:: Yang atas tu gulanya terlalu hangus.. Hehehe... ::
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...
Apa khabar hari ni? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu di rumah..
Apa khabar hari ni? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu di rumah..
Pagi tadi Irfan nak Diana buatkan kek coklat untuk dia.. Terus Diana google resipi kek coklat.. Semasa singgah di dapur Akak Ummi ternampak entri Kek Coklat Puding Karamel. Wah tengok resipinya tak la susah sangat kan. Tengok pun macam sedap ( sememangnya sedaaap tau ). Bahannya pun semua ada di rumah ni..Tu yang buat pagi tadi tu..
Kek ni memang sedap. Menurut Akak Shiela resipi ni dikongsikan oleh Fara Shafiera. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni. Terima kasih juga buat Akak Ummi dan Akak Sheila kerana mengetengahkan resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..
:: Sumber Dari ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Shiela @ Spices Journey ( TQ )
KEK COKLAT PUDING KARAMEL
- 2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )
Cara-Cara
- Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).
(B) Bahan Puding Karamel
- 3 biji kuning telur
- 1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
- Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
- Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
- Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat ).
(C) Bahan Kek Coklat
- 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
- 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan minyak masak *
- 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
- 3/4 cawan tepung gandum *
- 1 sudu teh soda bikarbonat *
- 1 sudu teh baking powder * ( bahan * diayak bersama )
- 4 biji telur _ blend hingga halus
Cara-Cara
- Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
- Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
- Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
- Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
- Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya.
- Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.