Monday, May 16, 2011

~ Resipi Nasi Lobak Merah...

Sheery Dream Cakes | 7:52 AM | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Hari ini kembali bersiaran bersama Nasi Lobak merah yang sedap ini.. Memang tidak rugi mencuba resipi ni tau... Resipi ni Diana c&p dari dapur Akak Ayu S'pore...  Terima kasih ya akak kerana berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Pernah juga tengok Nasi Lobak Merah ni kat dapur Akak Nor dan Akak Ummi... Terima kasih bebanyak... Izinkan Diana kongsi kat sini pula ya akak... Terima kasih.. :)







:: Sumber ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction


NASI LOBAK MERAH


Ingredients:-
  • 1kg beras beriani - ( 1kg basmathi rice )
  • 6 biji lada hijau dipecah2 ( 6 green chillies bruised )_ saya campurkan cili merah juga
  • 1 sudu teh jintan halus -ditumbuk kasar-kasar - ( saya gunakan serbuk aje )-( 1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones )
  • 1 cawan minyak kacang - ( 1 cup cooking oil )
  • 1 sudu besar minyak sapi - ( 1 tbsp ghee oil )
  • 3 batang lobak diparut - ( 3 carrots shredded )
  • 300g buah tomato dipotong halus - ( 300g tomatoes sliced thinly )
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus - ( 6 garlics minced )
  • *2cm halia ditumbuk halus - ( 2cm ginger minced )
  • 2 biji bawang besar dihirs - ( 2 large onions sliced )
  • 4cm kayu manis - ( 4cm cinammon bark )
  • 3 biji buah pelaga - ( 3 cloves )
  • 3 biji bunga cengkeh - ( 3 cardamons )
  • Garam - ( salt ) 

Diana Tambah
  • 150 gm buah kundur kering
  • Kismis
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 ketul kiub ayam

Method:-
  1. Sukat air 1100 ml lalu ketepikan dulu. 
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak merah parut. 
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan-bahan tumbuk*, lada hijau dan jintan. 
  4. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. 
  5. Bila mendidih, masukkan beras, ( bahan-bahan yang Diana tambah tu kecuali kismis.. Kismis bubuh nanti bila nasi dah nak masak yer ) dan garam, masaklah hingga tanak-( saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa ).


- Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked - ( this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, May 11, 2011

~ Resipi Kuih Lopes...

Sheery Dream Cakes | 10:49 PM | 11 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kuih Lopes nama diberi… Mulanya dulu nampak kat dapur Akak CT... Lepas tu baru-baru ni nampak pula kat dapur Akak Yatie... Aduh!! Tak tertahan tengok kuih tu... hehhee... Selama ni asyik beli jer... tak reti nak buat sendiri Kuih Lopes ni... Hari ni buat pertama kalinya.. dah pandai buat dah... hehehhehe... Seronok sangat!! Terima kasih kat tulip77@ My Resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Terima kasih juga kat Akak CT dan Akak Yatie ya... Izinkan Diana pula berkongsi resipi kuih yang sedap ni di sini.. Terima Kasih… 




:: Resipi oleh ~ tulip77@ My Resipi
:: Sumber ~ Akak CT @ Dari Dapur CT & Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku


KUIH LOPES
Saiz sedang-sedang dapat 24 ketul


Bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan ( dikisar )
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air  dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan.
  3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. 
  4. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
  5. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat-padat dengan plastik / daun pisang. 
  6. Biarkan sejuk. Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
  7. Semasa mengukus pulut, bolehlah buat air gula. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  8. *** Air gula ni bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan. Jika guna yang besar bolehlah dikurangkan. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, May 9, 2011

~ Resipi Ikan Goreng Pandan...

Sheery Dream Cakes | 9:44 PM | 7 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...  

Salah satu menu makan malam kami hari ni Ikan Goreng Pandan... Tidak ada apa coretan yang hendak dikongsikan hari ini.. Cuma ingin kongsikan resipi Ikan goreng pandan ni sahaja.. Jom semak resipinya..




IKAN GORENG PANDAN


Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan sederhana besar ( boleh guna ikan putih, ikan merah, ikan kembong atau lain-lain )
  • Daun pandan atau secukup kegunaan
  • Lidi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 10 ulas bawang merah _ ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 2 cm halia _ ditumbuk
  • 2 batang serai _ dimayang halus
  • 3 - 4 biji cili padi _ ditumbuk
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp asam jawa
  • 2 tbsp cili kisar
  • 2 tbsp gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung


Cara-Cara
  1. Perap ikan bersama bahan-bahan perap selama 2-3 jam. Pastikan juga menyumbatkan bahan perapan ke dalam perut ikan.
  2. Balut ikan dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi.
  3. Kemudian goreng ikan di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( terpulang la nak garing atau pun tak ).
  4. Angkat dan hidang bersama cicah kegemaran.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 6, 2011

~ Resipi Ambuyat Cicah Ikan Merah Goreng & Stim 3 Rasa...

Sheery Dream Cakes | 10:18 PM | | 12 Comments so far



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng.. 

Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..

::  Versi Kukus  ::



:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam



AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan-Bahan dicincang Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan-Bahan  Dihiris Halus
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara-Cara
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 
  9. ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Kek Sarang Semut...

Sheery Dream Cakes | 8:50 AM | 18 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita semak pula resipi Kek Sarang Semut.. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Gula Hangus.. Kek yang sentiasa mendapat tempat di rumah ni.. Memang tak muak makan kek ni.. Cuma kekadang ada masanya kek ni tidak menjadi sarangnya tu.. Tak banyak lubangnya.. Bila ianya terjadi memang kecewa sesangat la kan.. Tapi tak apa.. Mungkin ada teknik yang kita tersilap.. Cuba lagi dengan teknik yang betul.. Dengan izinNya pasti menjadi.. Yang penting jangan putus asa ya..



:: Sumber ~ Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku  &  Widad @ MyR  ( TQ )


KEK SARANG SEMUT | KEK GULA HANGUS

Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan masak lagi hingga gula cair ( berhati-hati ketika menuangkan air tu.. sebab merecik yer ).
  3. Kemudian masukkan mentega dan tutupkan api. Ketepikan. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
  4. Sementara itu, pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi dan kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung gandum dan soda yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
  7. Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan sepenuhnya tadi.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana pada suhu 160°C - 180°C selama 1 jam.
  10. **  Diana pun ikut akak Yatie... bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit. 
  11. Sekiranya kek masih belum masak, bakar lagi 5 minit atau sehingga kek masak.



Gambar di atas merupakan Kek yang hanya adunannya diperap selama 2 jam. Gambar yang di bawah pula kek yang adunannya diperap selama 4 jam.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>