Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Wah laju pula buat entri baru lagi kan nak.. Haahaaa... Bukannya apa, sebab risau esok Diana tak sempat nak update pula.. sekarang ada sedikit masa ni terus update mana yang termampu. Kek ni punya lah lama baru nak update... Kek pada hari raya pertama... Lama dah kan... Ni dah penghujung Syawal baru nak update resipinya... Masa ambil gambar ni pun kelam kabut masa tu.. Masa tu Diana memang sibuk sangat... Tu yang hanya sempat kek ni posing macam ni.. Heeheee... Tak apa lah kan.. Asal ada kenangan nak dikongsikan di sini.. Jom semak resipinya..
Bahan-Bahan
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

KEK KUKUS LAPIS COKLAT & OREO
- 10 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 400 gm mentega
- 1 cawan cream creackers yang d kisar _ ( Diana guna brand Hup Seng )
- 2 cawan Nestle cerelac gandum dan madu
- 250 gm susu pekat _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
- 100 gm jem buah-buahan
- Oreo secukupnya _ buang krim tengahnya dan dihancur kasar
- Coklat pilihan secukupnya
- Pewarna pilihan
Cara-Cara
- Asingkan putih dan kuning telur.
- Pukul putih telur bersama gula halus sehingga kembang _ ketepikan.
- Pukul mentega bersama kuning telur sehingga sebati.
- Campurkan adunan putih telur dan gula tadi dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan susu pekat, nestum, cream crackers dan jem buah-buahan. Pukul sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ( Terpulang kepada citarasa masing-masing ).
- Warnakan dengan warna pilihan berlainan pada setiap bahagian.
- Setelah itu, ambil sedikit adunan pada 1 bahagian tadi dan kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
- Taburkan biskut oreo hancur di atasnya. Lapis dengan 1 lagi adunan warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
- Ambil lagi sedikit adunan kek warna berlainan dan kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
- Susun coklat di atas permukaan kek dan lapis dengan adunan warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk juga dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
- Buat begini sehingga adunan habis.
- Masa mengukus kek ni dalam 4-5 jam lamanya dengan menggunakan api sederhana.
- Simpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong.
- Jangan lupa didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih semasa mengukus kek.