Wednesday, January 19, 2011

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 11:40 AM | | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni Diana ingin kongsikan  resipi Chang Ayam ( Rice Dumpling ).... Mak mertua yg ajar resipi ni... kerja nya  memang agak rumit taaaapiii... kpd yg amat suka makan Chang Ayam ni jika kita buat sendiri memang berbaloi. Jom semak resipinya.

CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )

Bahan-Bahan

  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( nak rendam pun bole tp Diana kurang suka rendam beras tu sebab ia akan nmpk hancur bila dah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh didapati di kedai-kedai ).
  • Pengikat Chang _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.


Bahan-Bahan Inti

  • Dada ayam _ bersihkan dan potong kecil
  • Dried mushrooms _ rendam dan potong kecil 
  • Dried chestnuts _ rebus dan buang sisa kulit yg masih ada
  • Rebung dlm tin _ hiris kecil
  • Preserved Vegetable
  • Bawang merah _ cincang halus
  • Bawang putih _ cincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Kicap pekat


**Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan  spt daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.




Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bwg merah dan bwg putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, mushrooms dan preserved vegetable... Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
  4. Masak hingga bhn² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika _ ketepikan.

Cara-Cara Menyediakan  Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dgn sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat

Bungkuskan beras berintikan bhn ² yg telah dimasak tadi dan chestnuts dgn daun pandan. Rebus sehingga Chang Ayam masak.. Biasanya dalam 2 jam mengikut saiz chang tersebut.


::  Dried Chestnuts  ::


::  Inti Chang  ::
:: Isikan beras sedikit terlebih dahulu.. Lepas tu bubuh intinya ::
::  Setelah itu.. masukkan beras menutupi intinya tadi  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Mini Chang | Alkaline dumpling | Kee Chang

Sheery Dream Cakes | 10:56 AM | | Be the first to comment!




Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Abu Chang / air alkali
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan untuk Chang ).
  • Tali pengikat Chang yang dibuat dari kulit batang pisang atau sejenis lalang / rumput kering _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara-Cara
  1. Campurkan beras pulut bersama abu chang / air abu chang / air alkali. Gaul sehingga beras pulut kelihatan kekuningan. Jangan bubuh terlalu banyak sebab nanti akan jadi pahit. 
  2. Bungkus chang seperti dengan daun buluh.
  3. Rebus selama 2 jam atau sehingga kee chang masak.
  4. Makan dengan susu pekat / gula / serikaya dan lain-lain.
** Boleh juga diisi inti dengan kacang hitam atau inti kegemaran.


::  Abu chang


:: Tali pengikat Chang ::



::  Yang sudah siap dibungkus  ::


::  Rebus sehingga chang masak  :: 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ Ayam Masak Lemon...

Sheery Dream Cakes | 8:32 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bertemu kembali dengan resipi Ayam Masak Lemon.. Jom selongkar resipinya..



AYAM MASAK LEMON

Bhn² A
  • Dada ayam _ belah 2
  • Gula
  • Sos plum
  • Lada hitam
  • Garam


Bhn² B ( Sos )

  • Sos plum
  • Sos tiram
  • Gula
  • GaramBawang putih _ d cincang
  • Bawang merah_ d cincang
  • Halia _ d cincang
  • Lemon _ ambil airnya sahaja



Bhn² C
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung 
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • ( ** Satukan kedua² tepung d atas.. Gaul hingga sebati )
  • Kuning telur


Cara²

  1. Campurkan kesemua Bhn² A. Perap selama 1 jam.
  2. Setelah itu, celupkan ayam yang d perap tadi ke dalam kuning telur.
  3. Salut kan ayam dengan campuran tepung gandum dan jagung.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak kekuningan... Angkat dan  toskan.
  5. Potong dan susun d atas piring.
  6. Susun hirisan lemon di atas ayam tadi.
  7. Tuangkan sosnya...


Cara²  menyediakan sos

  1. Tumis bhn² cincang hingga terbit wanginya.
  2. Campurkan sos plum dan sos tiram. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam jika perlu.. biarkan ianya mendidih seketika.
  4. Setelah itu tuangkan d atas ayam yang telah d goreng tadi.
  5. Hidang..



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga udang masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 16, 2011

~ Resipi Udang Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:23 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak pula resipi Udang Sambal Belacan yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga…



UDANG SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 700 gm udang bersaiz besar _ dibelah belakangnya dan buangkan uratnya
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 tbsp belacan _ digoreng bersama sedikit minyak atau dibakar ( Diana lebih suka belacan yang digoreng bersama dengan sedikit sahaja minyak )
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 tbsp serbuk lada putih
  • Sedikit gula
  • Garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 10 - 15 minit. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan belacan goreng / bakar dan tumbuk lagi hingga sebati. Ketepikan. 
  3. Setelah itu goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik aromanya.
  5. Masukkan cili kering dan belacan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit gula dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.
  7. Setelah itu bolehlah masukkan udang goreng dan sesuaikan rasa.
  8. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 15, 2011

~ Resipi Ambuyat ( Sagu ) Cicah Sambal Bambangan...

Sheery Dream Cakes | 5:29 PM | | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

A M B U Y A T.... Apa itu Ambuyat? Ianya dihasilkan dari pokok rumbia.. Ermm.. kadang-kadang ada yang panggil Ambulung… Kalau dulu Diana pun kurang pasti apa perbezaan antara ambuyat dengan ambulung ... Sama ada ia panggilan sebelum atau selepas dibancuh ( pepandai jer kan.. )... heeheee... atau ia panggilan dari daerah-daerah mahu pun negara yang berbeza?.. Kalau kat Labuan dan Sabah.. kebiasaannya akan dipanggil Ambuyat... Pernah Diana dengar orang panggil ianya Ambulung... Alahai!!.. Pening .. heeheee… Tidak kisah lah ambuyat atau pun ambulung… yang penting ianya sama dan sedap!!! kan kan kaannn.... :)

Tetapi sekarang Diana sudah faham apakah perbezaan antara keduanya tu.. Sebenarnya Ambulung tu adalah nama sebelum ianya dibancuh dengan air panas.

Ambuyat pula panggilan untuk Ambulung yang telah dibancuh ( kalau salah tolong perbetulkan ya )… 

Salah tu keunikan Ambuyat ini.. Ianya dimakan menggunakan penyepit khas yang diperbuat dari buluh yang dipanggil chandas..



Ambuyat amat popular di kalangan orang-orang Borneo .. Utamanya di kawasan Sabah, Labuan dan Brunei... Tapiii.. orang Semenanjung pun dah ramai suka makan Ambuyat tau.. Masa mereka datang untuk aktiviti Homestay di kg Diana @ Kg. Sg. Labu, W.P.LABUAN.. salah satu menu yang akan diperkenalkan adalah Ambuyat.. Ambuyat ini sedap dimakan dengan cicah udang kering + belacan, sambal tumis kangkung / sayuran lain, kuah-kuah ikan dan ia mengikut citarasa masing-masing la kan… 


 ::  Ambulung dibancuh dengan sedikit air  ::

 :: Tuangkan air panas mendidih sambil digaul sehingga ianya pekat  ::

:: Ambuyat dah siap untuk dinikmati bersama sambal, kuah ikan, sayur pucuk paku, kangkung dan yang paling best kan kalau makan dengan sambal bambangan atau sesetengah orang suka makan bersama sambal binjai… Sedap juga makan dengan ikan yang diperap tu.. apa ek namanya.. kalau kat Labuan pangil hampap ikan.. ::



~ SAMBAL BAMBANGAN...




Buah Bambangan adalah sejenis buah yang sedap dimakan begitu sahaja atau pun enak juga dibuat sambal mahupun jerak... Ianya merupakan menu yang membuka selera kita.. Diana lebih suka buah bambangan ini dibuat sambal... Makan dengan nasi panas atau cicah dengan Ambuyat... Memang sedaaap!!! :)




SAMBAL BAMBANGAN

Bahan-Bahan
  • 200 gm isi buah bambangan
  • 1 ulas bawang merah _ dihiris
  • 3 biji cili padi _ dihiris / dicincang / ditumbuk
  • 1 tsp belacan _ bancuh sedikit dengan air yang telah dimasak
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  2. Sedia untuk dinikmati.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, January 12, 2011

~ Resipi Isi Ikan Masak Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 1:06 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Jom semak resipi isi ikan masak sos plum ni..



ISI IKAN MASAK SOS PLUM

Bahan-Bahan
  • Isi ikan
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Halia _ dicincang
  • Lada merah _ dicincang
  • Nanas ( jangan guna yg dlm tin yA )
  • Sos plum
  • Sos tomato
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara-Cara

  1. Perap ikan bersama garam dan serbuk lada hitam selama 15 minit. Kukus ikan tadi hingga masak. 
  2. Sementara menunggu ikan masak.. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bwg merah, bwg putih, lada merah dan halia hingga naik baunya. ( Ambil separuh bhn² yg d tumis nie untuk kegunaan nanti.)
  3. Masukkn nanas, sos plum, sos tomato dan garam. Masak seketika.
  4. Setelah ikan masak.. Susun d atas pinggan dan tuangkan sos d atas ikan. 
  5. Taburkan daun sup dan bhn ² yg ditumis tadi di atas ikan.. Hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Ayam Masak Sos Chilli Thai...

Sheery Dream Cakes | 11:48 AM | Be the first to comment!
:: Boleh d mkn tanpa sos nya....::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jom terus sahaja kita semak resipi ayam masak sos cili thai ni..


:: Sumber ~ Makcik Lamah ( TQ )


AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bahan-Bahan A
  • Paha ayam
  • Bwg merah_hiris
  • Bwg putih_hiris
  • Halia_hiris
  • Garam
  • sedikit gula kalu suka.
  • Kicap pekat manis

Bahan-Bahan B

  • Sos tiram
  • Sos chilli thai
  • Garam

Bahan C

  • Daun sup_cincang
  • Cili merah _ cincang

Cara2

  1. Gaulkan kesemua Bhn2 A KECUALI kicap pekat.
  2. Perap ayam 10 min.
  3. Rebus ayam tadi bersama air sehingga masak.
  4. Toskan ayam n ketepikan air rebusan tadi tuk kegunaan sos nya nnt.
  5. Gaulkan ayam dgn kicap pekat n goreng hingga kekuningan._toskan minyak n potong2.
Untukuk sos nya...
  1. Ambil air rebusan ayam td secukup kegunaan.
  2. Masukkn sos tiram + sos cili thai + garam.
  3. Biar ia hingga mendidih.
  4. Tuang d atas ayam yg telah d goreng n d potong tadi.. n hias ngan daun sup n lada merah.

 :: Setelah d tuang sos nya ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>