Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sesi persekolahan bagi tahun 2015 sudah pun berakhir dan bermulalah cuti panjang persekolahan penggal akhir. Selamat bercuti untuk semua anak-anak dan juga cikgu-cikgu.. Sebagai ibubapa, termasuk Diana sendiri.. kita rancanglah aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak kita sepanjang cuti sekolah ini ya..
Diana sebagai seorang ibu, inilah masanya yang paling gembira sekali kerana biasanya masa cuti sekolah inilah anak-anak teringin hendak makan itu dan ini.. Seronok dapat menyediakan permintaan anak-anak.
Pagi tadi, sempat Diana memasak Bubur Keledek Bebola Pulut untuk kami sekeluarga... Sudah lama tidak ada permintaan untuk bubur ni.. Hari pertama cuti persekolah bermula untuk tahun ini, Diana masak bubur ini pagi tadi.. Jom semak resipinya..
BUBUR KELEDEK BEBOLA PULUT
Bahan-Bahan
- 500 gm ubi keledek berwarna oren dan putih _ kupas kulitnya dan dipotong kecil
- 2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
- 2 cawan air
- Gula melaka secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Santan dalam kotak secukup kegunaan
Bahan Untuk Bebola Pulut
- 150 gm tepung pulut
- Air secukupnya
- Beberapa titik pewarna merah dan hijau
Cara-Cara
- Kukus ubi keledek hingga lembut. Ketepikan.
- Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk bersama gula melaka. Masak hingga gula melaka larut.
- Kemudian masukkan daun pandan dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan santan, garam dan biarkan ianya mendidih seketika.
- Kecilkan api. Masukkan ubi keledek kukus dan gaul rata. Ketepikan.
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang lain ( cukup untuk menenggelamkan bebola pulut ). Ketepikan.
- Campurkan tepung pulut bersama air di dalam mangkuk. Uli sehingga adunan dapat dibentuk. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan adunan dengan pewarna hijau dan merah setiap satu bahagian. Kemudiankan bentukkan bebola pulut mengikut citarasa masing-masing. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi dan biarkan sehingga bebola pulut itu timbul. Angkat bebola pulut itu dan masukkan ke dalam bubur keledek. Gaul dan sesuaikan rasa.
- Tutupkan api dan sedap dimakan panas atau sejuk.