Sunday, February 27, 2011

~ Sosej Dan Ayam Gulung...

Sheery Dream Cakes | 9:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Resipi nie semua orang pun tau membuatnya kan.. kat restoran pun kita boleh nikmatinya… Apa-apa pun Diana kongsikan juga cara Diana menyediakan menu sarapan ini..


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus Ayamas Chicken Meatloaf ( 7 keping ) _ di potong 2
  • 7 batang sosej _ di potong 2
  • 14 keping roti gardenia Breakthru _ di potong tepinya
  • 7 keping kulit popia 
  • Breadcrumbs secukup kegunaan
  • 2 biji telur _ di pukul ringan
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara
  1. Ambil sekeping roti dan gelek roti dengan kayu pengelek hingga nipis.
  2. Lapiskan dengan chicken meatloaf.
  3. Kemudian lapis lagi di atasnya dengan kulit popia dan seterusnya sosej.
  4. Gulung dengan kemas.
  5. Celup di dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
  6. Buat langkah di atas hingga semua bahan habis digunakan.
  7. Goreng di dalam minyak yang banyak.
  8. Hidang dengan sos cili atau sos tomato.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 25, 2011

~ Minuman Koktail Buah - Buahan...

Sheery Dream Cakes | 9:16 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Ni nak cerita sikit pasal Minuman Koktail Buah-buahanan ni... Resipi ni kepunyaan hubby.. Biasanya kalau kami buat kenduri atau open house hari raya.. atau ada tetamu yang datang ke rumah.. mesti hubby buat Minuman Koktail ni... Mana Diana?  Hee Hee... Diana memang tak kan buat minuman ni kalau nak sediakan banyak-banyak ni.. Biar bagi hubby yang buat kan kan... :D. Tapi kalau nak buat untuk keluarga saja.. Diana akan buat.. Tadi buat la sikit.. Teringin nak minum Koktail Buah-buahan.. Rasanya... cara semua orang menyediakan minuman koktail buah-buahan ni tak jauh bezanya kan... Mari tengok resipi ni… 


Bahan-Bahan A
  • 1 tin koktail buah-buahan ( 820 gm ) _ ambil bersama jusnya
  • 1 tin nata de coco ( 425 gm ) _ ambil jusnya juga
  • 1 tin laici ( 565 gm ) / longan _ ambil bersama jusnya
  • Air sejuk secukup kegunaan

Bahan-Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 3 tbsp tepung kastard
  • Gula secukup rasa
  • 4 cawan air

** Campurkan kesemua bahan B... Masak d atas api sederhana.. sentiasa menggaul supaya ianya tidak berketul. Setelah mendidih, tutupkan api dan sejukkan. Ketepikan.

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan A kemudian campurkan bahan-bahan A yang telah d masak dan disejukkan tadi.
  2. Simpan di dalam peti sejuk dan campurkan ais batu semasa menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Acar Timun Mentah...

Sheery Dream Cakes | 11:15 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Untuk entri hari ini diana ingin kongsikan resipi yang mudah dan sedap.. Ramai yang sudah tahu menyediakannya kan.. Tapi apa-apa pun.. Diana kongsikan juga di sini untuk rujukan Diana di masa depan ya...

Bahan-Bahan
  • 250 gm timun jepun yang telah dihiris nipis
  • 1 tin nenas kiub 
  • 1/2 biji cili merah _ dihiris halus
  • 1/4 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 biji bawang merah _ dihiris halus
  • 2 tbsp air nenas dalam tin
  • 2 tbsp cuka
  • 2 biji cili padi _ dicincang
  • Air gula secukupnya
  • Garam secukup rasa 
Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata.
  2. Hidang.
** Diana suka simpan acar timun mentah ini di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. 








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 24, 2011

Bread Mini Pizza ( Sosej, Jejari Ketam & telur )...

Sheery Dream Cakes | 9:14 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua…  

Resipi dan cara-caranya sama sahaja dengan yang hari tu Diana kongsikan di sini.. Nak resipinya klik di SINI ..  


Cuma... kali ni Diana guna sekeping roti sahaja dan letak  telur rebus yang dipotong nipis, telur goreng macam kat resipi  tu, jejari ketam dan sosej. Resipi ni amat senang sebab kita boleh letak apa sahaja yang kita nak... Tak percaya? Cuba buat.. letak bahan kegemaran masing-masing... Pasti jadi punya..  ◠‿◠













BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, February 23, 2011

~ Kurma Ayam...

Sheery Dream Cakes | 9:34 PM | Be the first to comment!

Bila sebut ja nak makan  Kurma Ayam... Pasti akan teringat kat masakan arwah nenek ... Bagi kami adik beradik juga hubby dan anak Diana... masakan arwah nenek  la yang paling sedaaaap..  Sampai sekarang pun belum lagi kami jumpa kurma ayam sesedap masakan arwah nenek... Tapiii alangkah sayangnya… Kami tak pernah belajar nak masak kurma ayam cara arwah nenek... ( Masa tu tak ingat langsung nak minta resipi ker.. nak tengok nenek masak ker... sebab yang kami ingat masa tu cuma nak makan masakan arwah nenek.. tu ja... Tapi memang sedap!! Sayang nenek... Sentiasa akan merindui dan menyayangi nenek.. Moga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.


Bahan-Bahan
  • 1 kg ayam _ dipotong kecil-kecil
  • 70 gm rempah kurma Adabi ( boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • 2 biji cili merah _ dibelah dan buang bijinya
  • 2 biji bawang besar _ dibelah 4 
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 70 gm kerisik
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air panas
  • 200 ml santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai


Cara-Cara
  1. Campurkan gula, rempah kurma dan air panas. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit aromanya. 
  3. Masukkan campuran rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup penutup periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan santan pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tambahkan air asam jawa, susu pekat dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan kerisik. Gaul dan masukkan pula bawang besar dan cili merah. Masak seketika.
  8. Angkat dan hidang.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 22, 2011

~ Bread Mini Pizza Permintaan Sister In Law...

Sheery Dream Cakes | 8:12 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Pagi ni buat  Bread Mini Pizza  ni untuk memenuhi permintaan sis in law…Resipinya pernah Diana kongsikannya di sini dulu.. Cuma hari ni ada bahannya yang Diana tambah sedikit. 

::  Sukatannya main campak-campak jer... pasti jadi punya ler... hehhe..  ::


Jika hendak tengok entri yang lepas, boleh klik DI SINI

Bahan-Bahan
  • Beberapa keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
  • Cheddar Cheese ( boleh tukar yang lain juga)
  • Sosej _ dipotong bulat
  • Mayonis
  • Sos cili atau sos tomato
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit mentega
  • Frozen mixed vegetables


Cara-Cara

  1. Satukan frozen mixed vegetables bersama mentega, sosej dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  2. Ambil sekeping roti dan letakkan campuran sausage tadi d atasnya.
  3. Kemudian letakkan sedikit mayonis dan picitkan sos cili atau sos tomato.
  4. Taburkan dengan keju di atasnya. Picitkan lagi sos cili atau sos tomato.
  5. Bakar dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 19, 2011

~ Sandwich Sosej Telur...

Sheery Dream Cakes | 11:37 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini hanya bersarapan dengan Sandwich Sosej Telur.. Sarapan kegemaran anak-anak.. Sebenarnya Diana sendiri pun suka dengan menu sarapan yang ringkas ni. 

Apa kata kita semak resipinya..




Bahan-Bahan ( Untuk Seorang )
  • 2 keping roti Gardenia Breakthru _ d potong tepinya
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 batang sausage 
  • Keju parut secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula


Cara-Cara
  1. ~ Untuk sausage ::  Perapkan sosej bersama bahan-bahan perap selama 5 minit.
  2. Goreng sausage dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ya. Goreng sekejap sahaja. Angkat dan  belah kepada 2 bahagian. Ketepikan.
  3. ~ Untuk telur ::  Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali. Pecahkan telur dan bubuh sos cili di atas telur itu. Jangan digaul. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil sekeping roti dan taburkan keju parut. 
  5. Lapiskan dengan telur dan keju parut lagi.
  6. Kemudian lapis dengan sekeping roti dan setelah itu tabur dengan keju parut lagi.
  7. Susun sosej dan sedikit telur lagi. Taburkan keju parut dan picitkan sos.
  8. Bakar sekejap.
  9. Hidang.
  10. Siap!!!
::  Ni la rupa telur tu ya  ::











BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 1, 2011

~ Kek Kukus Lapis Nescafe...

Sheery Dream Cakes | 10:33 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ini kita bersiaran pula dengan resipi Kek Kukus… Kek yang amat digemari tetamu semasa berkunjung di majlis rumah terbuka hari raya di rumah Diana. Kek yang wajib ada ketika sambutan hari raya aidilfitri.. Jika tidak ada memang akan dicari oleh para tetamu…:)


:: Sumber ~ Makcik Las ( Orang kampung Diana ) TQ
:: Saiz Loyang ~ 8"

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388gm ) _ susu krimer manis cap junjung
  • 12 oz mentega
  • 12 oz gula halus _ ( Diana guna gula kastor )
  • 175 gm tepung gandum
  • 1 tin seri kaya ( 300 gm )
  • 4 tsp nescafe _ diayak 
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna kuning dan perang

Cara-Cara

  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus kek. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan tuala bersih atau aluminium foil supaya air wap tidak menitik di permukaan kek ketika mengukus.
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Setelah itu, masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang.
  7. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  8. Ambik sedikit adunan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  10. Buat begini sehingga aduna kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Sejukkan sebelum dipotong.
  13. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.
  14. Masa mengukus selama 4 - 5 jam menggunakan api sederhana. Elakkan dari menggunakan api kuat sebab ia akan membuatkan permukaan kek tidak cantik.


::  Ini pula versi marble  ::









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>