/2 kg daging batang pinang _ Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
  • Udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
  • Fish ball ~ ikut suka
  • 1 cawan kerang _ ( Diana tak letak )
  • 8 keping tahu pong ~ di belah 2
  • 3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
  • Air secukupnya
  • Diana tambah ayam dan kentang 


Bahan Untuk Menumis 
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 tangkai daun kari di raut
  • 2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
  • 1 inc lengkuas
  • 2 inc halia
  • 3 biji buah keras

Bahan Perasa
  • 1 buku gula Melaka
  • 3 keping asam keping
  • 300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
  • 1 kiub daging
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Boleh juga tambah maggi secukup rasa 

Bahan-bahan yang di makan bersama 
  • 1 ikat sawi ~ potong dan celur
  • 1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
  • 3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
  • limau kasturi
  • bawang goreng
  • Lada merah sebagai hiasan
  • Jeruk lada untuk di makan bersama
  • Mee kuning secukupnya 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumis, daun kari dan serai hingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai dan buah keras ).
  3. Masukkan cili kering kisar dan udang kering kisar. Kacau dan tumis hingga naik aromanya.
  4. Kemudian masukkan rempah kari Baba's. Kacau dan masak hingga terbit minyak ( hingga semua bahan betul-betul masak dan garing ).
  5. Masukkan stock udang. Kacau dan renihkan hingga terbit minyak.
  6. Masukkan daging batang pinang dan tambahkan air ( Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga daging empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air ). Biarkan kuah mendidih dan daging empuk.
  7. Masukkan gula Melaka, asam keping, kiub daging dan kiub ikan bilis.
  8. Masukkan santan dan biarkan kuah merenih sebentar. 
  9. Masukkan udang basah, kerang, fish ball dan biarkan ia masak sebentar.
  10. Perasakan dengan garam. tambahkan gula, Maggi secukup rasa serta masukkan kentang goreng yang telah dikisar dan kacau rata ( Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak akan membuatkan kuah manis dan enak )
  11. Akhir sekali masukkan tauhu pong. Kacau dan biarkan ia mesra.
  12. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 20, 2015

~ Resipi Mee Bandung...

Sheery Dream Cakes | 1:12 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri hari ini... Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindunganNya... 

Hari ini ingin Diana kongsikan bersama anda resipi mee bandung yang menggunakan perencah segera.. Sebenarnya sudah agak lama Diana tidak memasak mee bandung.. Teringin pula tekak ni hendak merasanya.. Buat la mee bandung guna perencah Adabi.. Alhamdulillah.. Diana masak ikut bahan yang ada dalam peti ais..

Resipi ini Diana pernah kongsikannya dulu di LifeLogger.. Masa itu Diana masih belum mengenal dunia blog lagi.. Ramai kenalan maya yang Diana kenal di sana.. Alhamdulillah ada yang sampai ke saat ini masih lagi berhubung melalui alam maya.. Banyak kenangan manis waktu bersama LifeLogger.. Moga ikatan persahabatan ini kekal selamanya..


MEE BANDUNG
  
Bahan-Bahan
  • 1 paket mee kuning atau secukupnya _ dicelur dan toskan
  • 2 keping tauhu goreng _ dipotong
  • 400 gm isi ayam / daging batang pinang _ dihiris nipis
  • 15 ekor udang _ dikupas kulitnya ( tinggalkan kepala dan ekornya )
  • Kobis / sawi _ dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan
  • Lobak merah _ dihiris kasar
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan sos tomato Maggi
  • 2 paket Perencah Mee Bandung Adabi
  • Air secukup kegunaan
  • Garam
  • Gula
  • Perencah pati ayam Tumix / Kiub ayam

Bahan Kisar
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan bersihkan
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih 

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik aromanya.
  2. Kemudian masukkan ayam / daging. Kacau dan masak seketika.
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga ayam / daging empuk.
  4. Masukkan perencah Mee Bandung Adabi dan sos tomato. Gaul.
  5. Masukkan pula udang, kobis / lobak. Kacau dan biarkan semuanya masak.
  6. Tambahkan perencah pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasa.
  7. Kecilkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah mee bandung.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama mee kuning dan tauhu goreng.

** NOTE ~ Boleh juga dihidang bersama udang, isi ayam dan hirisan daging yang telah dimasak. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 9, 2015

~ Resipi Pais Ikan...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama resipi Pais Ikan.. Resipi olahan dari resipi Pais Ayam Temasik.. Teringin hendak mencuba ikan pula.. Alhamdulillah sedap..

Kepada tuan empunya resipi Pais Ayam Temasek .. Izinkan dan halalkan Diana olah resipi ini ya.. Terima kasih..

Jom tengok resipi Pais Ikan ini..


:: Olahan dari resipi ~ Pais Ayam temasek 
:: Resipi Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen 

PAIS IKAN
  
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan bersaiz besar _ dibersihkan 
  • 1 helai daun kunyit _ dihiris halus
  • 2 helai daun kunyit _ disiat
  • 2 helai daun limau purut _ disiat
  • 150 ml santan dalam kotak
  • Cili merah _ dihiris
  • Serbuk cili
  • Gula melaka secukup rasa
  • Pes asam jawa + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Daun pisang secukup kegunaan

Bahan-Bahan Kisar ( Diana kisar guna Food Processor )
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 8 biji buah keras 
  • 40 gm halia
  • 40 gm lengkuas
  • 25 gm kunyit hidup 
  • 4 batang serai
  • Cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-Cara
  1. Ambil sedikit bahan kisar dan lumurkan pada seluruh ikan. Perap. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serbuk cili hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. 
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit yang di siat, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya.
  4. Masukkan ikan dan gaul rata. Masak hingga pekat dan hampir kering. 
  5. Sediakan daun pisang, letak ikan tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit serta hirisan cili merah. 
  6. Bungkus dan semat dengan lidi.
  7. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
  8. Hidangkan panas bersama nasi. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 22, 2015

~ Mechanic Birthday Cake...

Sheery Dream Cakes | 9:12 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Mechanic birthday cake ni pun anak perempuan Diana yang buat. Dia buat untuk sepupu suami Diana. Diana tolong ambil gambar je.. Hehhehe... Didalamnya red velvet cake. Jom tengok gambar kek ni lagi..


  
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, May 18, 2015

~ Winnie The Pooh Cake...

Sheery Dream Cakes | 7:16 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni Diana nak kongsikan gambar birthday cake anak sepupu suami Diana yang anak perempuan Diana buat tempoh hari. Winnie The Pooh Cake ni merupakan red velvet cake bersama cream cheese frosting. Jom cuci mata dengan gambar-gambar kek di bawah ni.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, May 13, 2015

~ Mini Moist Chocolate Cake with Nutella Cream Cheese frosting ...

Sheery Dream Cakes | 11:22 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bersua kembali di entri kali ini.. Kali ni tiada resipi hendak dikongsi bersama. Sebab sudah pernah resipi kek coklat dan frosting nya Diana kongsikan di sini. Cuma kali ini Diana sapukan / picitkan nutella pada kek tersebut sebelum lapis lagi dengan cream cheese frosting tu ya. Kemudian lapis dengan sekeping lagi kek coklat dan hias dengan nutella dan cream cheese frosting serta taburkan biskut Famous Amos yang telah dihancurkan. Gabungan rasa yang sangat sedap.

Anda boleh klik DI SINI atau DI SINI untuk resipinya ya. Jom kita cuci mata dengan beberapa keping gambar mini cake ni.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 5, 2015

~ Moist Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kek kali ni merupakan Moist chocolate cake bersama Cream Cheese Frosting dan dekonya pula menggunakan buttercream dan fondant. Diana kongsikan gambar ni bersama anda semua di sini untuk memberi idea kepada sesiapa yang inginkan kek yang comel macam ni ya. Manalah tau ada yang sedang mencari idea nak buatkan kek untuk anak-anak kecil kan... 

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 29, 2015

~ Adobe Photoshop - Actions & Textures...

Sheery Dream Cakes | 7:30 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Hari ini Diana hanya ingin menjawab pertanyaan sahabat maya tentang gambar seperti di atas... Sebenarnya gambar di atas juga melalui proses seperti yang diana terangkan sebelum ini ( Edit guna Lightroom & Adobe Photoshop ).

Semasa mengedit di Adobe Photoshop ( sebagai contoh, Diana guna Adobe Photoshop CS6 ), anda boleh buat proses untuk Actions dan menambah Textures jika suka.. 

Cuba tengok contoh di bawah.. Gambar yang di atas sebelum melalui proses menambah actions & texture.. Gambar yang di bawah pula setelah di tambah keduanya..

::  Sebelum dan selepas  :: 

Jom tengok contoh gambar yang lain..

::  Guna Actions sahaja  ::








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, March 12, 2015

~ Resipi Cream Cracker Chocolate Layered Cheesecake | Tiramisu Cheesekut...

Sheery Dream Cakes | 4:20 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek coklat jika digabungkan bersama cream cheese dan chocolate ganache, sememangnya satu gabungan yang sesuai. Kali ini Diana ingin kongsikan resipi kek coklat yang digabungkan bersama biskut cream cracker dan dilapis pula dengan cream cheese frosting berserta curahan chocolate ganache. Alhamdulillah seisi keluarga suka makan kek ini.

Baiklah, apa kata kita semak bahan-bahan dan cara menyediakan kek ini.

:: Olahan : skybluemelleymey

CREAM CRACKER CHOCOLATE LAYERED CHEESECAKE

Bahan-Bahan
  • Kek coklat _ Resipi Kek Coklat klik DI SINI
  • Cream cheese frosting secukup kegunaan _ Resipinya boleh rujuk di bawah 
  • Chocolate ganache _ Resipinya rujuk DI SINI ( untuk kali ni Diana bubuh sedikit garam di dalam resipi ni )
  • Cream crackers Hup Seng secukup kegunaan
  • Susu segar suam secukupnya

Cara Melapis
  1. Sediakan bekas / loyang yang dialaskan dengan plastik / baking paper.
  2. Letakkan kek coklat di dalamnya.
  3. Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atas kek coklat tadi.
  4. Celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja, jangan sampai lembik ) dan susun di atas kek coklat.
  5. Sapukan atau paipkan adunan cream cheese sekali lagi di atasnya.
  6. Curahkan chocolate ganache di atasnya.
  7. Kemudian sapukan atau paipkan adunan cream cheese di atasnya.
  8. Setelah itu celup cream crackers ke dalam susu segar suam ( celup sekejap sahaja,jangan sampai lembik ) dan susun di atasnya.
  9.  Ulang langkah ini sehingga habis.
  10. Akhiri dengan lapisan chocolate ganache.
  11. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di potong.
** NOTE :~
Jika anda ingin membuat Tiramisu Cheesekut, anda boleh gantikan susu segar suam dengan air nescafe suam ya.

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-Bahan
  • 500 gm cream cheese 
  • 88 gm gm unsalted butter 
  • 1 tin ( 500 gm ) susu pekat manis

Cara-Cara
  • Pukul cream cheese bersama unsalted butter sehingga rata. 
  • Kemudian masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati.
  • Sedia untuk digunakan.

Resipi asal Diana ikut dari blog Nina Mirza sebenarnya. Nama dessert ni Tiramisu Cheesekut. Untuk resipi asal Diana salin resipinya di bawah ya. Terima kasih buat Nina dan izinkan akak kongsikannya di sini ya.

CHEESEKUT TIRAMISU style NINA
Resipi Oleh Nina Mirza 

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus atau lebih biskut lemak. Apa jenama pun tak kisah 
  • 250gm cheese cream ( Philadelpia/Tartura )
  • ½ tin susu pekat manis
  • ½ paket oreo hancur – beli kat bakery
  • Chocolate cream atau nutella secukupnya
  • Choc moist cake untuk base – kalau tak der just abaikan aje
  • Serbuk coklat untuk hiasan

Cara Penyediannya
  1. Mula-mula sediakan cream cheese. Masukkan cream cheese dalam mixer bowl dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan sikit susu pekat manis dan pukul lagi hingga kembang dan sebati rata. Ketepikan. 
  2. Ok sekarang dah siap cream cheese. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik – nanti senang nak keluarkan.
  3. Sediakan air nescafe suam. 
  4. Ok dah siap, Kita mulakan proses melapis. Choc moist cake dipotong dan susun dalam bekas plastik tadi sebagai base. Kalau tak der, abaikan saje step ini.
  5. Lepas tu, ambil sekeping biskut dan celup dalam air nescafe tadi terus kat atas choc moist cake tadi...( Celup 1 saat saja )
  6. Selepas dah susun, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan.
  7. Kemudian taburkan rata-rata oreo hancur kat atas lapisan cheese tadi. Letak banyak-banyak lagi sedap!
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Kali ni Nina sapukan lapisan dengan cream chocolate pula. Kalau tak der boleh digantikan dengan nutella pun ok. Dan kalau tak der nutella, abaikan aje. Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Last sekali Nina taburkan rata serbuk coklat sebagai penutup. Nak senang dan cantik guna penapis. Ayak serbuk coklat kat atas tu.
  11. Tekan-tekan sikit permukaan tu. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.

::  Letak dalam bekas macam ni lebih senang nak makan  ::

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>