Friday, January 25, 2013

~ Oreo Cheesecake Cookies...

Diana @ Melley Mey | 11:21 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Memandangkan hari ini maid cuti.. Jadi banyak kerja yang hendak diuruskan di rumah ini.. Ermm.. Tak tahu apa nak tulis lagi... Hehheheee... Biarlah gambar-gambar di bawah sahaja berbicara ya... Bolehkah gitu? Hehhehee...



Terima kasih buat Passion 4 baking kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. TQ... Muahsss  ❤  




:: Resipi Dari ~  Passion 4 baking  ( TQ )

Bahan²
113 gm mentega ( suhu bilik )
100 gm Philadelphia cream cheese
225 gm gula _ Diana bubuh 200 gm 
1 tsp esen vanilla 
180 gm tepung
100 gm chocolate buttons _ Diana guna 50 gm milk choc + 50 gm biskut oreo yang di cincang kasar
1 pkg biskut Oreo _ buangkan krimnya dan dikisar halus
Pink strawberry chocolate / white chocolate

Cara²
  1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
  2. Pukul mentega dan cream cheese selama 8 minit sehingga sebati dan gebu.
  3. Dengan menggunakan spatula, gaulkan adunan seketika.
  4. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit sehingga ianya sebati. Gaul lagi dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla dan tepung. Pukul adunan  sehingga rata ( boleh juga gaul kaup menggunakan spatula ).
  6. Masukkan chocolate buttons / milk chocolate ( serta biskut oreo jika suka ) dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Dengan menggunakan ice cream scoop, ambil sesudu adunan dan saluti dengan biskut oreo yang telah dikisar halus.
  8. Letakkan di atas dulang pembakar dan buat begini sehingga adunan habis.
  9. Bakar selama 12 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Hias dengan white chocolate cair.








11 comments:

Kella said... Reply

waaahhh.. resepi baru nih! cantiknya akak ni punya gambar2.. saya memang dari dulu pun teruja... kalau masuk sini.. memang tidak mengecewakan!

thanks kak share resepi.. =)

umi's cup cake said... Reply

Terliurnya bila tgk cookies ni. ..rajinnya diana ni...

Asyifa Mustaffa said... Reply

Mnarik juga ni...bdak2 msti suka...:-)

rahel said... Reply

Salam Diana...
terasa kesedapnnya cookies tu di kala menikmati secawan teh hangat...

shaiful zaidi said... Reply

Salam Diana...sungguh menarik teknik penggambaran yg digunakan. Diana bukan sahaja pakar memasak, tapi jugak pakar ambil foto.

Marsita yahya said... Reply

Cantik tertarik ngan cookies tu:)

Rohah said... Reply

mmm kak, tak cukup sekeping klu mkn ni,mahunya satu balang sekali hadap...

faa.rosli said... Reply

nak seketul boleh? hehe.

❤Kamsiah❤ said... Reply

akak suka msuk sini sbb suka sgt dgn cara diana yg kreatif mengambil gambar

Laman Resepi said... Reply

lagi cite pasal oreo... mmg best! suka sgt tengok, belum makan lagi... dah tentu le syok habis!

Kalu boleh kongsikan le kat laman resepi.

Nooriah Abdullah said... Reply

salam Diana, dah pasti sedap ni mesti akak nak cuba jugak lepas ni dan gambar pun sangat menarikss