Monday, January 31, 2011

~ Resipi Kek Kukus Lapis Masam Manis...

Sheery Dream Cakes | 8:11 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni seharian kat dapur... pagi tadi jer dapat jenguk blog ni... Sibuk sikit buat kek kukus .. Cuma dapat 2 biji kek kukus lapis jer untuk hari ni..  Kek Kukus Lapis Masam Manis dan Kek Kukus Lapis Batik Naza... Esok sambung lagi.. :). 

Jom semak resipi kek kukus ni...



KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS


Bahan-Bahan 
  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus boleh guna gula kastor 
  • 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh 194 gm 
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp baking powder
  • Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna hijau, merah dan kuning


Cara-Cara 
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
  5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
  7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau merah. Buat begini sehingga adunan habis. 

::  Gambar A  ::
::  Kek Kukus Lapis Masam Manis  ::




0 comments: