Friday, January 25, 2013

~ Oreo Cheesecake Cookies...

Sheery Dream Cakes | 11:21 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini bersiaran bersama resipi biskut pula ya… Tiada apa yang hendak diceritakan hari ini.. Apa kata kita terus sahaja semak resipinya..

Terima kasih buat Passion 4 baking kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. TQ


:: Resipi Dari ~  Passion 4 baking  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 113 gm mentega ( suhu bilik )
  • 100 gm Philadelphia cream cheese
  • 225 gm gula _ Diana bubuh 200 gm 
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 180 gm tepung
  • 100 gm chocolate buttons _ Diana guna 50 gm milk choc + 50 gm biskut oreo yang di cincang kasar
  • 1 pkg biskut Oreo _ buangkan krimnya dan dikisar halus
  • Pink strawberry chocolate / white chocolate 


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
  2. Pukul mentega dan cream cheese selama 8 minit sehingga sebati dan gebu.
  3. Dengan menggunakan spatula, gaulkan adunan seketika.
  4. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit sehingga ianya sebati. Gaul lagi dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla dan tepung. Pukul adunan  sehingga rata ( boleh juga gaul kaup menggunakan spatula ).
  6. Masukkan chocolate buttons / milk chocolate ( serta biskut oreo jika suka ) dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Dengan menggunakan ice cream scoop, ambil sesudu adunan dan saluti dengan biskut oreo yang telah dikisar halus.
  8. Letakkan di atas dulang pembakar dan buat begini sehingga adunan habis.
  9. Bakar selama 12 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Hias dengan white chocolate cair.






0 comments: