Saturday, May 27, 2017

~ Tang Hoon Goreng...

Sheery Dream Cakes | 3:14 PM | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah...Hari ini 1 Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan segala amalan kita di bulan ini lebih diberkati olehNya.

Hari ini Diana ingin berkongsi resipi yang mudah dan ianya kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya entri ini sudah lama terperap. Baru hari ini ada kesempatan untuk kongsikannya. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


TANG HOON GORENG

Bahan-Bahan
  • 2 bungkus kecil tang hoon _ direndam sehingga lembut dan toskan
  • 1 tin cendawan butang _ dihiris nipis
  • 1 tin jagung muda  _ dipotong kecil
  •  2 biji bawang merah 
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas, bersihkan, toskan dan ditumbuk kasar
  • Sedikit belacan
  • Serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Tumbuk bawang merah dan belacan. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali atau periuk.
  2. Masukkan bawang merah dan belacan yang telah ditumbuk tadi bersama serbuk cili. Tumis sehingga naik aromanya.
  3. Masukkan  udang kering dan sedikit gula. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan cendawan butang dan jagung muda. Gaul dan biarkan ianya masak.
  5. Masukkan tang hoon dan garam. Gaul sehingga semua bahan mesra dan garing.
  6. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 23, 2017

~ Resipi Sandwich Sosej & Corned Beef...

Sheery Dream Cakes | 12:36 PM | | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Corned Beef goreng bawang besar sememangnya kegemaran anak-anak Diana. Bukan sahaja mereka, malahan adik beradik Diana pun suka makan corned beef goreng bawang besar. Resipinya mudah sahaja untuk disediakan dan sesuai dimasak ketika kita sedang sibuk. 

Kelmarin Diana masak corned beef bawang besar dan makan bersama sosej goreng dan roti. Jadilah ia roti sosej dan corned beef ATAU sandwich sosej dan corned beef. Anda nak beri nama lain untuk menu ni terpulanglah ya. Hehehhe... Diana masih juga senang dengan panggilan sandwich atau roti seperti di atas.

Baiklah, jom kita semak resipiuntuk entri hari ini.



SANDWICH SOSEJ & CORNED BEEF

Bahan-Bahan Untuk Corned Beef Goreng Bawang Besar
  • 1 tin corned beef jenama Imperial
  • 2 biji bawang merah _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • 1 biji telur _ ( Optional )
  • Sedikit serbuk cili
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan serbuk cili dan gula. Gaul dan masak sehingga keperangan.
  3. Kemudian masukkan corned beef dan gaul rata. Masak hingga bahan-bahan mesra dan sedikit garing. 
  4. Jika anda ingin menambah telur, ketepikan sedikit corned beef ( bagi mengelakkan corned beef bercampur dengan telur ) dan masukkan telur. Setelah telur kelihatan sedikit kering, bolehlah digaul bersama corned beef.
  5. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  6. Hidang bersama nasi putih panas atau bersama roti.

Bahan-Bahan Lain
  • 3 keping roti panjang  ( roti hotdog ) _ dibelah tapi jangan sampai putus
  • 3 batang sosej goreng _ ( Resipinya rujuk DI SINI )
  • Caramelized Onions
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-Cara
  1. Isikan roti dengan corned beef goreng bawang besar dan letakkan sosej goreng serta caramelized onions di atasnya.
  2. Paipkan mayonis dan sos cili.
  3. Hidang.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, May 21, 2017

~ Resipi Kek Onde-Onde...

Sheery Dream Cakes | 1:19 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi Diana ingin kongsikan resipi ini. Di entri yang lepas ( Klik DI SINI ) Diana kongsikan versi cupcakes, hari ini Diana buat pula versi kek. Kek Onde-Onde memang kegemaran Diana dan keluarga. Begitu juga versi kuih tradisional, ianya kegemaran kami sepanjang masa. Kuih yang sentiasa ada terhidang untuk menu berbuka puasa, Onde-Onde Gula Melaka. Diana pasti ramai yang suka makan kuih tu kan.

Baiklah, apa kata kita semak resipi untuk kali ini. Jom semak resipinya di bawah.

:: Resipi Oleh ~ For The Love of Food  ( TQ )


ONDE-ONDE CUPCAKES
Makes 12 cupcakes

Real Pandan Extract
  • 1 huge bunch of pandan leaves, cut into smaller pieces
  • 1/2 cup water
Method
  1. Blend the pandan leaves and water together in a blender.
  2. Strain the pandan juice through a fine sieve, or a cheesecloth if you prefer.
  3. Squeeze out as much juice as you possibly can.


Pandan Cupcake
( Buat 2 kali adunan di bawah untuk versi kek | guna loyang 8 1/2 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga kek masak )
  • 1 1/2 cups plain flour _ ( Diana bubuh 1 cawan tepung gandum + 1/2 cawan tepung kek )
  • 1 1/4 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 3/4 cups caster sugar
  • 125g unsalted butter at room temperature
  • 2 tablespoons real pandan extract
  • 2 eggs
  • 1/2 cup milk

    Method

    1. Preheat oven to 180 deg.
    2. Sieve flour, baking powder and salt through a fine sieve. Set aside.
    3. Beat butter and sugar together until white and fluffy.
    4. Add in eggs, one at a time.
    5. Add flour mixture, alternating with milk and the pandan extract.
    6. Scrape down the sides of your mixing bowl and beat for another minute or two until the batter is well incorporated.
    7. Divide the batter equally into a muffin tin that has been lined with cupcake liners.
    8. Bake in the oven for 15 to 17 minutes, or until a skewer inserted comes out clean.
    9. Ensure that the cupcakes are cooled down to room temperature before you core and fill them.

    Sirap Gula Melaka
    :: Resipi Oleh ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction  ( TQ )

    Bahan-Bahan
    • 200 gm gula melaka
    • 2 cawan air

    Cara-Cara
    1. Masak bahan-bahan di dalam periuk hingga pekat dan springy. 
    2. Masak hingga air gula menjadi dalam 1 cawan. Matikan api dan ketepikan.
    :: NOTE ~
    Adunan akan cepat mengeras setelah ianya sejuk. Dinasihatkan supaya sentiasa memanaskan sirap gula melaka ini di atas api kecil.


    Untuk versi kek onde-onde ini Diana gabungkan dengan Cream Cheese Frosting. Resipinya rujuk di bawah ya.

    Bahan-Bahan Frosting & Hiasan
    • 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik
    • 227 gm unsalted butter _ pada suhu bilik
    • 1 cawan - 1 1/2 cawan gula aising _ di ayak  ( jika anda tidak suka manis, boleh bubuh 1 cawan. Jika yang suka manis tu bolehlah bubuh 1 1/2 cawan ya ) 
    • 1 tbsp sirap gula melaka _ rujuk resipinya di atas 
    • Hawaiian coconut flakes secukup kegunaan untuk hiasan

    Cara-Cara
    • Pukul cream cheese seketika. Kemudian masukkan unsalted butter dan pukul sebati.
    • Kemudian masukkan gula aising dan pukul sehingga kembang.
    • Masukkan sirap gula melaka dan pukul rata.
    • Ambil sekeping kek dan lapis kek dengan krim dan drizzle sirap gula melaka di atasnya. Lapiskan lagi dengan sekeping kek dan ulang proses ini hingga kek habis digunakan.
    • Sapukan keseluruh kek dengan krim dan hias mengikut kreativiti masing-masing. 



    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

    Tuesday, May 16, 2017

    ~ Resipi Ayam Masak Sos Cili Thai...

    Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | 4 Comments so far
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Alhamdulillah.. Hari ini diberi kesempatan untuk bersiaran lagi di blog ini. Dikesempatan ini, Diana ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Guru Pembina Negara Bangsa. Terima kasih di atas segala jasa cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa dan tenaga mendidik kami semua. Jasa guru tidak akan kami lupa hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa guru. Guru-guru sentiasa kami kenang di dalam setiap doa kami. Terima kasih cikgu. 

    Baiklah, hari ini Diana ingin kongsikan resipi Ayam Masak Sos Cili Thai. Versi yang lepas anda boleh klik DI SINIDI SINI dan DI SINI. Sekarang, apa kata kta semak pula resipi terbaru ini ya.


    AYAM MASAK SOS CILI THAI

    Bahan-Bahan A
    • 3 keping paha ayam
    • 1 biji bawang merah _ dihiris
    • 2 ulas bawang putih _ dihiris
    • 1 inci halia _ dihiris
    • Garam
    • Gula

    Bahan-Bahan B
    • Karamel pekat masakan Loon Kee atau boleh juga menggunakan ABC saus manis ( ABC sos manis )
    • Sedikit gula

    Bahan-Bahan C
    • 100 ml sos cili Thai Maepranom Brand
    • 1/4 cawan Kimball sos cili Thai 
    • 1/2 tbsp ABC saus manis ( ABC sos manis )
    • 1/2  tbsp sos plum Loon Kee
    • 1 cawan ( atau mengikut citarasa masing-masing ) air rebusan ayam
    • 3 tbsp jus limau kasturi _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing
    • Garam secukup rasa
    • Gula jika perlu

    Bahan-Bahan D
    • Daun sup _ dihiris
    • Biji bijan panggang
    • Air secukupnya untuk merebus
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara-Cara
    1. :: Penyediaan Ayam  ~ Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam. 
    2. Masukkan ayam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
    3. Ambil air rebusan untuk kegunaan nanti. Ketepikan.
    4. Keluarkan ayam dan toskan. Lumurkan ayam bersama bahan-bahan B dan goreng sehingga kekuningan. 
    5. Angkat dan toskan. Potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan.
    6. :: Penyediaan sos  ~ Masukkan bahan-bahan C ke dalam periuk dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih. Sesuaikan rasa dan tutupkan api. Curahkan sos di atas ayam tadi. 
    7. Taburkan dengan hirisan daun sup dan biji bijan panggang.




    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>