Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... Pagi ni demam Diana dah beransur baik dah.. Malam tadi memang tidak ke mana-mana pun... Tengkuk ni nak toleh kiri kanan pun terasa sakit... Ermm... Pagi ni mentang-mentang la tuan rumah demam.. Maka blog ni pun nak join demam sekali nampak gayanya.. Huhuu... Sukar untuk Diana buat entri kali ni.. Entah di mana silap dan penyebab semua ni.. Tengok setting semua ok.. Haih!!! Ker blogspot ada masalah eh? Setiap kali Diana enter... Maka tak nampak la bahagian kat atas tu.. Maksud Diana bahagian untuk kita klik nak letak gambar.. link... dan sebagainya tu... Nak preview pun tak dapat.. Tau tak apa masalahnya?
Buat masa ni memang bertambah la sakit kepala dengan masalah ni... Alahai blog!!! Kenapa la macam ni hari ni.. Tak apa la kan... Buat entri ni pelahan-lahan saja la.. Terpaksa tiap kali nak letak gambar, kena buka tab baru lagi lepas tu pergi ke edit post.. Tu saja caranya.. Adeeeh!!! Pengsaaan!! ( Pinjam word Che Mat Gebu ya .. Hehhee ).. Ha'! Bukan sahaja nak pinjam word tu tau... Hari ni Diana pun nak pinjam resipi dari dapur Che Mat Gebu juga... Resipi yang telah menarik minat Diana hari tu semasa singgah kat dapur CMG... Tak pernah lagi Diana buat malah merasa Kek Betik pun tak pernah lagi... Sebolehnya Diana cari juga buah betik yang masak kat kedai tu.. Alhamdulillah dapat juga beli... Hanya dapat beli jenis Betik Taiwan.. Ermm.. betik pun ada pelbagai jenis eh? Baru Diana tau.. Kek Betik ni boleh tahan juga rasanya tau.. Diana bubuh juga nutella dan peanut butter di tengah kek tu.. Letak juga hirisan betik di atasnya.. Daughter orang yang paling suka makan kek ni.. Sedap katanya.. Buat CMG.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih...
:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )
KEK BETIK @ PAPAYA CAKE
Bahan-Bahan
- 80 gram mentega
- 1 biji telur gred A, pukul sedikit
- 170 gram betik yang masak ranum*
- 3 camca besar susu segar* ( *dikisar halus )
- 150 gram gula perang @ soft brown sugar _ ( Diana bubuh 120 gm sebab betik yang Diana guna agak manis )
- 180 gram tepung gandum*
- 1 1/4 camca teh baking powder*
- 1/4 camca teh garam halus* ( *disatukan dan ayak )
- 2 camca teh jus lemon
- 1 camca teh esen vanilla
- 1/3 cawan kismis _ ( Diana ganti kepada betik yang dipotong dadu kecil )
- Badam cincang, untuk hiasan _ ( Diana tukar kepada hirisan betik )
- Nutella dan Peanut Butter secukup kegunaan _ ( Diana tambah )
Cara Membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175°C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
- Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata.
- Tuang dalam tin yang telah disiapkan, ( Diana bubuh inti nutella dan peanut butter ). tabur dengan badam cincang rata² dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing². Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :-
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..
Kek ni buat pada hari Sabtu lepas... Dah habis dah pun.. :). Mulanya tu memang tak ada niat nak ambil gambar sebab Diana masa tu dah mula rasa demam... Daughter yang tolong buat kek nie bersama... Bila dah potong dan makan kek ni... Timbul pula rasa sayang tak ambil gambarnya... Tu la kenapa kek ni tak ada gambar yang belum di potong.. Tu ler Al-Kisahnya... ^_^.