Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Semalam... langsung tak dapat jenguk dapur nie... Maknanya.. ada ler entri tertangguh lagi.. Huhuuuu... Sebenarnyaaa... Boss kecil tahan i.. Tak bagi i online semalam... Heeheee.. Kena kawal semalaman... Siapa lagi kan... Irfan sayang ler tu.. ^_^.
Petang nie nak pergi kenduri kat rumah jiran.. Jadi awal pagi tadi i sempat ler buat Double Chocolate Fudge Brownies untuk dibawa ke kenduri tu petang nanti.. DCFB nie memang mudah disediakan sebab menggunakan whisk jer.. Kali nie i buat mengikut resipi asal.. Tak ada olahan langsung kali nie.. Yang Entri Lepas tu i olah sedikit sebab buat mengikut bahan yang tersedia kat rumah nie.. ;). Untuk memudahkan lagi dan mengelakkan kekeliruan.. i salin balik resipi asal kat sini yer..
:: Resipi oleh ~ Agnes Chang ( TQ )
250 gm coklat masakan ( dark ) _ dipotong menjadi ketulan kecil
150 gm mentega
180 gm gula perang lembut ( soft brown sugar )
3 biji telur _ dipukul ringan
1 tsp esen vanilla
120 gm tepung serbaguna _ diayak
120 gm coklat putih _ dipotong kecil-kecil
120 gm biji gajus panggang _ dicincang
- Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan double boiler atau masukkan ke dalam microwave ( medium power ) selama 2 minit. Keluarkan dari microwave.. Kacau adunan menggunakan whisk sehingga lembut.
- Kemudian masukkan gula dan gaul sebati.
- Masukkan telur dan tepung.. Gaul sebati.
- Masukkan coklat putih dan biji gajus cincang. Gaul rata menggunakan spatula.
- Tuang adunan ke dalam loyang 28 cm x 18 cm / 11" x 7 " yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilengser sedikit mentega. Bakar di dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Potong mengikut citarasa masing-masing dan taburkan dengan gula aising atau glace icing di atasnya semasa menghidang.
:: Sedap juga dimakan bersama glace icing ::




































