Tuesday, May 24, 2011

~ Resipi Sotong Rebus Kunyit & Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:18 PM | | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bertemu kembali... Dah makan malam? Alhamdulillah.. Kami dah makan dah tadi.. Kepada sesiapa yang belum makan malam tu.. Jangan la terlalu lewat makan ya.. :). Menu malam ni masak yang simple saja...  Menu kami malam ni ada.. Telur Udang Kering, Sayur Kacang Buncis, Telur Masin dan Sotong Rebus Kunyit Cicah Sambal Belacan.. Simple jer kan... 


Sotong rebus dimakan dengan sambal belacan… Sedaaapnya tu… Menu yang ringkas macam ini lah membuatkan Diana bertambah nasi… Sotong Rebus Kunyit ni sesuai sangat dimakan bersama sambal belacan.. Tetapi kalau nak makan tanpa sambal belacan boleh juga.. Cuma kalau nak sedap lagi kena la makan bersama sambal belacan … Apa-apa pun ianya terpulang pada selera masing-masing kan.


Cara Diana buat sambal belacan mudah jer... Tumbuk gula sehingga halus.. Lepas tu masukkan cili padi dan cili merah.. Tumbuk lagi sehingga hancur.. Masukkan bawang merah dan tumbuk.. Masukkan belacan dan tumbuk sehingga sebati semua bahan.. Setelah itu.. perahkan air limau kasturi dan gaul sebati.. Siap! ^_^



SOTONG REBUS KUNYIT & SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 7 - 8 ekor sotong sederhana besar _ dibersihkan dan dipotong bulat tapi jangan putus
  • 4 batang serai _ dititik ( boleh bubuh lebih sikit )
  • 4 - 5 keping asam keping
  • Kunyit sebesar ibu jari _ ditumbuk
  • 8 ulas bawang merah _ ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 10 - 15 biji cili padi ( boleh ditambah atau dikurangkan )
  • 1 tbsp perencah pati ikan bilis Tumis _ ( optional )
  • Air secukup kegunaan ( melebihi paras sotong )
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk yang dalam kecuali garam, gula dan perencah pati ikan bilis.
  2. Setelah ianya mendidih boleh lah dimasukkan perencah pati ikan bilis, gula dan garam secukup rasa.
  3. Sesuaikan rasa dan setelah sotong masak boleh lah ditutupkan api ( tak perlu dimasak lama ya ).
  4. Angkat dan hidang.
  5. Makan bersama sambal belacan.




~ SAMBAL BELACAN…


Bahan-Bahan
  • Gula
  • Cili padi
  • Cili merah _ dihiris kasar
  • Bawang merah _ dihiris
  • Limau kasturi 

Cara-Cara
  1. Tumbuk gula hingga halus.
  2. Kemudian masukkan cili padi dan cili merah. Tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan belacan dan tumbuk hingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan hirisan bawang merah dan tumbuk lagi.
  5. Masukkan air perahan limau kasturi dan gaul sebati.
  6. Sedia untuk dinikmati bersama makanan kegemaran anda.

::  Makan bersama sambal belacan.. ;)  ::


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 17, 2011

~ Ayam Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebenarnya ni resipi ulang tayang ni.. Cuma ada sedikit olahan dari resipi lepas. Resipi asal dari sebuah buku masakan cina.. Tetapi Diana olah mengikut citarasa keluarga Diana.. 

Baiklah... Tiada apa yang hendak diceritakan hari ni. Nak cepat siap buat entri kali ni sebab anak kecil Diana kurang sihat sebenarnya.. Tanpa membuang masa.. Apa kata kita semak resipinya..


Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my


AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam _ buangkan kulit dan tulangnya ( jika suka boleh juga dipotong kecil )
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Perap
  • 2 tbsp sos tiram maggi atau boleh gantikan dengan sos lada hitam Life
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp gula
  • *Jika suka boleh bubuh sedikit perencah pati ayam Tumix 

Bahan-Bahan Adunan Tepung  ( Campurkan kesemuanya dan gaul sebati )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 5 tbsp Sos Plum Loon Kee
  • 5 tbsp jem buah-buahan
  • 1/2 tbsp air limau kasturi
  • 1/2 tbsp minyak bijan
  • 1 biji cili merah _ dibuang bijinya dan d cincang
  • 3 biji cili padi _ dicincang
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 cm halia _ dicincang
  • 1/4 tsp biji bijan panggang
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • *Jika suka boleh juga bubuh 3 tbsp sos cili Maggi 

Bahan-Bahan Salad ( Kalau suka makan salad ni.. boleh lah ditambah sukatannya ya) 
  • 3 biji mangga muda / hampir masak _ dikupas kulit dan buangkan bijinya.. Hiris 
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris 
  • 1 biji bawang merah besar / bombay _ dihiris halus
  • 1/2 biji timun jepun _ dihiris bersama kulitnya
  • Boleh bubuh epal hijau jika suka _ dikupas kulitnya dan dihiris

Bahan-Bahan Untuk Sos Salad
  • 1 1/2 tbsp sos tomato maggi
  • 1 1/2 tbsp sos cili maggi
  • 1 tbsp air limau kasturi

Cara-Cara
  1. :: Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali. 
  3. Celup ayam ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang dalam  di atas api sederhana sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  4. :: Untuk Salad ~ Satukan kesemua bahan-bahan salad ( bahan yang dihiris ) di dalam mangkuk dan gaul rata bersama bahan-bahan sos salad. Ketepikan.
  5. :: Untuk Sos ~ Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah serta cili padi sehingga wangi. Kemudian masukkan kesemua baki bahan-bahan dan biarkan ianya mendidih seketika. Tutupkan api.
  6. Potong ayam kepada ketulan kecil. Susun ayam bersama salad di atas pinggan.
  7. Tuangkan sos di atasnya.
  8. Hidang.

:: Note ~ Untuk adunan tepungnya pula, boleh juga dibuat  tanpa mencampurkan air. Hanya gaulkan kesemua jenis tepung dan garam hingga rata. Kemudian saluti ayam dengan tepung dan goreng.



Ini pula yang menggunakan isi ayam yang dipotong kecil dan menggunakan mangga yang hampir masak






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, May 16, 2011

~ Resipi Nasi Lobak Merah...

Sheery Dream Cakes | 7:52 AM | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini kembali bersiaran bersama Nasi Lobak merah yang sedap ini.. Memang tidak rugi mencuba resipi ni tau... Resipi ni Diana c&p dari dapur Akak Ayu S'pore...  Terima kasih ya akak kerana berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Pernah juga tengok Nasi Lobak Merah ni kat dapur Akak Nor dan Akak Ummi... Terima kasih bebanyak... Izinkan Diana kongsi kat sini pula ya akak... Terima kasih.. :)







:: Sumber ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction


NASI LOBAK MERAH


Ingredients:-
  • 1kg beras beriani - ( 1kg basmathi rice )
  • 6 biji lada hijau dipecah2 ( 6 green chillies bruised )_ saya campurkan cili merah juga
  • 1 sudu teh jintan halus -ditumbuk kasar-kasar - ( saya gunakan serbuk aje )-( 1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones )
  • 1 cawan minyak kacang - ( 1 cup cooking oil )
  • 1 sudu besar minyak sapi - ( 1 tbsp ghee oil )
  • 3 batang lobak diparut - ( 3 carrots shredded )
  • 300g buah tomato dipotong halus - ( 300g tomatoes sliced thinly )
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus - ( 6 garlics minced )
  • *2cm halia ditumbuk halus - ( 2cm ginger minced )
  • 2 biji bawang besar dihirs - ( 2 large onions sliced )
  • 4cm kayu manis - ( 4cm cinammon bark )
  • 3 biji buah pelaga - ( 3 cloves )
  • 3 biji bunga cengkeh - ( 3 cardamons )
  • Garam - ( salt ) 

Diana Tambah
  • 150 gm buah kundur kering
  • Kismis
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 ketul kiub ayam

Method:-
  1. Sukat air 1100 ml lalu ketepikan dulu. 
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak merah parut. 
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan-bahan tumbuk*, lada hijau dan jintan. 
  4. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. 
  5. Bila mendidih, masukkan beras, ( bahan-bahan yang Diana tambah tu kecuali kismis.. Kismis bubuh nanti bila nasi dah nak masak yer ) dan garam, masaklah hingga tanak-( saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa ).


- Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked - ( this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, May 11, 2011

~ Resipi Kuih Lopes...

Sheery Dream Cakes | 10:49 PM | 11 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kuih Lopes nama diberi… Mulanya dulu nampak kat dapur Akak CT... Lepas tu baru-baru ni nampak pula kat dapur Akak Yatie... Aduh!! Tak tertahan tengok kuih tu... hehhee... Selama ni asyik beli jer... tak reti nak buat sendiri Kuih Lopes ni... Hari ni buat pertama kalinya.. dah pandai buat dah... hehehhehe... Seronok sangat!! Terima kasih kat tulip77@ My Resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Terima kasih juga kat Akak CT dan Akak Yatie ya... Izinkan Diana pula berkongsi resipi kuih yang sedap ni di sini.. Terima Kasih… 




:: Resipi oleh ~ tulip77@ My Resipi
:: Sumber ~ Akak CT @ Dari Dapur CT & Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku


KUIH LOPES
Saiz sedang-sedang dapat 24 ketul


Bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan ( dikisar )
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air  dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan.
  3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. 
  4. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
  5. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat-padat dengan plastik / daun pisang. 
  6. Biarkan sejuk. Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
  7. Semasa mengukus pulut, bolehlah buat air gula. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  8. *** Air gula ni bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan. Jika guna yang besar bolehlah dikurangkan. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>