Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Roti Sosej Gulung untuk bekal anak-anak ke sekolah pagi ini.. Walaupun ianya ringkas namun ianya menjadi kegemaran anak-anak.. Roti Sosej Gulung ini juga sangat mudah untuk disediakan.. Jom tengok resipinya...
ROTI SOSEJ GULUNG
Bahan-Bahan
- 2 keping roti _ dipotong tepinya
- 2 batang sosej
- 2 keping keju cheddar
- Daun salad secukupnya
- Mayonis
- Sos cili / sos tomato
- Minyak
Bahan-Bahan Perap
- 1/2 tbsp sos tiram
- 1 tsp gula
Cara-Cara
- Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Angkat dan ketepikan.
- Sapukan roti dengan mayonis dan sos cili atau sos tomato.
- Letakkan daun salad, keju cheddar dan sosej goreng. Picitkan sos cili atau sos tomato bersama sedikit mayonis.
- Gulung dengan kemas.
- Hidang.
0 comments:
Post a Comment