Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana semoga semuanya sihat sejahtera..
Sebenarnya memang dah banyak kali dah Diana kongsikan resipi ni walaupun ada sedikit olahan dalam setiap resipi tu kan..
Kali ni pun Diana ada buat sedikit olahan pada resipi ni.. Nak tau apa pula yang telah diolah dalam resipi ni? Jom semak resipinya.. Ooo ya.. Sebelum tu.. Diana nak jawab pertanyaan beberapa orang kat fb yer berkaitan dengan Kek Batik ni.. Diharap dapat membantu.. Apa-apa pun.. nanti boleh inbox Diana kat fb tau sekiranya masih ada soalan ya.. Jangan segan-segan tau.. Diana akan membantu mana yang termampu.. ;)
Hampir semua soalan yang ditujukan berkaitan Kek Batik ni " Sampai bila kah nak masak adunan kek tu dan kenapa bila dah dipotong masih lembik walaupun dah simpan semalaman dalam peti sejuk? ".. Baik la.. Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah.

Gambar 1 → Ni adunan yang baru saja mula dimasak.. Perhatikan warna adunan agak pucat dan cair kan..
Gambar 2 → Di sini la punca segala kesilapan kenapa kek batik yang dibuat tu masih lembik walaupun sudah bermalam di dalam peti sejuk.. Ramai yang bubuh biskut tu atau melapis adunan kek ni bersama biskut semasa adunan kek nie macam ni.. Sebenarnya silap tu.. Apabila tengok adunan nie ianya masih lagi berwarna sedikit pucat dan lembik kan.. Seharusnya kita terus memasak adunan kek nie sehingga ianya bebetul pekat dan berketul seperti gambar no 3.
Gambar 3 → Sekarang cuba perhatikan dan bezakan ketiga-tiga gambar di atas.. Perbezaan warnanya amat ketara sekali antara satu sama lain kan.. begitu juga kepekatannya.. Masa yang sesuai untuk melapis adunan kek nie dengan biskut atau bubuh biskut tu dalam adunan kek tu ialah ketika ianya betul-betul pekat, berwarna coklat kehitaman dan berketul seperti gambar no 3 tu..
Begitu la sedikit penerangan berkaitan masalah yang sering terjadi semasa membuat Kek Batik ni.. Diharap ianya dapat membantu ya.. ;) Sekarang kita tengok pula cara Diana melapis Kek Batik ni.. Cara Diana susun biskut tu ya..
Mula-mula ratakan sedikit aduan kek dan susun biskut d atas permukaan kek.. Kemudian lapis lagi dengan adunan kek dan ratakan.. Susun biskut dan seterusnya lapis dengan adunan kek lagi.. Buat begini hingga adunan habis.. Pastikan lapisan terakhir tu merupakan adunan kek dan jika suka boleh la ditaburkan dengan choc rice..
Sekarang tiba masanya kita semak pula resipi olahan menggunakan Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink dan sedikit serbuk koko.
:: Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink ::
KEK BATIK
Bahan-Bahan
- 6 biji telur
- 250 gm mentega
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula _ ( kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal )
- 1 1/2 cawan milo
- 4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink
- 4 sudu makan serbuk koko
- 1 tin kecil susu pekat susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
- Biskut marie secukup kegunaan
- Choc Rice secukupnya
Cara-Cara
- Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita. Pukul adunan hingga sebati.
- Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
- Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
- Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
- Taburkan choc rice di atas kek.
- Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
- ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
- Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
- Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong.