Monday, February 6, 2012

~ Kari Udang Dan Terung...

Sheery Dream Cakes | 12:28 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni masih lagi bercuti.. Esok dah mula bekerja dan sekolah semula.. Tapi sekolah Irfan masih lagi mood bercuti sampai esok.. Rabu baru Irfan sekolah... Sebab hari ni merupakan sambutan  Chap Goh Mei 2012 dalam dialect  Hokkien ( 15th night ) yang menandakan tamatnya tempoh perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun ni... Hari ni pasti ramai sanak saudara dan kawan-kawan yang sibuk membuat persiapan Chap Goh Mei untuk malam ni kan.. Seperti yang kita maklum sememangnya perayaan Chap Goh Mei ni akan bermula dari petang hingga ke pagi hari.. Kepada anak-anak saudara semua, pastikan awal balik ya jika tak larat nanti... Happy Chap Goh Mei kepada sanak saudara dan semua yang menyambutnya..


Baiklah, berbalik kita kepada resipi yang Diana nak kongsikan ni. Kari Udang Dan Terung yang dah lama menunggu giliran nak diupdate di SBK ni.. Haih!! Masak bulan Jan lepas sebenarnya... Hehehee... Dah sebulan dah habis.. Baru nak tayang kan.. Jom tengok resipinya.. 



KARI UDANG & TERUNG

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibersihkan, buang kakinya dan belah belakang udang sedikit
  • 650 gm terung _ dibelah dan dipotong panjang
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 keping asam keping
  • Santan secukup kegunaan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan-Bahan A ( Dicampurkan )
  • 3 tbsp serbuk kari ayam dan daging Baba's
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1/4 serbuk cili
  • Sedikit air panas


Bahan-Bahan Tumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • Sedikit belacan jika suka


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk bersama bawang putih  hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan A dan sedikit gula. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan terung dan gaul rata. Masak seketika.
  4. Setelah terung nampak layu bolehlah dimasukkan udang, santan dan asam keping.
  5. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Setelah udang dan terung masak bolehlah tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 5, 2012

~ Sambal Ayam Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 3:52 PM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. 

Hari ni agak lewat bersiaran... Niat di hati nak online pagi tadi.. Tapi hanya sempat online sekejap jer tadi.. Tanpa membuang masa dengan membebel panjang.. Terus saja kita tengok resipi Sambal Ayam Udang Kering yang dah beberapa hari tertangguh nak diupdate ni ya... Jom selongkar resipinya..

Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.

Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.. masukkan gula melaka dan gaul rata.. Tumis sehingga pecah minyak.. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.

Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau.. Gaul rata dan masak seketika lagi.. Angkat dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL AYAM UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 biji cili merah _ dihiris menyerong
  • 2 biji cili hijau _ dihiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 3/4 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1 tbsp tepung jagung

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata.Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 4, 2012

~ Kek Kukus Lapis Nescafe & Keju...

Sheery Dream Cakes | 5:06 PM | | 13 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hujung minggu ni pasti ramai yang balik kampung kan... Mungkin juga ada yang bawa keluarga pergi jalan-jalan... Diana pula hanya ddi rumah saja. Tak pergi mana-mana pun.. Mulanya tu niat d hati nak pergi melawat daughter di kem PLKN Papar.. Tapi terpaksa dibatalkan saja niat tu sebab anak kecil Diana masih kurang sihat. InsyaAllah minggu depan baru pergi melawat dia.. Rindu kat dia sebenarnya.. Baru saja lepas call dia tadi.. Bertambah pula kerinduan tu.. 


Seperti yang Diana janjikan semalam di FB.. Hari ni Diana nak kongsikan resipi Kek Kukus Lapis Nescafe & Keju.. Resipi ni merupakan olahan terbaru Diana... Cuma bila ditengok rupa kek kukus ni betul-betul.. Memang ada cacatnya.. Cuba perhatikan permukaan atas kek tu.. Ianya tak berapa cantik kan?  Oleh kerana Diana sibuk menumis bahan untuk Ikan Kukus.. Diana minta lah maid tolong tutupkan api kat ikan yang Diana kukus tu.. Tapi dia tersilap dengar pula... Dia ingat Diana suruh dia besarkan api kat kek kukus ni ( masa tu kek ni tengah dikukus untuk lapisan terakhir ).. Diana pun tak perhatikan masa tu.. tiba-tiba Diana ternampak kukusan tu mengeluarkan wap yang banyak.. Maid dah buat silap rupanya.. Nasib baik tak rosak sangat kek kukus ni kan.. Kalau Diana lambat perasan yang apinya dibesarkan.. Pasti permukaan kek ni lebih teruk.. Tapi tak apa lah kan.. Hehehe... 


Sebenarnya warna kek ni Diana nak bubuh warna purple atau oren.. Tapi tak perasan pula kedua-dua warna tu dah kehabis stock di rumah ni rupanya.. Nak tak nak bubuh lah warna lain.. Bubuh warna pink dan perang walaupun warna ni dulu pernah Diana gunakan untuk Kek Kukus Lapis Sheery.. Tak apa lah... Cuma kalau buat keduanya sekali.. Kena lah bubuh warna yang berlainan.. Nanti orang ingat kek yang sama pula.. Sedangkan rasanya berbeza.. Hiihiii.. Baik lah.. Jom kita semak resipinya...



KEK KUKUS LAPIS NESCAFE & KEJU


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur _ asingkan putih dan kuningnya
  • 1 cawan mentega berkualiti tinggi
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 400 gm cream cheese Philadelphia
  • 1 tin kecil susu pekat manis ( 388 gm ) _  Diana guna susu cap junjung krimer manis 
  • 1 tin sederhana serikaya ( 300gm )
  • 4 tsp nescafe _ diayak
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna perang dan pink atau warna pilihan masing-masing


Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul putih telur sehingga kembang.
  3. Masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang. Ketepikan.
  4. Kemudian, pukul mentega bersama cream cheese sehingga sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Setelah itu, campurkan adunan putih telur dan gula kastor tadi. Pukul sebati.
  7. Masukkan tepung gandum dan pukul rata.
  8. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
  9. :: 1 bahagian bubuh nescafe, susu pekat manis dan pewarna perang. Pukul rata.
  10. :: 1 bahagian lagi bubuh serikaya, esen vanilla dan pewarna pink. Pukul rata.
  11. Ambil 4 senduk adunan nescafe dan susu pekat tadi.. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dialas dengan aluminium foil.. Kukus sehingga kek masak.
  12. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi halus pada kek dan tekan dengan lembut menggunakan sudu plastik lembut.. Lapis lagi dengan 4 senduk adunan serikaya dan esen vanilla.. Kukus sehingga adunan kek masak.
  13. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  14. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus.. Hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi halus dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  15. Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya.
  16. Sejukkan dan simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong.
  17. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2  jam lamanya menggunakan api sederhana.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 31, 2012

~ Coconut Milk Chocolate Cake..

Sheery Dream Cakes | 11:00 PM | 21 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah kita masih dIberi peluang bertemu kembali dI alam maya ni walaupun Diana kurang sihat sebenarnya... Kesibukan dalam beberapa hari ni membuatkan SBK sepi dari entri terbaru... Minta ampun dan maaf kerana tak berkesempatan lagi membalas semua komen yang ada dan BW pun hanya mana yang sempat saja buat maasa ini.. Terima kasih yang tak terhingga kerana masih setia lagi berkunjung ke dapur Diana ni... Terima kasih juga kepada yang sudi mencuba resipi-resipi di sini. Sayang anda semua...



Tadi sempat juga Diana buat Kek Coklat nie demi memenuhi permintaan yang nak makan kek coklat selepas dia balik dari sekolah... Ermm.. Faham-faham saja la kan kalau ikut selera anak kecil Diana ni .. Semuanya nak coklat.. :). Resipi kek ni Diana ambil dari blog Poires au Chocolat.. Dalam resipi ni.. santan salah satu bahannya.. Bila tengok kek ni kat blog dia hari tu.. Diana terus jatuh cinta kat kek ni... Ianya tak la susah nak sediakannya.. Mudah dan cepat.. Rasanya pun sedap..



Terima kasih kepada Poires au Chocolat kerana sudi berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini... TQ... Jom kita semak resipi Coconut Milk Chocolate Cake ni.. :) Ooo ya.. 



:: Sumber Dari ~ Poires au Chocolat ( TQ )
( Cake recipe adapted from this recipe on the little red house. blog )
COCONUT MILK CHOCOLATE CAKE

For the cake
  • 55g dark chocolate ( 70% )
  • 85g quality cocoa powder
  • 200ml boiling water
  • 145g plain flour
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 90g unsalted butter
  • 230g caster sugar
  • 50g dark muscovado sugar / brown sugar _ Diana guna gula perang yang berwarna gelap tu
  • 2 eggs
  • 275ml coconut milk 

For the ganache

  • 125ml coconut milk
  • 125g dark chocolate ( 70% )


  1. Line a square pan with greaseproof paper. Preheat the oven to 180°C/350°F. 
  2. Chop the chocolate up and place in a small bowl with the cocoa powder. Pour over the boiling water. Whisk until the chocolate has melted and the mixture is smooth. Set aside to cool. 
  3. Sift the flour, bicarbonate, baking power and salt into a bowl. 
  4. Melt the butter in a small saucepan. 
  5. Place the sugars in the bowl of a stand mix and whisk quickly to combine. 
  6. Add the melted butter and whisk until combined. 
  7. Add one egg and whisk to combine. Add the other egg and then whisk for 3 minutes until pale and thick. 
  8. Slowly add the coconut milk and then the chocolate mix, whisking as you go. 
  9. Finally add the content of the flour bowl and whisk to combine. Pour into the prepared pan. 
  10. Place in the oven and cook for 30 - 40 minutes, or until a toothpick comes out from the centre with a few damp crumbs instead of liquid mixture. Sit on a wire rack until cool. 
  11. When you're ready to ice the cake, pour the coconut milk into a small saucepan and place over a medium heat. 
  12. Chop the chocolate into small chunks and place into a small bowl. 
  13. When the coconut milk just comes to a boil take off the heat and pour over the chocolate.
  14. Leave for one minute then whisk until smooth. 
  15. Let cool for 10 minutes before pouring over the cake. 

Makes 16 small but super-rich squares )






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>