Assalamualaikum dan Salam Sayang ....
Ermmm.. Dapur kat rumah ni sudah bercuti memasak yang berat-berat gitu... Maka bagaimana pula nasib dapur maya? Terpaksa jugalah bercuti kan.. Atau hanya ada menu ringkas sahaja nanti? Entah lah! Biarkan waktu sahaja yang menentukannya nanti.. Hehhehehe....
Beberapa hari lepas Diana ada masak Claypot Chicken Rice... Sudah lama tidak masak menu ini.. Teringin pula hendak makan :) Anak-anak Diana pun suka makan Claypot Chicken Rice.. Kalau masak pun berbaloi sebab pasti habis punya.. Hehhehee... Ok lah.. Terus sahajalah kita tengok resipinya ya...
Bahan-Bahan
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Ermmm.. Dapur kat rumah ni sudah bercuti memasak yang berat-berat gitu... Maka bagaimana pula nasib dapur maya? Terpaksa jugalah bercuti kan.. Atau hanya ada menu ringkas sahaja nanti? Entah lah! Biarkan waktu sahaja yang menentukannya nanti.. Hehhehehe....
:: Jika suka pedas.. boleh tambah cili keringnya ya ::
CLAYPOT CHICKEN RICE
Bahan-Bahan
- 1 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
- 4 keping cendawan shitake kering
- 4 ulas bawang putih _ diketuk dan dicincang
- 1 inci halia _ dihiris halus
- 4 tangkai cili kering _ di potong 3
- Cili merah _ dicincang
- Daun bawang _ dihiris
Bahan-Bahan A
- 500 gm ayam tanpa kulitnya _ dipotong kecil
- 1 tsp kicap cair Loon Kee
- 1 tsp minyak bijan
- 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
- Serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
Bahan-Bahan B
- 2 tbsp sos tiram Maggi
- 2 tbsp sos ikan
- 1 tbsp kicap pekat Loon Kee
- 1/4 tsp minyak bijan
- Sedikit gula jika perlu
- Air secukup kegunaan
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 1 jam.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumiskan bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
- Kemudian masukkan cili kering dan tumis lagi seketika.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Masak selama 3 minit.
- Setelah itu tambahkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih.
- Masukkan pula bahan-bahan B dan gaul. Masak sehingga ayam 3/4 masak. Tutupkan api dan asingkan ayam dan kuahnya. Ketepikan.
- Masukkan beras dan air secukupnya ( sukatan air seperti memasak nasi biasa ) ke dalam claypot. Tutupkan dengan penutupnya. Masak di atas api sederhana sehingga nasi hampir masak.
- Letakkan ayam di atas nasi dan tutupkan penutupnya semula. Teruskan memasak sehingga ayam dan nasi masak.
- Tutupkan api dan biarkan selama 3 minit. Jangan buka penutupnya.
- Curahkan kuah ayam tadi dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
- Gaul rata dan hidang.