Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

~ Red Velvet Cake.. Lagi dan Lagi...

Sheery Dream Cakes | 12:56 PM | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Red Velvet cake sememangnya menjadi kegemaran ramai orang... Begitu juga dengan kami sekeluarga.. Memang tidak akan jemu makan Red Velvet cake ini.. Anda bagaimana pula? Adakah anda juga salah seorang penggemar Red Velvet cake? Ermm.. Kepada anda khususnya penggemar Red Velvet cake yang mungkin terlepas pandang akan resipinya yang pernah Diana kongsikannya di sini dulu.. Bolehlah semak resipinya di SINI ya... hendak tengok mini red velvet boleh klik SINI..







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, October 11, 2014

~ Kek Coklat Moist...

Sheery Dream Cakes | 5:30 PM | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 


Super Moist Dark Chocolate Cake ini bukan Diana yang buatnya ya... Anak perempuan Diana yang buat ni... Diana? Tolong tengok-tengok dan beri tunjuk ajar sedikit sahaja.. Hehehe... Jom cuci mata dengan beberapa gambar kek ini lagi...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 9, 2014

~ Ridiculous Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 10:07 PM | | | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kek coklat! Oh! Kek coklat….. Sekali lagi bersiaran dengan entri Kek Coklat…. Salted caramel sebagai peneman setianya… Tidak lengkap tanpa Chocolate ganache di sampingnya….  
Ridiculous Chocolate Cake, resipi dari " Cake Book by Cupcake Jemma ".. Sebenarnya kek ini hanya perlu dilapis seperti biasa.. Tetapi Diana jadikan ianya seperti kek di dalam gambar di bawah.. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, October 8, 2014

~ Super Moist Dark Chocolate Cake, Lagi Dan Lagi...

Sheery Dream Cakes | 7:55 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 
Super Moist Dark Chocolate Cake  ( KLIK UNTUK RESIPI ).... Kek yang sentiasa mendapat permintaan dari anak-anak Diana... Cuma kali ini Diana gabungkan kek ini bersama Nutella cream, Salted caramel dan Chocolate ganache... Sememangnya gabungan yang sangat sedap... Pasti akan ada suapan kedua dan seterusnya... 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 27, 2014

~ Chocolate peanut Butter Cake...

Sheery Dream Cakes | 1:14 PM | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Tiada cerita hendak dikongsi bersama di entri kali ini... Hanya beberapa gambar Choc Peanut Butter Cake sahaja yang disajikan.... Kek ini anak Diana yang buat... Jom cuci mata dengan gambar kek ni..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 13, 2014

~ Chocolate Beetroot Cake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:17 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Chocolate Beetroot Cake yang sedap di tekak kami sekeluarga.... Di tekak orang lain tidak pasti pula ya... Lain orang lain citarasanya.. Macam Diana sendiri... Untuk aisingnya tu Diana rasa sedikit manis dan perlu kurangkan sukatan gula aisingnya bila buat lain kali lagi... Tetapi bila ditanya pada anak-anak.. Semuanya ok sahaja... Ya lah selera budak-budak memang suka yang manis-manis kan... Lainlah selera orang macam Diana ni.. Senja sudah melabuhkan tirainya... ;)



Ubi Bit atau Beetroot sememangnya sedap dimakan mentah ( dibuat salad ) atau dimasak ... Ianya sejenis ubi yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita.. Namun bukan semua orang sesuai mengambil ubi ini... Ubi bit ini kaya dengan asid oksalat  dan pengambilan ubi bit ini tidak sesuai kepada sesetengah pesakit. 

Diana boleh makan beetroot ini begitu sahaja namun ahli keluarga yang lain memang tidak boleh telan langsung beetroot ini mentah-mentah... Sebab bila ianya dimakan mentah rasa dan bau yang keluar seperti bau tanah... Walaupun sedap namun bau tanahnya yang kuat membanutkan selera mereka... Jalan penyelesaian untuk beri anak-anak makan Beetroot ini dengan cara bubuh ke dalam kek coklat... Langsung mereka tidak perasan pun yang kek coklat itu ada beetroot.. Bertambah-tambah mereka makan kek ini tanpa sedari beetroot juga bahan utamanya.. Hehhehee... 

Baiklah... Beralih kita kepada resipi Kek Coklat Ubi Bit pula ya... Resipinya dari blog Mowielicious ...TQ buat tuan empunya resipi dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...


:: Sumber Dari ~  Mowielicious  ( TQ )
:: Terjemahan Oleh ( mengikut apa yag Diana telah buat ) ~  Meley Mey's Kitchen  

CHOCOLATE BEETROOT CAKE  

Bahan-Bahan 
  • 200 gm dark chocolate ( 70% )
  • 4 tbsp espresso panas _ pernah gantikannya dengan air kopi segera panas 
  • 200gm mentega _ dipotong dadu kecil
  • 135 gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 3 tbsp serbuk koko
  • 5 biji telur _ asingkan putih dan kuningnya
  • 200 gm gula kastor
  • 250 gm puri ubi bit / beetroot _ ( ubi bit dikupas kulitnya dan potong kecil kemudian direbus atau dikukus barulah dikisar dalam food processor ) 

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C  dan sediakan 2 loyang bersaiz 20cm dan lapiskan dasarnya dengan kertas minyak dan sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat di atas air panas ( pastikan mangkuk yang berisi coklat itu tidak menyentuh air kerana musuh utama coklat adalah air .. kata guru coklat Diana.. hehehe masih ingat tu pesanan cikgu tau, TQ guru coklat ku.. ). 
  3. Setelah coklat cair, masukkan air kopi panas ke dalam coklat cair ( Diana tidak bubuh ) dan gaul rata.
  4. Masukkan pula mentega dan gaul sehingga mentega cair dan sebati.
  5. Alihkan dari wap air panas dan ketepikan sehingga ianya sejuk.
  6. Kemudian ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  7. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur sehingga berbuih. Campurkan kuning telur ini berserta puri ubi bit ke dalam adunan coklat yang telah sejuk tadi. Gaul sebati. Ketepikan.
  8. Di dalam mangkuk yang lain pula pukul putih telur sehingga kembang kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga sebati.
  9. Masukkan ke dalam adunan coklat dan ubi bit tadi dan kaup balik sehingga rata.
  10. Masukkan campuran tepung dan kaup balik hingga rata.
  11. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  12. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

~ Chocolate Buttercream... 

Bahan-Bahan
  • 300 gm gula aising
  • 150 gm mentega _ pada suhu bilik
  • 100 ml double cream
  • 50 gm serbuk koko _ ( Diana gantikan dengan Nutella secukup rasa )  

Cara-Cara 
  1. Pukul gula aising bersama mentega sehingga rata kemudian masukkan double cream dan pukul lagi sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan serbuk koko atau nutella dan gaul rata.
  3. Sedia untuk digunakan.


~ Chocolate Icing... 

Bahan-Bahan
  • 200 gm dark chocolate ( 70% )
  • 200 ml double cream
  • 4 tbsp golden syrup

Cara-Cara
  1. Panaskan coklat dan syrup di atas api kecil dan kacau sentiasa sehingga ianya pekat dan tuang di atas kek.

** NOTE ~ ( Diana tidak buat ikut resipi choc icing di atas ya.. Diana gantikannya dengan choc ganache.. Rujuk di bawah untuk resipinya )


:: Sumber Dari ~ Poires au Chocolat ( TQ )

CHOCOLATE GANACHE

  • 125 ml coconut milk
  • 125 gm dark chocolate ( 70% )
  1. Pour the coconut milk into a small saucepan and place over a medium heat. 
  2. Chop the chocolate into small chunks and place into a small bowl. 
  3. When the coconut milk just comes to a boil take off the heat and pour over the chocolate.
  4. Leave for one minute then whisk until smooth. 
  5. Let cool for 10 minutes before pouring over the cake






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, August 29, 2014

~ Mini Super Moist Dark Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 7:30 AM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah hari ini diberikan kesihatan yang baik.. Moga anda semua juga begitu.. Sihat sejahtera hendaknya selalu...

Hari ini sekali lagi entri tanpa resipi... Resipinya telah Diana kongsikannya di entri yang lepas... Cuma bentuk keknya sahaja yang berbeza...  

Jika ingin mencuba resipinya boleh klik DI SINI ya.. 

Mini Super Moist Dark Chocolate Cake with Cream Cheese Frosting & Nutella ini bukan Diana yang buat... Kalau bab-bab kek mini ni memang anak perempuan Diana yang suka buat.. Rajin betul dia buat kek mini macam ini... Ya la kan... Umur baru 20 tahun.. Jadi minatnya tu cenderung kepada sesuatu yang comel-comel... Lain lah mummy dia ni kan.. Umur dah senja dah... Hehehhee... Tugasan mengambil gambar sahaja yang sesuai buat masa ini untuk mummy dia... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, August 18, 2014

~ Tiramisu Cake...

Sheery Dream Cakes | 4:52 PM | | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Kek Tiramisu ini bukan Diana yang buat ya… Anak perempuan Diana buat untuk kawan dia… Diana cuma jadi tukang gambar dan edit gambar kek ini sahaja… Jika hendak resipi tiramisu.. Boleh klik di SINI atau di SINI

Untuk entri kali ini kita cuci mata dengan gambar-gambar kek tiramisu sahaja ya… Hehehee…. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>