Tuesday, March 10, 2015

~ Victoria Sandwich Cake...

Sheery Dream Cakes | 1:11 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum da Salam Sejahtera...

Victoria Sandwich cake merupakan kek yang sangat mudah hendak disediakan dan kek ini sedap di tekak kami. Gabungan sempurna Vanilla Cheese Cream bersama Strawberry filling ini membuatkan setiap gigitan kek ini sangat sedap. 

Resipi untuk Victoria Sandwich Cake ini Diana ikut dari blog Akak Azlita Masam Manis. Terima kasih buat Akak Ita dan kepada pemilik asal resipi ini juga kepada semua yang mengetengahkan resipi ini ya. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. 


:: Sumber Dari ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )

VICTORIA SANDWICH CAKE

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE
By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie


Bahan-Bahan
  • 250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
  • 70 gm gula
  • 40 ml jus lemon
  • 12 gm butter tanpa garam

Cara-Cara
  1. Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
  2. Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
  4. Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
  5. Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
  6. Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
  7. Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
  8. Keluarkan dari tempat rebusan
  9. Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Bahan-Bahan Kek
  • 220 gm tepung kek
  • 30 gm tepung jagung
  • Secubit garam
Bahan-bahan di atas perlu di ayak sebanyak 3 kali
  • 250 gm gula castor
  • 250 gm butter tanpa garam
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji telur

Cara-Cara
  1. Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan.
  4. Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata.
  5. Tambahkan tepung yang telah di ayak.
  6. Kaup balik dengan spatula hingga rata.
  7. Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
  8. Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
  10. Bakar kek selama 25 - 30 minit.
  11. Jangan terlebih masa nanti ia keras. 

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh :  Rima


Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
  • 56 gm cream cheese
  • 2 sudu besar lemon paste

Cara-Cara
  1. Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut.
  2. Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental.
  3. Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata. Masukkan dalam piping bag.
  4. Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras.
  5. Letakkan satu keping kek atas lapik kek. Paipkan cream di atasnya.
  6. Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
  7. Tutup dengan satu keping kek lagi. Ulang proses yang sama.
  8. Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar.
  9. Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, February 11, 2015

~ Spaghetti & Meatballs Recipe...

Sheery Dream Cakes | 9:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Apa khabar semua? Doa dan harapan saya moga anda semua sentiasa sihat sejahtera hendaknya selalu… Sekarang ini musim demam, batuk dan selsema di sini… Kepada yang kurang sihat tu moga cepat sembuh ya… Minum air kosong yang mencukupi tau… Rajin-rajin minum ubat ya…

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama resipi meatballs.. Jika ingin mencubanya bolehlah singgah di blog The Kitchn ya… 

Apa-apa pun jom kita cuci mata lagi dengan beberapa gambar di bawah...




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 5, 2015

~ Nutella & Strawberry Jam Red Velvet Bites Recipe...

Sheery Dream Cakes | 12:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran kembali bersama Nutella & Strawberry Jam Red Velvet Bites ni ya. Apa khabar semua pengunjung blog ini? Doa dan harapan Diana, moga semuanya sihat sejahtera hendaknya.

Seperti biasa, resipi kek red velvet ini sememangnya menggunakan resipi yang biasa Diana guna selam ini. Resipi Red Velvet Cupcake dan kita bakar dalam loyang ya. Untuk memudahkan lagi, Diana salin semuala di entri ini ya. Jom semak resipinya.


:: Resipi Oleh ~ Sugar & Snapshots  ( TQ ) 

RED VELVET CUPCAKE  
Yield : about 24 cupcakes

Ingredients
  • 2 cups cake flour ( sifted )
  • 1/2 cup all purpose flour
  • 3 tbsp red alkalized cocoa powder _ Diana guna serbuk koko biasa
  • 1 tsp salt
  • 1 1/2 cups sugar
  • 1 1/2 cups vegetable oil
  • 2 large eggs plus one egg yolk ( room temp )
  • 3 drops of red gel-paste food coloring
  • 2 tsp vanilla extract
  • 1 cup buttermilk
  • 1 1/2 tsp baking soda
  • 2 tsp cider vinegar _ Diana guna white vinegar

Instructions
  1. Preheat the oven to 350°F. Prepare your cupcake tins with your favorite cupcake wrappers.
  2. Sift your flours, cocoa and salt together into bowl or onto some parchment paper and set aside.
  3. With your stand mixer or electric hand-mixer on medium-high, whist the oil and sugar on medium-high speed until they are well combined. 
  4. Add your eggs one at a time to the mixer until each one is mixed in well. Stop and scrape down the sides of the mixing bowl to make sure it's all consistent.
  5. When all of your eggs are in and thoroughly incorporated add your three drops of gel-paste food coloring and the vanilla extract. ( I don't really like to add a lot of coloring and the red alkalized powder does a great job of making these a nice natural looking red but you can add more color as you need to your taste, especially if you're using plain dutch cocoa powder ).
  6. Turn your mixer down to low and carefully add a third of the flour/ cocoa/ salt mix. Add half of the buttermilk and whisk together until just combined.
  7. Add in another third of the flour and combine, then the rest of the buttermilk ( whisking until just combined again ) and then the rest of the flour. Whisk until the last of the flour is just incorporated.
  8. In a small bowl or cup whisk the vinegar and baking soda together ( remember, it will foam up so make sure your container isn't too small ). Add this to the batter and mix on medium speed for about 10 - 12 seconds until it's incorporated.
  9. Fill each muffin cup three-fourths full with batter.
  10. Bake for 20 minutes or so, rotating the pan halfway through to ensure even baking.
  11. When a toothpick in the center comes out clean they're done. Don't over-bake!.
  12. Let them cool completely before frosting ( but it's okay if you want to eat one warm. They're really yummy! )

Untuk frosting, Diana guna Cream Cheese Frosting dari Martha Stewart.

~ Cream Cheese Frosting...

:: Resipi Oleh ~ Martha Stewart ( TQ )

Ingredients
  • 8 ounces cream cheese, room temperature
  • 8 tablespoons unsalted butter, cut into pieces, room temperature _ ( Diana guna Salted butter )
  • 1 cup confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon pure vanilla extract _ ( Diana bubuh 1/2 tsp sahaja )

  • Directions

  1. Place cream cheese in a medium mixing bowl. Using a rubber spatula, soften cream cheese. 
  2. Gradually add butter and continue beating until smooth and well blended. 
  3. Sift in confectioners' sugar and continue beating until smooth. 
  4. Add vanilla and stir to combine.

Cara Melapis Kek
  1. Potong kek yang telah sejuk sepenuhnya kepada kepingan kecil.
  2. Ambil sekeping kek dan paipkan cream cheese frosting serta nutella di atasnya.
  3. Kemudian lapiskan dengan sekeping kek dan paipkan lagi di atasnya dengan nutella dan cream cheese frosting. Hias mengikut kreativiti masing-masing.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 21, 2015

~ Resipi Mee Sup Laksa...

Sheery Dream Cakes | 7:19 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bersiaran bersama Mee Sup Laksa.. Sangat enak dinikmati bersama Sambal Kicap.. Semangkuk habis pasti nak tambah lagi.. Terima kasih buat Che Mat Gebu kerana sudi kongsikan resipinya.. 


Untuk resipinya anda boleh rujuk di Dapur Tanpa Sempadan.. Rujuk di SINI  ATAU  di SINI
Untuk sambal kicap pula boleh rujuk di SINI.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>