Selamat petang semua... Hari ni seharian hujan kat sini... Sejuk jer.. Kalau makan mee sup memang best kan time hujan² ni.. Tu yang Diana masak Telur Sup ni... Resipi yang mudah sahaja untuk disediakan.. Jom semak apakah bahan-bahan yang diperluakan..
MEE TELUR SUP
Bahan-Bahan Untuk Mee Telur
- 2 biji telur
- 1 tsp tepung jagung
- 1 1/2 tbsp tepung gandum
- 1 1/2 tbsp air
- Garam
- Serbuk lada putih
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bhn² di atas. Pukul sebati dan tapis adunan.
- Dadar adunan seperti mendadar telur. Angkat dan gulung dengan kemas. Potong dengan pisau.. Rujuk gambar A .
- Susun sedikit mee di dalam mangkuk.
- Ketepikan.
:: Gambar A ::
~ Bebola Daging & Ayam...
- 125 gm daging cincang
- 50 gm isi ayam cincang
- 1/2 tsp serbuk lada putih
- 1 tbsp tepung jagung
- 1 biji putih telur
- 1/2 tsp garam ( atau secukup rasa )
- 1 tsp minyak bijan
Cara-cara
- Campurkan kesemua bhn di atas. Perap selama 10 minit.
- Bulat-bulatkan dan rebus / kukus bebola sehingga ianya masak.
- Angkat dan toskan.
- Susun beberapa biji bebola daging dan ayam di atas mee telur yang telah d susun d dalam mangkuk tadi.
- Ketepikan.
~ Untuk Kuah...
Bahan-Bahan
- 125 gm udang _ d buang kepala dan kulitnya.
- 200 gm isi ayam _ d hiris nipis
- 7 biji baby carrots - d hiris nipis
- 3 ulas bawang putih _ d cincang
- 1 tbsp kicap cair
- 1 tbsp minyak bijan
- 1/2 tsp serbuk lada putih
- 1 tsp perencah pati ikan bilis tumix
- 1 tsp seasoning Maggi
- 5 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak.. tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan ayam, udang dan baby carrots. gaul rata.
- Tambahkan air, perencah pati ikan bilis, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasa.
- Biarkan ianya mendidih dan ayam masak.
- Tutupkan api dan tuang ke dalam mangkuk yang berisi mee dan bebola daging & ayam.
- Hidang.