Thursday, July 7, 2011

~ Ayam Mentega Rangup...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM |

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua… 

Hari ini Diana sajikan dengan Ayam Mentega Rangup ni ya ( Dah licin dah pun.. jamu mata ja la kan nampak gayanya ). Nak jemput makan dah habis dah.. ^_^. Jom tengok resipinya.. 

 ::  Satukan ayam dah bahan² perap  ::

 ::  Perap selama 20 minit  ::

 ::  Sementara tu boleh la sediakan bahan² cincang dan hiris  ::

 :: Cairkan mentega  ::

 ::  Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi  ::

 ::  Kemudian tumis sehingga naik aromanya  :: 

 :  Masukkan ayam goreng dan gula... Siap!  : 


Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam _ dihiris
  • 2 tangkai daun kari _ dihiris
  • 4 biji cili padi _ dicincang
  • 60 gm mentega ( Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu ya )
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tsp gula
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Ayam d gaul bersama bahan-bahan perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung kemudian digoreng. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang. 





0 comments: