Tuesday, January 29, 2013

~ Resipi Jeruk Kedondong...

Sheery Dream Cakes | 3:53 PM | 10 Comments so far
::  Yang ini gulanya belum larut sepenuhnya lagi. Bermakna belum sedia untuk dinikmati  ::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kita kembali di entri kali ini... Hari ini Diana hanya ingin berkongsikan resipi yang mudah namun tidak dapat dinikmati terus... Hehehhee... Kena tunggu sehari semalam dulu.. Barulah dapat menikmatinya...


Di halaman rumah mama Diana.. Sememangnya banyak buah kedondong.. Buahnya tak putus-putus bak kata orang sini.. Alhamdulillah.. Tapi kami teramatlah jarangnya memetik buahnya.. Hinggalah petang tu.. Makcik Diana memetiknya dan nak buat jeruk katanya.. Wah!!!! Terliur pula dengar... Hehehe.. Itulah yang buat tu..


Diana buat jeruk kedondong ini dalam 2 versi.. 1 versi yang dihiris... Yang 1 lagi Diana birakan ianya bulat gitu.. Terpulanglah pada citarasa masing-masing ya.. Semasa kecil dulu.. Diana selalu buat jeruk kedondong bersama mama dan arwah nenek.. Yang rajin buat jeruk kedondong ini ialah arwah nenek... Sedap.. Suka sangat makan. Tapi dah lama dah Diana tidak buat jeruk kedondong.. Entah dah berpuluh tahun dah kot.. 


Resipinya teramatlah mudahnya...Banyak versi untuk membuat jeruk buah-buahan ini kan... Masing-masing ada cara tersendiri... Apa kata kita tengok cara keluarga Diana menyediakan jeruk kedondong pula.. 


JERUK KEDONDONG

Bahan-Bahan
  • Buah kedondong _ dikupas kulitnya ( jika suka boleh juga dihiris kasar )
  • Cili padi _ dibelah 2
  • Garam
  • Gula

Cara-Cara
  1. Bersihkan buah kedondong dan toskan.
  2. Masukkan buah kedondong dan cili padi ke dalam balang kedap udara.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam. Biarkan begitu tanpa digaul.
  4. Tutupkan balang dan biarkan sehingga gula dan garamnya larut sepenuhnya.
  5. Setelah bermalam, bolehlah dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 25, 2013

~ Oreo Cheesecake Cookies...

Sheery Dream Cakes | 11:21 AM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Memandangkan hari ini maid cuti.. Jadi banyak kerja yang hendak diuruskan di rumah ini.. Ermm.. Tak tahu apa nak tulis lagi... Hehheheee... Biarlah gambar-gambar di bawah sahaja berbicara ya... Bolehkah gitu? Hehhehee...


Terima kasih buat Passion 4 baking kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. TQ... 


:: Resipi Dari ~  Passion 4 baking  ( TQ )


OREO CHEESECAKE COOKIES  

Bahan-Bahan
  • 113 gm mentega ( suhu bilik )
  • 100 gm Philadelphia cream cheese
  • 225 gm gula _ Diana bubuh 200 gm 
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 180 gm tepung
  • 100 gm chocolate buttons _ Diana guna 50 gm milk choc + 50 gm biskut oreo yang di cincang kasar
  • 1 pkg biskut Oreo _ buangkan krimnya dan dikisar halus
  • Pink strawberry chocolate / white chocolate  

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 190°C.
  2. Pukul mentega dan cream cheese selama 8 minit sehingga sebati dan gebu.
  3. Dengan menggunakan spatula, gaulkan adunan seketika.
  4. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit sehingga ianya sebati. Gaul lagi dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla dan tepung. Pukul adunan  sehingga rata ( boleh juga gaul kaup menggunakan spatula ).
  6. Masukkan chocolate buttons / milk chocolate ( serta biskut oreo jika suka ) dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Dengan menggunakan ice cream scoop, ambil sesudu adunan dan saluti dengan biskut oreo yang telah dikisar halus.
  8. Letakkan di atas dulang pembakar dan buat begini sehingga adunan habis.
  9. Bakar selama 12 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Hias dengan white chocolate cair.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 22, 2013

~ Ayam Kandar...

Sheery Dream Cakes | 6:57 PM | | 9 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi Daging Kandar.. Terima kasih kepada Akak Asma kerana berkongsi resipi Daging Kandar yang sangat sedap... Daging kandar merupakan menu kegemaran kami sekeluarga.. Apatah lagi digabungkan dengan Nasi Lobak Merah.. Memang sedap.. Cuma kali ini Diana tukarkannya kepada ayam.  Sekali lagi izinkan Diana kongsikannya di sini dan tukarkan daging kepada ayam ya.. Terima kasih..  


:: Resipi asal oleh ~  Akak Asma @ My Resipi  ( TQ ) _ Daging Kandar 

Bahan-Bahan ( 6 orang )
  • 1/2 kg daging _ Diana gantikan dengan ayam ( buangkan kulitnya dan dipotong kecil )
  • 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
  • 1 inci halia ( tumbuk / blend ) 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato    
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 pkt serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) _ Diana bubuh 2 bungkus kecil
  • 1 labu bawang besar ( dimayang ) 
  • 1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang  
  • Sedikit daun kari  
  • Garam
  • Perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan ). Jika menggunakan ayam, tidak perlu direbus.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging ( masukkan ayam dan sedikit air ).
  6. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.


Diana memasak Ayam Kandar ini menggunakan kaedah : Amway Thermal Cooker.

Cara-Cara
  1. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa. Panaskan minyak di dalam periuk dalaman dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  3. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). Kacau sebati ( Diana tumis hingga pecah minyak ).
  4. Bila dah sebati kuah masukkan ayam dan sedikit air. Masak selama 5 minit.
  5. Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Gaul dan sesuaikan rasa.
  6. Tutup penutup periuk dalaman dan renih selama 15 minit di atas api sederhana sehingga mendidih Jangan sesekali membuka penutup periuk dalamannya ).
  7. Tutupkan api dan pindahkan periuk dalaman ke dalam periuk luaran Thermal Cooker dengan keadaan masih bertutup ( jangan buka penutupnya ). 
  8. Biarkan ia memasak thermal tanpa kuasa selama 2 - 2 1/2 jam ( semasa tempoh memasak thermal tu jangan buka penutup thermal selama 2 jam ).
  9. Setelah 2 jam bolehlah dibuka penutupnya atau lebih dari 2 jam sehingga masa yang kita kehendaki.
  10. Kacau dan sedia untuk dihidang.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 19, 2013

~ Claypot Chicken Rice...

Sheery Dream Cakes | 9:15 AM | | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang ....

Ermmm.. Dapur kat rumah ni sudah bercuti memasak yang berat-berat gitu... Maka bagaimana pula nasib dapur maya? Terpaksa jugalah bercuti kan.. Atau hanya ada menu ringkas sahaja nanti? Entah lah! Biarkan waktu sahaja yang menentukannya nanti.. Hehhehehe....

Beberapa hari lepas Diana ada masak Claypot Chicken Rice... Sudah lama tidak masak menu ini.. Teringin pula hendak makan :) Anak-anak Diana pun suka makan Claypot Chicken Rice.. Kalau masak pun berbaloi sebab pasti habis punya.. Hehhehee... Ok lah.. Terus sahajalah kita tengok resipinya ya... 

::  Jika suka pedas.. boleh tambah cili keringnya ya  ::

CLAYPOT CHICKEN RICE


Bahan-Bahan
  • 1 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 4 keping cendawan shitake kering 
  • 4 ulas bawang putih _ diketuk dan dicincang
  • 1 inci halia _ dihiris halus
  • 4 tangkai cili kering _ di potong 3
  • Cili merah _ dicincang
  • Daun bawang _ dihiris

Bahan-Bahan A 
  • 500 gm ayam tanpa kulitnya _ dipotong kecil
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix 
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan B 
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • Sedikit gula jika perlu
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 1 jam. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumiskan bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  3. Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi seketika. 
  4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak selama 3 minit.
  5. Setelah itu tambahkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan pula bahan-bahan B dan gaul. Masak sehingga ayam 3/4 masak. Tutupkan api dan asingkan ayam dan kuahnya. Ketepikan.
  7. Masukkan beras dan air secukupnya ( sukatan air seperti memasak nasi biasa ) ke dalam claypot. Tutupkan dengan penutupnya. Masak di atas api sederhana sehingga nasi hampir masak.
  8. Letakkan ayam di atas nasi dan tutupkan penutupnya semula. Teruskan memasak sehingga ayam dan nasi masak.
  9. Tutupkan api dan biarkan selama 3 minit. Jangan buka penutupnya.
  10. Curahkan kuah ayam tadi dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
  11. Gaul rata dan hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 15, 2013

~ Mexican Grilled Corn...

Sheery Dream Cakes | 8:57 AM | | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam sayang... 

Pagi ini cuaca masih tidak elok.. Sama seperti kelmarin yang mana hujan seharian.. hinggakan ke malam pun masih hujan lebat... Kelmarin teringin sangat nak ambil gambar jagung ini bersama kulitnya sekali dalam latarbelakang gelap.. Namun semuanya tidak tercapai.. Huhuuuu... Sebenarnya bukan faktor cuaca.. Tapi disebabkan tidak jumpa jagung yang dijual bersama kulitnya.. Diana hanya dapat beli jagung yang sudah dikupas kulitnya... Ermmm... Tapi tidak apalah.. Lain kali pasti ada.. Hehee.. Sebab anak-anak dan hubby suka makan Mexican Grilled Corn ini.. Sedap dimakan ketika ianya masih panas lagi.. 

Resipi ini Diana ikut dari  blog Phantom Gourment... Dalam resipi ini ada menggunakan Parmesan cheese.. Tapi Diana tidak bubuh sebab baru sahaja makan pizza tengahari kelmarin.. Sebelum itu pun sudah makan Snow Cheesecake.. Alahai!!! Keju memanjang nampaknya kan.. Hehehhee... Jadi Diana tidak bubuhlah keju untuk resipi jagung ini.. Oklah.. Jom tengok resipinya.. Terima kasih buat Phantom Gourment di atas resipi ini... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya... TQ.. 

:: Resipi Oleh ~ Phantom Gourment  ( TQ )



MEXICAN GRILLED CORN


Ingredients
  • 4 ears corn
  • 1/4 cup melted butter
  • 1/4 cup mayonnaise
  • 1/2 cup coarsely grated Parmesan cheese 
  • 1 tsp salt
  • Pinch Chili powder
  • 4 wedges lime 
  • 1 tsp freshly grated lime zest 

Method
  1. Preheat the grill to medium. 
  2. Lightly spray corn with cooking spray or olive oil.
  3. Grill corn, turning several times, for 8-10 minutes, or until you accomplish those great grill marks. 
  4. Spread butter on the corn, then mayonnaise, and sprinkle with the Parmesan and chili powder. 
  5. Finally, drizzle with lime juice, sprinkle with lime zest, and serve. 

:: Cara Diana pula ~ 

Bahan-Bahan

  • Jagung manis
  • Mentega cair
  • Mayonis
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Hirisan daun bawang
  • Limau nipis


Cara-Cara
  1. Letakkan jagung di dalam Amway Happy Grill Pan dan tutupkan penutupnya ( Diana tidak bubuh minyak masak / minyak zaitun ) 
  2. Masak beberapa minit di atas api sederhana. Kemudian terbalikkan jagung dan masak lagi. Buat begini sehingga jagung masak sepenuhnya.
  3. Setelah jagung masak, keluarkan dari Grill Pan dan sapukan mentega cair serta mayonis.
  4. Taburkan dengan serbuk cili, serbuk lada hitam dan hirisan daun bawang.
  5. Perahkan limau nipis di atas jagung sebelum menikmatinya ( jika suka ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>