:: Yang atas tu gulanya terlalu hangus.. Hehehe... ::
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Apa khabar hari nie? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik yer.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu kan.. :)
Pagi tadi Irfan nak Diana buatkan kek coklat untuk dia.. Terus ler Diana google resipi kek coklat.. Semasa singgah kat dapur Akak Ummi ternampak ler Kek Coklat Puding Karamel yang ada kat dapur Akak Ummi Cayaang tu.. Wah tengok resipinya tak der ler susah sangat kan... Mudah jer.. Tengok pun macam sedap ( sememangnya sedaaap tau )... Bahannya pun semua ada kat rumah nie.. Terus ler buat pagi tadi..
Kek nie memang sedap.. Yong dan Irfan siap puji lagi banyak kali.. Sedap kek nie katanya.. Hehee.. Cuma Irfan masih lagi kurang selera nak makan... Irfan cuma makan seketul jer tadi... Katanya esok lagi baru makan.. Esok? Hehehee.. Jejangan dia nak suruh mummy dia nie buat lg tak esok? .. :D. Baik ler.. Menurut Shiela resipi nie d kongsikan oleh Fara Shafiera... Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie... Terima kasih buat Akak Ummi dan Sheila kerana mengetengahkan resipi nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih.. Muahsss ❤
:: Sumber Dari ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Shiela @ Spices Journey ( TQ )
(A) Bahan ( Gula Karamel )
2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )
Cara²
(B) Bahan Puding Karamel
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
Cara²
:: Sumber Dari ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Shiela @ Spices Journey ( TQ )
(A) Bahan ( Gula Karamel )
2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )
Cara²
- Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).
(B) Bahan Puding Karamel
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
Cara²
- Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
- Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
- Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
- Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat ).
(C) Bahan Kek Coklat
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula
1 cawan minyak masak *
2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
3/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder * ( bahan * diayak bersama )
4 biji telur _ blend hingga halus
Cara²
- Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
- Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
- Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
- Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
- Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya.
- Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.






































