Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini kita semak pula resipi Kek Sarang Semut.. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Gula Hangus.. Kek yang sentiasa mendapat tempat di rumah ni.. Memang tak muak makan kek ni.. Cuma kekadang ada masanya kek ni tidak menjadi sarangnya tu.. Tak banyak lubangnya.. Bila ianya terjadi memang kecewa sesangat la kan.. Tapi tak apa.. Mungkin ada teknik yang kita tersilap.. Cuba lagi dengan teknik yang betul.. Dengan izinNya pasti menjadi.. Yang penting jangan putus asa ya..
Bahan-Bahan
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 4 biji telur
- 2 sudu besar mentega
Cara-Cara
- Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan masak lagi hingga gula cair ( berhati-hati ketika menuangkan air tu.. sebab merecik yer ).
- Kemudian masukkan mentega dan tutupkan api. Ketepikan. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
- Sementara itu, pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
- Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi dan kacau sebati.
- Masukkan pula tepung gandum dan soda yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan sepenuhnya tadi.
- Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.
- Bakar dengan api sederhana pada suhu 160°C - 180°C selama 1 jam.
- ** Diana pun ikut akak Yatie... bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit.
- Sekiranya kek masih belum masak, bakar lagi 5 minit atau sehingga kek masak.
Gambar di atas merupakan Kek yang hanya adunannya diperap selama 2 jam. Gambar yang di bawah pula kek yang adunannya diperap selama 4 jam.