Thursday, May 31, 2012

~ Chocolate Covered Brownie Ice Cream Sandwiches...

Sheery Dream Cakes | 11:27 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK.. 

Sekarang ni cuaca kat Labuan agak panas.. Tapi sebelah petang cuaca bertukar mendung.. Namun masih terasa bahangnya.. Diana berharap moga semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera...  

Cuaca sekarang yang tak menentu.. Kekadang tu cuaca terlalu panas.. Bahang dapat dirasai walaupun hujan turun.. Jika dihidangkan ice cream di depan mata... Alangkah bahagianya kan .. 




:: Resipi Oleh ~ Jamie @ Sophistimom  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Katie @ GOODLIFE eats  ( TQ )

Ingredients

For the Brownies
  • 1 stick ( 8 tablespoons ) unsalted butter, at room temperature
  • 1 cup granulated sugar
  • 2 tablespoons cocoa, plus more for pan
  • 2 eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 3/4 cup flour
  • Pinch of kosher salt



For the Ice Cream Sandwiches

  • 1 quart vanilla ice cream, slightly softened
  • 2 pounds chocolate chips
  • 1 teaspoon oil


Directions
  1. Preheat the oven to 350 degrees. Butter a quarter sheet pan ( a small jelly roll pan ), or a 13 x 9 inch pan. Place a sheet of parchment paper in the bottom, spread with butter, and dust with cocoa powder. Set aside.
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter, sugar, and 2 tablespoons of cocoa powder. When the mixture is creamy, and all lumps are gone, add in eggs, one at a time, incorporating well after each addition. Add in vanilla.
  3. With the mixer on low, add in flour and salt. Mix until just combined. 
  4. Spread into prepared pan and bake until shiny on the top, 10 - 15 minutes. 
  5. Remove from oven, and allow to cool completely.
  6. Remove brownie from the pan, and cut in half. 
  7. Spread ice cream on one half, and top with the other half. 
  8. Freeze for 2 - 4 hours, until firm.
  9. Cut the large ice cream sandwich into smaller sandwiches. Insert wooden popsicle sticks, and freeze for another hour.
  10. Melt the chocolate chips with the oil in the microwave in 30 second intervals, until chocolate is smooth. 
  11. Dip each ice cream sandwich in the chocolate, and let set on a sheet of parchment paper. 
  12. Wrap in parchment paper and freeze until ready to serve.


Semasa cuaca panas kat Malaysia ni.. Memang agak sukar nak ambil gambar Chocolate Covered Brownie Ice Cream Sandwiches ni... Ianya mudah cair walaupun sedang duduk di dalam bilik yang airconnya sedang dipasangkan.. Ini sahaja la hasil gambar yang dapat diambil.. Kalau nak tengok versi cantik tu.. boleh tengok kat  SINI ya.. Selamat mencuba... :)






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, May 26, 2012

~ Bihun Goreng Ayam Dan Kerang...

Sheery Dream Cakes | 8:37 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi yang simple... Resipi Bihun Goreng Ayam Dan Kerang .. Bihun goreng ni memang tak pedas pun.. Kalau nak pedas boleh bubuh cili padi banyak sikit ya.. Ok la.. Tak nak buang masa lagi.. Jom selongkar resipinya...


Bahan-Bahan
  • 400 gm / 1 bungkus  bihun _ ( Diana guna Thailand Bihun Star Lion ) 
  • 1 tin REX kerang panggang
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dan hiris
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Bahan-Bahan A ( Kisar menggunakan Food Processor )
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 1/2 genggam udang kering _ direndam dalam air panas dan toskan
  • 1 biji cili merah _ buang bijinya
  • 2 biji cili padi

Bahan-Bahan B ( Perap 10 minit )
  • 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp kicap cair
  • Serbuk lada hitam

Bahan-Bahan C
  • 1 1/2 tbsp sos ikan
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tbsp sos cili Maggi

Bahan-Bahan D ( Telur Sos Cili )
  • 5 biji telur 
  • 6 tbsp sos cili Maggi



Cara-Cara
  1. Rendam bihun hingga lembut ( Jangan rendam guna air panas ). Tos dan ketepikan.
  2. :: Sediakan dahulu telur sos cili ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian pecahkan kesemua telur dan bubuh sos cili di atasnya. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan. 
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis selama 1 minit.
  5. Tambahkan sedikit gula dan tumis lagi hingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga ayam empuk.
  7. Masukkan kerang panggang serta hirisan bawang besar dan gaul rata.
  8. Setelah itu masukkan bahan-bahan C dan gaul.
  9. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul dan goreng bihun hingga garing.
  10. Masukkan telur sos cili dan gaul rata.
  11. Sesuaikan rasa dan angkat.
  12. Taburkan hirisan daun bawang semasa menghidang.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>