Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Indah sungguh suasana pagi ini.. Sang Mentari pagi bersinar terang disambut dengan kicauan burung... Bebunga kuning mekar cantik sesekali ditemani si rama-rama yang riang berterbangan bebas menikmati keindahan alam... Alangkah bahagianya hari ini..
Heheheee.. Adeeh!!! Pepagi dah buang tabiat kan... Haahaaa… Dah lama tak mengarang karangan.. Tu la tu jadinya.. Teringat pula zaman persekolahan dulu.. Diana suka ikut kursus sastera walaupun Diana bukan pelajar aliran sastera.. Minat sebenarnya..
Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Cupcake yang Diana buat 2 hari lepas.. Masa tu memang tiada niat nak buat cc ni pun.. Bila mama beritahu pesanan jiran yang menjemput Diana pergi kenduri malamnya tu.. Terus ler buat cc ni.. Buat mengikut bahan yang ada kat rumah ni jer.. Bubuh ler mengikut gerak hati dengan berbekalkan pengetahuan asas yang pernah dipelajari sendiri... Tercipta ler cc ni.. Kiranya.. hentam jer ler ni kan.. Nasib baik menjadi.. Kalau tak... Mr.T kenyang lagi... :D.
Rasa cc ni lebih kurang dengan Brown Butter, Carrot, Apple And Coconut Muffins yang pernah Diana kongsikannya dulu... Cuma yang ni versi cupcake.. :). Ok ler.. Apa kata kita tengok resipi Brown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ni.. Adeeh!! Panjangnya namaaa... Hehehee... Alaa beri jer nama Brown Butter Carrot Cupcakes.. Kan senang .. Hehhehee
BROWN BUTTER CARROT CUPCAKES
Bahan-Bahan A ( Diayak )
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tsp baking powder
- 1/2 tsp soda bikarbonat
- 1 1/2 tsp serbuk kayu manis
- 1/4 tsp serbuk buah pala ( nutmeg )
- * 1/2 tsp garam kalau perlu _ Bubuh sekiranya menggunakan unsalted butter. Tak perlu bubuh jika guna salted butter
Bahan-Bahan B
- 250 gm mentega _ ( Diana guna SCS salted butter )
- 1 1/2 cawan gula perang ( soft brown sugar )
- 3 biji telur
- 1/4 cawan sirap maple
- 1 tsp esen vanilla
Bahan-Bahan C ( Dicampur dan Gaul Rata )
- 1/2 cawan kelapa parut kering
- 2 1/2 cawan lobak merah yang diparut
- 1/2 cawan nenas _ dicincang ( Diana guna nenas dalam tin )
- 1/4 cawan kismis _ dicincang
Cara-Cara
- :: Cara menyediakan Brown Butter ~ Cairkan mentega di atas api sederhana. Masak hingga keperangan. Setelah terbit aroma seperti kacang yang sedang dipanggang, bolehlah diangkat dan sejukkan. Ketepikan.
- Campurkan gula perang dengan bahan-bahan A yang telah diayak. Gaul rata dan ketepikan.
- Pukul telur, sirap maple, brown butter dan esen vanilla hingga sebati.
- Kemudian masukkan campuran bahan kering tadi ( gula dan bahan-bahan A ) dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan C dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula hingga sebati.
- Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga 3/4 penuh dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau hingga ianya masak.
- Angkat dan sejukkan sebelum disapu dengan cream pilihan.
Untuk cream nya tu anda boleh buat mengikut resipi pilihan masing-masing.. Diana pula lebih suka gabungkannya dengan Cream Cheese Frosting atau jika nak satu kelainan... Diana ada juga buat Mascarpone Cream Frosting..
MASCARPONE CREAM FROSTING
Bahan-Bahan
- 175 gm mascarpone cheese
- 75 gm mentega _ unsalted ( pada suhu bilik )
- 3 tbsp gula aising
- Secubit garam
- 1/3 tsp lemon paste
Cara-Cara
- Pukul mascarpone cheese dengan mentega hingga sebati.
- Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga adunan lembut.
- Masukkan garam dan lemon paste. Pukul sebati.
- Sedia untuk digunakan.
:: Diana taburkan juga denga kacang Pistachio cincang di atas cream tu ::