Assalamualaikum dan Salam Sayang…
Hari ini kita bersiaran dengan resipi dari Bali pula… Udang goreng / Bakar Jimbaran memang sedap dan bertambah enak jika ianya dinikmati di restoran makanan laut Jimbaran Bay Bali… Makan malam anda ditemani oleh matahari terbenam dalam suasana romantis dengan cahaya lilin di meja makan anda.. Rindunya suasana tu… Huhuu…
:: Gambar yang Diana ambil dengan hp sahaja ketika itu.. Inilah salah satu menu kami ketika berada di Seafood Restaurant Jimbaran Bay, Bali pada 2010 yang lepas ::
Baiklah.. Apa kata kita tengok versi Diana menyediakan Udang Bakar Jimbaran ni.. Ala-ala Jimbaran lebih tepat rasanya… Hehehee...
Cili merah dan hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan, serbuk ketumbar dan buah keras hendak la ditumis sehingga layu.
Kemudian kisar bahan-bahan tadi bersama sedikit air.. tapi jangan terlalu halus ya.. Sederhana sahaja.. Setelah itu boleh la dimasak semula bersama gula merah, kicap dan garam.. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata. Kemudian bolehlah dibakar sekejap. Siap…
:: Resipi Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my
UDANG BAKAR JIMBARAN
:: Resipi Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my
UDANG BAKAR JIMBARAN
Bahan-Bahan
- 1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
- 6 tbsp kicap pekat ABC
- 2 tbsp gula merah
- Garam secukup rasa
- Minyak
Bahan-Bahan A
- 150 gm cili merah ( Diana campurkan 2 biji cili hijau juga ) _ dipotong kasar
- 7 biji cili padi
- 10 ulas bawang merah _ dihiris kasar
- 5 ulas bawang putih _ dihiris kasar
- 6 biji buah keras
- 1/2 tbsp belacan
- 1/4 tbsp serbuk ketumbar
Bahan-Bahan B
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
Cara-Cara
- Gaulkan udang bersama bahan-bahan B dan perap selama 20 minit.
- Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( Kalau hendak dibakar biarkan ianya separuh masak ). Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan A dan tumis sehingga layu.
- Keluarkan bahan-bahan A tadi dari kuali dan kisar sederhana halus.
- Masukkan bahan-bahan kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
- Kemudian masukkan udang goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul-batul sebati dengan udang tadi.
- Angkat dan bolehlah dimasukkan ke dalam oven. Bakar seketika.
- Angkat dan hidang.
:: Ini pula gambar udang yang digoreng dan disaluti sosnya tanpa dibakar ::