Sunday, January 12, 2014

~ Entri SBK 2 :: Daging Bercili Rangup...

Sheery Dream Cakes | 11:30 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lagi entri dari SBK 2 yang sudah Diana tutup tu.. Hehehe... Walaupun dah tutup blog tu, tetapi semua ada antara entrinya Diana telah dan akan letak juga di sini ya. Untuk hari ini, giliran resipi Daging Bercili Rangup pula ya.. Resipinya boleh semak di bawah..

~ Entri asal dibuat pada : December 9, 2013...  



DAGING BERCILI RANGUP

Bahan-Bahan 
  • 500 gm daging batang pinang _ dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
  • 10 - 20 tangkai cili kering _ dipotong 2 atau 3 inci panjang ( boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 biji capsicum hijau _ dipotong dadu 
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kasar
  • 2 tsp halia parut
  • 4 ulas bawang putih _ diparut
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Minyak secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 biji telur
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Sedikit lada berperisa Aji Shio
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 6 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos plum asam manis Loon Kee
  • 4 tsp cuka
  • Sedikit air


Cara-Cara
  1. Daging diketuk sedikit dengan menggunakan belakang pisau ( ketuk manja sahaja ya ).
  2. Kemudian campurkan daging bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan capsicum dan goreng selama 20 saat. Angkat dan ketepikan. Buat cara yang sama juga untuk bawang besar.
  4. Saluti daging dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng daging hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  6. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  7. Sesuaikan rasa dan masukkan daging goreng, bawang besar dan capsicum hijau. Gaul rata dan tutupkan api.
  8. Taburkan biji bijan panggang di atas daging ketika menghidang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 11, 2014

~ Entri SBK 2 :: Durian Mousse Cheesecake...

Sheery Dream Cakes | 10:15 AM | | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Durian Mousse Cheesecake ini merupakan entri dari blog Diana yang satu lagi, SBK 2.. Dah tutup dah.. Kek yang mudah untuk disediakn. Yang pastinya kek ini merupakan kek bermusim untuk disediakan. Jika bukan musim durian, memang tidak dapatlah merasanya kan.. Hehhee.. Terpaksalah menunggu musim buah durian tiba barulah kita dapat merasa kek ni.. Nak mencubanya? Boleh rujuk resipinya di bawah..

~ Entri asal dibuat pada : November 28, 2013... 

DURIAN MOUSSE CHEESECAKE


Bahan-Bahan
  • 2 keping kek span 
  • Kek span yang berjalur secukup kegunaan _ Resipinya sama seperti kek span yang biasa tu cuma adunan kek itu perlu dibahagi kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan berselang seli di atas loyang pembakar. Bakar hingga kek masak 
  • Kek span yang dipotong dadu _ untuk hiasan
  • Sedikit gula aising 

Bahan-Bahan Untuk Durian Mousse
  • 600 gm isi durian _ dikisar menggunakan food processor ( boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu kuat rasa duriannya )
  • 250 gm cream cheese
  • 180 gm  Non-dairy whipping cream 
  • 2 tsp gelatine powder
  • 2 tbsp air panas
  • 3 tbsp gula aising _ boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing ( bergantung kepada manis isi durian juga )

Cara-Cara
  1. Campurkan gelatine powder bersama air panas atau double boil sehingga larut. Ketepikan.
  2. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu. Masukkan gelatine dan gaul rata.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 
  5. Kemudian campurkan bersama isi durian dan kaup balik sehingga sebati. 
  6. Campurkan ke dalam adunan cream cheese dan gelatine tadi dan kaup balik sehingga rata.
  7. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk melapis kek
  1. Potong kek span berjalur kepada 2 inci tinggi dan susunkan di tepi loyang.
  2. Kemudian ambil sekeping kek span dan letakkan ke dalam loyang. 
  3. Tuangkan adunan durian mousse ( pastikan tidak melebihi kek span berjalur ). 
  4. Lapis di atasnya dengan sekeping lagi kek span.
  5. Tuangkan lebihan adunan durian mousse di atas kek. Ratakan kek dan masukkan kek ke dalam peti ais semalaman.
  6. Keluarkan kek dari peti ais. Tanggalkan loyang dengan cermat.
  7. Hias kek dengan kek span yang dipotong dadu dan taburkan dengan sedikit gula aising di atasnya.


**  Note ~ Oleh kerana ahli keluarga Diana suka makan durian, maka itulah Diana bubuh 600 gm isi durian.. Jadi, bubuhlah isi durian itu mengikut citarasa masing-masing ya... Selamat mencuba.. ;)




Kek ini juga boleh dibuat seperti gambar di atas dan di bawah ini.. Tidak perlu sediakan kek span yang berjalur itu ya.. Hanya perlu sediakan kek span untuk dasarnya dan durian mousse sahaja.. Caranya ~ 
  1. Potong kek span mengikut saiz bekas yang hendak digunakan..
  2. Kemudian letakkan kek span di dalam bekas tersebut dan tuangkan durian mousse di atasnya.
  3. Simpan kek di dalam peti ais.
  4. Sedia untuk dinikmati.
::  Untuk yang ini pula Diana buat 2 lapisan kek dan durian mousse  ::


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Entri SBK 2 :: Pineapple Chicken...

Sheery Dream Cakes | 9:06 AM | | Be the first to comment!

~ Entri asal dibuat pada : November 26, 2013...  


PINEAPPLE CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 3 keping peha ayam _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil
  • 6 keping nenas dalam tin
  • 1/2 biji capsicum hijau _ dipotong kecil 
  • 1 inci halia _ dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris kasar
  • 7 tangkai cili kering _ dipotong 2
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap 
  • 1 biji telur
  • 1 tsp serbuk kari Baba's
  • 1/2 tsp 5 spice powder
  • 1/4 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1 tbsp tepung kastard 

Bahan-Bahan Sos
  • 2 tbsp sos cili Thai
  • 4 tbsp sos cili Maggi
  • 1 1/2 tbsp sos plum 
  • 1/2 biji lemon _ ambil jusnya
  • 5 tbsp syrup nenas dalam tin
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara 
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata. Perap ayam selama 30 minit - 1 jam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan capsicum selama 20 saat. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan halia dan bawang putih. Tumis  hingga terbit aromanya. 
  5. Kemudian masukkan cili kering dan goreng lagi sehingga cili kering bertukar warna.
  6. Selepas itu masukkan bahan-bahan sos dan sesuaikan rasa. Biarkan ianya mendidih seketika.
  7. Masukkan ayam goreng dan capsicum. Gaul rata dan tutupkan api.
  8. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 10, 2014

~ Terima Kasih Sahabat...

Sheery Dream Cakes | 12:24 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua pengunjung SBK ...  

Begitu cepat masa berlalu... SBK dah 3 tahun sudah rupanya.. Alhamdulillah... Hari ini genaplah 3 tahun perjalanan SBK di alam maya ini... Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang dan ruang untuk Diana teruskan blogging lagi pada tahun ini... Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi berkunjung ke SBK selama ini... 


Dikesempatan ini juga Diana ingin memohon ampun dan maaf kerana belum berkesempatan untuk membalas komen-komen anda semua.. BW pun hanya seketika... Buat masa ini memang Diana agak sibuk sedikit.. InsyaAllah.. Jika ada ruang dan masa.. Diana akan buat mana yang termampu ya... 


Hari ini SBK juga berwajah baru... Hehehee... Cuma header sahaja yang berubah sebenarnya... :). Baik lah... Sampai di sini sahaja buat kali ini... Sampai kita bertemu lagi di entri yang akan datang... 

Salam Sayang Dari SBK.... Muahsss... Sayang Anda Semua...



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>