Saturday, February 18, 2017

~ Gyeran-Bbang ( Korean Egg Bread ) Recipe...

Sheery Dream Cakes | 3:31 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita ke negara Korea pula ya.. Resipi yang ingin dikongsikan ni merupakan salah satu street food yang boleh dikatakan popular juga bagi pelancong di Korea Selatan. Alhamdulillah Diana diberi peluang merasa Gyeran-Bbang ni semasa melancong di Korea Selatanbaru-baru ini. Texture Gyeran-Bbang lembut seakan kek . Ianya sangat sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.

Sebelum Diana merasa sendiri makanan di Korea, Diana memang bukan penggemar makanan Korea. Tetapi setelah menikmati makanan Korea di sana, terus jatuh cinta dengan makanan Korea. Jika diberi peluang kembali bercuti di Korea Selatan lagi, In Shaa Allah.. Tarikan yang membuatkan Diana ingin ke sana lagi semestinya makanannya. 

Sebelum kita semak resipi Gyeran-Bbang ni, apa kata kita tengok sedikit gambar yang diambil ketika berada di Korea Selatan.


Ini lah hero kami ketika berada di Korea Selatan. Hehhehe... Ramadhan, Professional Photographer dari weds.byjjhp . Jika anda ingin bercuti ke Korea Selatan pada musim sejuk, ada baiknya membawa seorang kawan yang pandai mengambil gambar atau professional photografer bersama anda. Sebab jika kebetulan salji turun dengan lebatnya, percayalah anda pasti tidak akan dapat mengambil gambar dengan baik. Dalam keadaan yang sejuk di dalam salji yang lebat, pasti amat sukar mengambil gambar dengan baik jika kita tidak biasa mengambil gambar. Jadi, kepada sesiapa yang masih tercari-cari photographer untuk hari bahagia dan honeymoon.. Atau mungkin ingin merakamkan detik-detik istimewa percutian keluarga anda? Apa kata anda hubungi weds.byjjhp. hasil karya photography yang menarik dan anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya..

Terima kasih buat Ramadhan dan isteri kerana membuatkan percutian kami lebih bermakna dan anda berdua memang terbaik.

Ketika kami berada di Korea Selatan, nasib kami sangat baik kerana salji turun dengan lebatnya. Bukan semua orang yang melancong ke negara 4 musim akan dapat merasai pengalaman salji turun. Kawan Diana sebagai contoh, sudah banyak kali dia melancong ke negara 4 musim ketika musim sejuk. Namun sekali pun dia tidak pernah dapat pengalaman ketika salji turun. Yang ada hanya longgokan salji sahaja katanya.


Baiklah.. Berbalik kita kepada resipi Gyeran-Bbang ini ya. Gyeran-Bbang yang Diana makan ketika di Korea Selatan hanyalah plain egg bread. Hanya adunan tepung dan telur sahaja. Sebenarnya ada banyak versi lagi. Kita pun boleh bubuh apa-apa bahan mengikut citarasa kita sendiri. 

Terasa rindu hendak makan Gyeran-Bbang.. jadi Diana google resipinya. Buat pagi tadi untuk sarapan kami sekeluarga. Buat 4 kali adunan di bawah.. Hehhehe.. Alhamdulillah.. Sedap di tekak kami dan mudah juga untuk membuatnya. Terima kasih kepada Maangchi di atas resipi yang sedap ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini. Jika anda ingin mencuba nya, boleh rujuk resipinya di bawah ya.


 :: Resipi Oleh ~ Maangchi  ( TQ ) 

GYERAN-BBANG ( KOREAN EGG BREAD )
Untuk 3 biji gyeran-ppang ( mini loaf pans 4 x 2 x 1½ inci )

Bahan-Bahan Adunan Tepung
  • 1 tablespoon unsalted butter _ cairkan
  • 3 tablespoons gula
  • secubit garam
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1/2 cawan all purpose flour
  • 1/2 cawan susu
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan Lain
  • 3 biji telur
  • 1 teaspoon minyak masak _ Diana guna mentega
  • 1 batang mozzarella cheese ( optional ), potong kepada 6 bahagian kecil _ Diana guna parutan cheddar cheese
  • 1/2 batang sosej keju _ dihiris nipis ( Diana tambah )
  • Ayamas lof daging ayam _ di potong kecil
  • Daun bawang _ dihiris halus ( Diana tambah )
  • Daun sup _ dihiris halus ( Diana tambah )
  • Lada hitam kisar ( Diana tambah )


Cara-Cara

  1. Adunan Tepung : Satukan mentega cair, gula, garam, baking powder, vanilla extract, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
  2. Panaskan oven kepada 400°F ( 200°C ).
  3. Sapukan loyang dengan minyak ( Diana guna mentega dan taburkan sedikit tepung ).
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 1/2 penuh.
  5. Bubuh lof daging ayam, sosej, parutan keju cheddar atau keju pilihan. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan tepung dan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan lada hitam kisar di atasnya.
  6. Bakar di dalam oven selama 15 minit. ( Diana bakar selama 18 minit dan setelah ianya masak , biarkan di dalam oven selama 1 minit sebelum dikeluarkan ).
  7. Keluarkan dari oven dan nikmati ketika ianya masih panas.

:: NOTE ~ Jika suka, sedap juga bubuh mayonis dan sos cili.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 17, 2017

~ Resipi Mee Basah Ayam...

Sheery Dream Cakes | 3:23 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali di entri kedua untuk hari ini. Kali ni Diana hanya kongsikan resipi campak-campak saja. Tiada sukatan tertentu untuk resipi ini ya. Bubuh lah mengikut citarasa masing-masing. 

Mee Basah Ayam ini sesuai dimakan bersama jus limau kasturi. Walau bagaimana pun, ianya terpulang kepada selera masing-masing juga kan. Nak resipinya? Boleh semak di bawah ya.


MEE BASAH AYAM

Bahan-Bahan 
  • Mee kuning
  • Sawi Jepun 
  • Isi ayam _ dipotong kecil
  • Cili merah _ hiris 
  • Telur _ dipukul ringan
  • Bawang putih _ dicincang
  • Limau kasturi
  • Minyak bijan
  • Kicap cair
  • Air secukupnya

Bahan-Bahan A
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada putih
  • Tepung jagung + sedikit air 
  • Kiub ayam Maggi 

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak bijan di dalam kuali. Masukkan mee kuning dan sedikit kicap cair. Goreng di atas api besar sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi. 
  3. Masukkan isi ayam dan goreng seketika.
  4. Masukkan air dan bahan-bahan A. Gaul rata. Biarkan ianya mendidih.
  5. Masukkan sawi jepun dan biarkan ianya mendidih seketika. Sesuaikan rasa.
  6. Tutupkan api dan masukkan telur. Kacau dengan cepat.
  7. Hidang bersama mee kuning goreng, cili merah dan jus limau kasturi.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Ayam Panggang Ketumbar...

Sheery Dream Cakes | 1:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Jumaat penghulu segala hari.

Alhamdulillah di hari Jumaat yang penuh berakah ini, dapat lagi bersiaran dengan resipi Ayam Panggang Ketumbar.  Terima kasih buat semua penggunjung blog Diana kerana masih sudi singgah di sini ya. Moga segala yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan idea memasak kepada anda semua.

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi Ayam Panggang Ketumbar di bawah.


AYAM PANGGANG KETUMBAR

Bahan-Bahan
  • 3 ketul paha ayam _ dibersihkan dan dikelar
  • 1/4 sudu makan serbuk cili
  • 1/4 tsp cajun seasoning
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • Jus lemon dari 1/4 biji lemon
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Garam 
  • Gula
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan  A ( Dikisar halus )
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai cili merah _ buang bijinya
  • Seikat daun ketumbar

Cara-Cara
  1. Gaul paha ayam bersama bahan-bahan kisar, serbuk cili, cajun seasoning, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, jus lemon, minyak zaitun, gula dan garam. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam. Lebih baik perap semalaman di dalam peti ais.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk yang sesuai. Tambahkan air secukupnya. Kacau rata.
  3. Masak ayam di atas api sederhana sehingga ayam 3/4 masak dan kuahnya pekat.
  4. Tutupkan api dan keluarkan ayam dari periuk. 
  5. Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan curahkan sedikit kuah dia atas ayam. Masukkan ayam ke dalam oven.
  6. Panggang ayam sehingga ayam masak kekuningan.
  7. Hidang bersama lebihan kuah tadi.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 16, 2017

~ Resipi Makaroni Goreng Pedas...

Sheery Dream Cakes | 9:21 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makaroni merupakan sejenis pasta kering dari hidangan barat. Budaya masakan di negara kita telah banyak dipengaruhi oleh budaya hidangan barat. Jelas kita boleh nampak di zaman ini banyak hidangan barat diadaptasi ke gaya makanan di sesuatu negara. Makaroni sebagai contoh, ada makaroni goreng pedas gaya masakan melayu, makaroni sup gaya masakan cina dan pelbagai lagi menu untuk menyesuaikan dengan selera masyarakat di sesuatu tempat.

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Makaroni Goreng Pedas mengikut selera kami sekeluarga. Jom semak resipinya.


MAKARONI GORENG PEDAS

Bahan-Bahan
  • 2 cawan makaroni - dimasak seperti arahan di dalam bungkusan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 batang lobak merah _ dipotong dadu kecil
  • 6 cendawan butang _ dihiris
  • 2 1/2 tbsp cili boh
  • Cili padi _ dihiris

Bahan-Bahan A ( Dikisar halus )
  • Segenggam udang kering _ bersihkan, rendam dalam air panas dan toskan
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci halia

Bahan-Bahan B
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee
  • Sedikit perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Sedikit gula

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, cili boh dan cili padi dan tumis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul rata.
  3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Gaul dan masak seketika.
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasa dan hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 10, 2017

~ Cinnamon Sugar Pull-Apart Bread Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:42 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran lagi bersama entri Cinnamon Sugar Pull-Apart Bread. Roti ini salah satu roti kegemaran kami sekeluarga. Memang sudah banyak kali Diana membuatnya. Kepada sesiapa yang memang suka makan cinnamon sugar, anda boleh cuba resipi ini. Sedap di tekak kami sekeluarga.

Apabila Diana buat roti ini, memang Diana akan tabur banyak-banyak cinnamon sugar tu.. Sebab Diana sendiri sememangnya suka makan roti yang ada cinnamon sugar.

Resipi kali ini Diana ikut dari blog Joy The Baker. Resipi ini memang sudah lama popular di kalangan blogger masakan. Terima kasih kepada tuan empunya resipi, Akak NorDjDayang JackIzahShidah dan kepada semua yang pernah mengetengahkan resipi ini. Kali ini izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih....



CINNAMON SUGAR PULL-APART BREAD

For the Dough
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur  ( size A )
  • 1 sudu kecil Vanilla extract


For the Filling

  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor ( boleh gak gantikan dengan gula perang ) 
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis  ( cinnamon ) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer _ Diana bubuh 2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sebab tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown


Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

Note : dough yang sudah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. ( I skipped this )
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah. 
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:
  1. Masukkan bahan cecair dulu ( bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila )
  2. Masukkan bahan-bahan kering ( tepung, yis, gula dan garam )
  3. On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 9, 2017

~ Resipi Pulut Kuning Bersama Rendang Daging...

Sheery Dream Cakes | 1:11 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pulut Kuning merupakan sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Beras pulut direndam bersama air kunyit bersama asam gelugor semalaman. Dikukus pula bersama santan , garam dan daun pandan sehingga ianya masak. Rasa lemak pulut beraroma daun pandan ini memang serasi dimakan bersama serunding, rendang atau sambal tumis.

Baru-baru ini, menu pulut kuning tiba-tiba menjadi popular di mata dunia. Pulut kuning merupakan salah satu menu yang telah disajikan oleh Chef Safura Tawil yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Embassy Chef Challenge 2016 di Ottawa, Kanada. Selain pulut kuning bersama serunding dan rendang daging, Chef Safura juga menyajikan otak-otak bersama acar dan sambal udang serta sate ayam berkuah kacang.

Hari ini sekali lagi kita singgah ke dapur Che Mat Gebu ya. Resipi pulut kuning ini Diana ikut dari resipi Dapur Tanpa Sempadan. Izinkan Diana panjangkan resipinya di sini ya Che Mat. Terima kasih... Jom semak resipinya. 



PULUT KUNING

Bahan-Bahan
  • 500 gram beras pulut
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan santan cair*
  • 3/4 camca teh garam*disatukan dan kacau rata )
  • 2 helai daun pandan
  • 100 ml pati santan (santan pekat)

Cara Membuatnya
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor. Biarkan semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian tos dan masukkan ke dalam loyang ( cm guna loyang saiz 9 inci ).
  2. Tuang santan cair, dan masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Kareh atau gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak. Keluarkan daun pandan dan boleh dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>