Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Monday, May 9, 2011

~ Resipi Ikan Goreng Pandan...

Sheery Dream Cakes | 9:44 PM | 7 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...  

Salah satu menu makan malam kami hari ni Ikan Goreng Pandan... Tidak ada apa coretan yang hendak dikongsikan hari ini.. Cuma ingin kongsikan resipi Ikan goreng pandan ni sahaja.. Jom semak resipinya..




IKAN GORENG PANDAN


Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan sederhana besar ( boleh guna ikan putih, ikan merah, ikan kembong atau lain-lain )
  • Daun pandan atau secukup kegunaan
  • Lidi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 10 ulas bawang merah _ ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 2 cm halia _ ditumbuk
  • 2 batang serai _ dimayang halus
  • 3 - 4 biji cili padi _ ditumbuk
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp asam jawa
  • 2 tbsp cili kisar
  • 2 tbsp gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung


Cara-Cara
  1. Perap ikan bersama bahan-bahan perap selama 2-3 jam. Pastikan juga menyumbatkan bahan perapan ke dalam perut ikan.
  2. Balut ikan dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi.
  3. Kemudian goreng ikan di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( terpulang la nak garing atau pun tak ).
  4. Angkat dan hidang bersama cicah kegemaran.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 6, 2011

~ Resipi Ambuyat Cicah Ikan Merah Goreng & Stim 3 Rasa...

Sheery Dream Cakes | 10:18 PM | | 12 Comments so far



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng.. 

Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..

::  Versi Kukus  ::



:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam



AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan-Bahan dicincang Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan-Bahan  Dihiris Halus
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara-Cara
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 
  9. ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, March 27, 2011

~ Resipi Sardin Dengan Timun...

Sheery Dream Cakes | 8:59 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entri kali ni... Sardin Dengan Timun.... Pernah makan kan? Kalau kat Labuan ni memang ramai yang suka makan Sardin Dengan Timun ni.. Cuma cara memasaknya mungkin berbeza-beza.. Baiklah.. Apa kata kita tengok pula cara Diana memasak Sardin Dengan Timun ni pula...



SARDIN DENGAN TIMUN


Bahan-Bahan
  • 2 tin besar Ayam Brand Sardin _ buangkan tulangnya
  • 2 biji timun jepun _ dikupas kulitnya dan dihiris ( jangan ambil bahagian tengahnya tu )
  • 2 biji cili hijau _ buang bijinya dan dipotong kasar
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya dan dipotong kasar
  • 6 ulas bawang merah _ dihiris
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk cili, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan sardin, perencah pati ikan bilis, gula dan garam. Sesuaikan rasa.
  4. Setelah sardin sedikit garing, bolehlah dimasukkan hirisan timun. Gaul rata dan tutupkan api.
  5. Angkat dan hidang. 
  6. Makan ketika ianya masih panas bersama nasi putih.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga udang masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 16, 2011

~ Resipi Udang Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:23 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak pula resipi Udang Sambal Belacan yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga…



UDANG SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 700 gm udang bersaiz besar _ dibelah belakangnya dan buangkan uratnya
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 tbsp belacan _ digoreng bersama sedikit minyak atau dibakar ( Diana lebih suka belacan yang digoreng bersama dengan sedikit sahaja minyak )
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 tbsp serbuk lada putih
  • Sedikit gula
  • Garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 10 - 15 minit. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan belacan goreng / bakar dan tumbuk lagi hingga sebati. Ketepikan. 
  3. Setelah itu goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik aromanya.
  5. Masukkan cili kering dan belacan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit gula dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.
  7. Setelah itu bolehlah masukkan udang goreng dan sesuaikan rasa.
  8. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 12, 2011

~ Resipi Isi Ikan Masak Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 1:06 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Jom semak resipi isi ikan masak sos plum ni..



ISI IKAN MASAK SOS PLUM

Bahan-Bahan
  • Isi ikan
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Halia _ dicincang
  • Lada merah _ dicincang
  • Nanas ( jangan guna yg dlm tin yA )
  • Sos plum
  • Sos tomato
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara-Cara

  1. Perap ikan bersama garam dan serbuk lada hitam selama 15 minit. Kukus ikan tadi hingga masak. 
  2. Sementara menunggu ikan masak.. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bwg merah, bwg putih, lada merah dan halia hingga naik baunya. ( Ambil separuh bhn² yg d tumis nie untuk kegunaan nanti.)
  3. Masukkn nanas, sos plum, sos tomato dan garam. Masak seketika.
  4. Setelah ikan masak.. Susun d atas pinggan dan tuangkan sos d atas ikan. 
  5. Taburkan daun sup dan bhn ² yg ditumis tadi di atas ikan.. Hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>