Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

~ Resipi Ayam Hitam Cili Kering...

Sheery Dream Cakes | 10:31 AM | 25 Comments so far

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua... 

Apa habar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya sihat hendaknya.. Diana masih lagi selsema.. Demam dah ok dah sikit.. Alhamdulillah... Cuma komen belum lagi sempat dibalas dan BW pun hanya sempat sekejap jer semalam... Memang dah tak larat dah semalam.. Maaf sesangat tau.. Harap² lepas ni sempat BW juga.. Insyaallah.. 


Pagi ni Diana nak kongsikan entri tertangguh sebenarnya ni.. Resipi ni Diana ambil dari dapur Akak Ummi cayang.... Memang sedaaap Ayam Hitam Cili Kering ni tau... Suka sesangat dengan resipi Akak ummi ni.. Sedaaap... Terima kasih Akak Ummi kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaaaaap ni ya akak... Cuma kan akak... Diana tersilap bubuh daun ketumbar.. Heheheheh... Bila dah siap gambar.. Baru teringat nak tengok balik.. Daun ketumbar ker daun bawang.. Adeeeh!! Memang silap.. Daun bawang sebenarnya.. Huhuu.. Nasib baik tak menganggu kesedapannya tu .. Masih lagi sedaaaaaap.. Hehhehee... Izinkan Diana pula kongsikan resipi ni di dapur Diana ya akak... Terima kasih akak.. 

:: Resipi oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )


AYAM HITAM CILI KERING

Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam ( bole jugak guna semua bahagian lain pun )
  • 2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 10 tangkai cili kering - dikerat-kerat serong
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah daging
  • 2 biji ubi kentang - dipotong kecil dan digoreng dahulu.
  • Sedikit air ( jika terlalu pekat, tambah )
  • Garam secukup rasa
  • Gula ( optional )
  • Daun bawang untuk tabur 

Bahan-Bahan Sos
  • 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
  • 2 sudu besar kicap masin Kipas Udang
  • 2 sudu bear sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu teh cuka makan

Cara-Cara
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap sekejap. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar dan tumis bawang, bahan tumbuk, cili kering dan serai hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau lagi.
  5. Masukkan air dan kacau sekejap.
  6. Masukkan ayam dan kacau balik biar mesra sekejap.
  7. Masukkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan. Balik-balikkan biar bahan bergaul sebati dengan ayam.
  8. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Tambah apa yang perlu ikut tekak (*bole jgk letak sedikit gula)
  9. Akhir sekali masukkan kentang dan gaul rata. Tutup api dan tabur daun bawang. Hidangkan.. SELAMAT MENCUBA...!


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, July 7, 2011

~ Ayam Mentega Rangup...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM | 32 Comments so far


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua... 

Pertama sekali Diana mohon maaf sebab belum ada kesempatan nak membalas kesemua komen kat sini ya.. Semalam pun hanya sempat BW jer.. Tu pun sampai pukul 2 am.. Pun tak sempat² lagi kan.. Alahai!! Maaf sesangat.. Baik la hari ni Diana kena pergi rumah jiran.. ada jemputan kenduri.. Jadi Diana sajikan dengan Ayam Mentega Rangup ni ( Dah licin dah pun.. heheheh... jamu mata je ya ). Nak jemput makan dah habis dah.. ^_^. Jom tengok resipinya..


::  Satukan ayam dah bahan² perap  ::

::  Perap selama 20 minit  ::

::  Sementara tu boleh ler sediakan bahan² cincang dan hiris kan  ::

::  Mentega d cairkan  ::

::  Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi  ::

::  Kemudian tumis sehingga naik aromanya  ::

::  Masukkan ayam goreng dan gula... Siap!  ::


AYAM MENTEGA RANGUP


Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam _ dihiris
  • 2 tangkai daun kari _ dihiris
  • 4 biji cili padi _ dicincang
  • 60 gm mentega ( Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu ya )
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tsp gula
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Ayam d gaul bersama bahan-bahan perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung kemudian digoreng. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang. 
::  Makan bersama nasi goreng atau nasi putih  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, July 2, 2011

~ Sup Ayam Cendawan...

Sheery Dream Cakes | 8:49 AM | 14 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ni pun salah satu menu kami semalam... Sup ayam ni lah yang menjadi menu utama Diana ketika di dalam pantang. Bayangkan lah sehari pun tak boleh tak makan sup ayam ni... Makan bersama halia juga tau.. Tak makan? Tak boleh tak makan, nanti ditegur oleh hubby... Lagi pun tu pesan MIL, kena makan ayam bersama halia sekali. Masakan ni Mother In Law yang ajarkan. Setiap kali lepas bersalin pasti MIL ingatkan wajib makan Sup Ayam Cendawan ni... Nasib baik menepeti selera ni.. kalau tak.. mau tak jemu nak menelannya kan... Hehehe... Baiklah, mari tengok apakah bahan yang diperlukan...

::  Cendawan mesti ada  ::

::  Halia ditumbuk kasar bersama kulitnya  ::

::  Bawang merah dan bawang putih dicincang halus  ::


SUP AYAM CENDAWAN

Bahan-Bahan

  • 1 kg ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 10 keping cendawan kering _ direndam ( nak potong 2, 4 atau hiris seperti gambar di atas tu pun boleh )
  • 3 inci halia muda _ ditumbuk kasar bersama kulitnya
  • 8 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 tbsp minyak bijan
  • 1000 ml air
  • Sedikit minyak zaitun atau minyak masakan lain
  • Sedikit qi zi/qoji berries dan Red dates kering tanpa biji _  kali ni tak bubuh 

Bahan-Bahan A
  • 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tbsp kicap pekat Yot Brand
  • 1 tbsp minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak dan 2 tbsp minyak bijan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan cendawan, red dates, qi zi/goji berries  dan air.  Gaul dan renih selama 20 minit d atas api kecil.
  4. Tambahkan bahan-bahan A dan renih lagi sehingga ayam empuk.
  5. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
  6. Makan ketika ianya masih panas dengan nasi putih.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 17, 2011

~ Ayam Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebenarnya ni resipi ulang tayang ni.. Cuma ada sedikit olahan dari resipi lepas. Resipi asal dari sebuah buku masakan cina.. Tetapi Diana olah mengikut citarasa keluarga Diana.. 

Baiklah... Tiada apa yang hendak diceritakan hari ni. Nak cepat siap buat entri kali ni sebab anak kecil Diana kurang sihat sebenarnya.. Tanpa membuang masa.. Apa kata kita semak resipinya..


Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my


AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam _ buangkan kulit dan tulangnya ( jika suka boleh juga dipotong kecil )
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Perap
  • 2 tbsp sos tiram maggi atau boleh gantikan dengan sos lada hitam Life
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp gula
  • *Jika suka boleh bubuh sedikit perencah pati ayam Tumix 

Bahan-Bahan Adunan Tepung  ( Campurkan kesemuanya dan gaul sebati )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 5 tbsp Sos Plum Loon Kee
  • 5 tbsp jem buah-buahan
  • 1/2 tbsp air limau kasturi
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan d cincang
  • 3 biji cili padi _ dicincang
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 cm halia _ dicincang
  • 1/4 tsp biji bijan panggang
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • *Jika suka boleh juga bubuh 3 tbsp sos cili Maggi 

Bahan-Bahan Salad ( Kalau suka makan salad ni.. boleh lah ditambah sukatannya ya) 
  • 3 biji mangga muda / hampir masak _ dikupas kulit dan buangkan bijinya.. Hiris 
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris 
  • 1 biji bawang merah besar / bombay _ dihiris halus
  • 1/2 biji timun jepun _ dihiris bersama kulitnya
  • Boleh bubuh epal hijau jika suka _ dikupas kulitnya dan dihiris

Bahan-Bahan Untuk Sos Salad
  • 1 1/2 tbsp sos tomato maggi
  • 1 1/2 tbsp sos cili maggi
  • 1 tbsp air limau kasturi

Cara-Cara
  1. :: Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. 
  3. Celup ayam ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang dalam  di atas api sederhana sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  4. :: Untuk Salad ~ Satukan kesemua bahan-bahan salad ( bahan yang dihiris ) di dalam mangkuk dan gaul rata bersama bahan-bahan sos salad. Ketepikan.
  5. :: Untuk Sos ~ Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah serta cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan kesemua baki bahan-bahan dan biarkan ianya mendidih seketika. Tutupkan api.
  6. Potong ayam kepada ketulan kecil. Susun ayam bersama salad di atas pinggan.
  7. Tuangkan sos di atasnya.
  8. Hidang.

:: Note ~ Untuk adunan tepungnya pula, boleh juga dibuat  tanpa mencampurkan air. Hanya gaulkan kesemua jenis tepung dan garam hingga rata. Kemudian saluti ayam dengan tepung dan goreng.



Ini pula yang menggunakan isi ayam yang dipotong kecil dan menggunakan mangga yang hampir masak






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 28, 2011

~ Ayam Masak Sos Cili Thai...

Sheery Dream Cakes | 11:31 AM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua... 


Wah!! Pepagi lagi dah tayang lauk ayam ni.. Hehehe.. Sebenarnya ni menu semalam.. Baru berkesempatan nak update... Ni pun resipi ulang tayang juga... Dulu pernah Diana kongsikan di sini dah resipinya.. Klik → SINI. versi campak² jer tu... Tapi kali ni Diana letak resipi mengikut sukatannya.. Ok ler.. mari tengok resipi ni yer..





AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bhn A
  • 6 ketul paha ayam
  • 3 ulas bawang merah _ d hiris
  • 4 ulas bawang putih _ d hiris
  • 2 inci halia _ d hiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula


Bhn² Lain
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


Bhn² A
  • 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 2 tbsp ABC sweet sauce
  • 1 tbsp gula ( pilihan.. tak bubuh pun tak per )


Bhn
² B
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 6 ulas bawang merah _ d cincang
  • 4 ulas bawangh putih _ d cincang


Bhn² C
  • 1 1/2 tbsp sos tiram maggi
  • 1/2 cawan Kimball sos cili thai
  • 1 1/2 cawan air rebusan ayam


Bhn
² Untuk Hiasan
  • Daun sup _ d cincang
  • Cili merah _ d cincang

Cara
²

  1. Gaulkan kesemua bhn² dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk dan tambahkan air melebihi paras ayam.. Rebus ayam sehingga masak.
  3. Toskan ayam n ketepikan air rebusan tadi untuk kegunaan sosnya nanti.
  4. Gaulkan ayam bersama bhn² A dan goreng ayam d dalam minyak yang banyak sehingga sedikit garing.
  5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum d potong.
  6. Potong ayam menjadi ketulan kecil dan susun d atas pinggan.
  7. Ketepikan.

Cara Untuk Sos

  1. Tumiskan bhn² B bersama sedikit minyak sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bhn² C dan biarkan ianya mendidih. Sesuaikan rasa.
  3. Tutupkan api dan tuangkan d atas ayam yang telah d susun d atas pinggan. Taburkan daun sup dan cili merah.
  4. Hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 27, 2011

~ Hot & Crispy Chicken Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:40 PM | 11 Comments so far

Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 


Ni resipi ulang tayang sebenarnya... Kalau nak tengok entri lepas boleh klik kat → SINI yer. Baik ler.. jom tengok resipi ulang tayang ni.. 



HOT & CRISPY CHICKEN

Bahan
  • 3 ketul peha ayam  _ cuci dan bersihkan

Bahan-Bahan Perap

  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula
  • 1 tangkai daun bawang _ d potong 3cm pjg
  • 1 inci halia muda _ d hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah _ d hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih _ d hiris nipis

Bahan-bahan A

  • 2 biji kuning telur
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan B

  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 4 ulas bawang merah _ d cincang
  • 5 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 biji cili merah _ d cincang

Bahan-Bahan C

  • 1 1/2 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
  • 2 tsp minyak bijan
  • 1 1/2 tbsp cuka
  • 1 1/2 tbsp gulaula
  • Garam secukup rasa


Bahan-Bahan untuk hiasan
  • Cili merah _ d cincang
  • Daun bawang  


Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 1 1/2 jam.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk bersama air melebihi paras ayam. Rebus sehingga ayam empuk. Angkat dan toskan.
  3. Simpan air rebusan ayam untuk kegunaan nanti.
  4. Setelah itu celup ayam ke dalam kuning telur dan saluti dengan tepung jagung.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan ayam sejuk sebelum dipotong.
  6. Kemudian potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan. Ketepikan.
  7. Tuangkan kuahnya di atas ayam tadi dan rengiskan sedikit minyak bijan.
  8. Taburkan bahan-bahan hiasan dan bahan yang telah ditumis di atas ayam.
  9. Hidang bersama sos ( Resipinya rujuk di bawah )

Cara Untuk Menyediakan Kuahnya
  1. Tumis bahan-bahan cincang ( Bahan-bahan B ) bersama sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing.
  2. Angkat dan ketepikan untuk hiasan ( tinggalkan 1 tbsp bahan yang ditumis tadi di dalam kuali / periuk ).
  3. Campurkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi 1 tbsp bahan yang telah ditumis tadi dan biarkan ianya mendidih.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan C dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan tuangkan di atas ayam yang telah disusun di atas pinggan tadi.


Bahan-bahan Sos 
  • Kimball Thai Chilli sauce
  • Kicap pekat manis Cap Ayam
  • Air limau kasturi
  • Sedikit kuah dari bahan B
Cara-Cara

  1. ** Campurkan kesemuanya.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>