Wah!! Apa kes malam-malam pula tayang Biskut Makmur eh? Heeheee... Sebenarnya teringin sangat nak makan kuih makmur.. Itu yang buat tu.. Raya hari tu memang tak buat cookies sebab kesihatan Diana yang tak mengizinkan.. Beli semua cookies untuk raya tahun ini.. Jadi ini kiranya keinginan yang terpendam telah sekian lama lah ya.. Huhuuu... Baru berkesempatan buat kuih makmur.. Alhamdulillah diberi kesempatan juga buat kan..
Ok lah.. Tak nak banyak celoteh malam-malam begini.. Terus sahaja kita tengok resipi Biskut Makmur dari SBK ya.. Oh ya.. Untuk kacangnya Diana guna walnuts.. Jadi boleh tukar kepada kacang tanah atau gajus ya.. Terpulang kepada citarasa masing-masing... Jom semak resipinya..
BISKUT MAKMUR
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan mentega ( anggaran )
- 3 tbsp minyak sapi
- 3/4 cawan walnuts panggang
- Gula aising secukupnya
Cara-Cara
- Goreng tepung gandum tanpa minyak di atas api sederhana sehingga sedikit kekuningan. Sentiasa menggaul bagi mengelakkan tepung hangus.
- Angkat dan masukkan tepung ke dalam food processor bersama walnuts panggang. Kisar hingga walnuts hancur.
- Kemudian campurkan minyak sapi dan mentega ( bubuh mentega sedikit demi sedikit ) ke dalam adunan tepung dan walnuts tadi.
- Ramas dengan menggunakan tangan dan uli sehingga adunan dapat dibentukan.
- Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga adunan habis.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga ianya masak ( bergantung kepada saiz kuih makmur tersebut ).
- Angkat dan terus guling-gulingkan kuih makmur ke dalam gula aising.
- Sejukkan sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.