Wednesday, August 13, 2014

~ Rindunyaaa & Mini Red Velvet Cake…...

Sheery Dream Cakes | 5:08 PM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu… Buat masa sekarang ni Diana agak sibuk sedikit.. Blog pun sudah lama tidak berupdate… Hari ni ada sedikit kelapangan.. Alhamdulillah dapat juga bertanyakan khabar anda semua… Rindunya kat semua orang...

Hari ini sudah 17 hari kita bersama bulan Syawal 1435… Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk bernafas di bumi Allah ini… 

Diana percaya masih ramai yang membuat jamuan hari raya di rumah masing-masing kan… Cuma mungkin hanya dibuat ketika cuti hujung minggu sahaja… Begitu juga di sini :).. Masih lagi ada jemputan rumah terbuka di hujung minggu…

Diana hanya buat rumah terbuka 2 kali sahaja tahun ini… Buat pada 1 Syawal dan pada 13 Syawal hari tu… Di kesempatan ini Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah Diana tempoh hari… :)

Baiklah… Tiada resipi yang hendak Dikongsikan bersama… Cuma jom kita cuci mata dengan salah satu desserts yang disediakan pada 13 Syawal tempoh hari… Mini Red Velvet with Strawberry cream cheese frosting yang dibuat oleh anak perempuan Diana ni… Tahun ini tugasan penyediaan desserts rumah terbuka telah diambil alih oleh dia… Bolehlah mummy dia ni rehat sikit kan… Alhamdulillah… Dah besar dah anak mummy…. TQ sayang… ;)

Jika hendak rujuk resipi Red Velvet Cake boleh klik DI SINI ya.....


Sampai di sini saja buat kali ini… Jumpa lagi di entri akan datang… InsyaAllah….



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, July 21, 2014

~ Resipi Kacang Gajus Rugget...

Sheery Dream Cakes | 8:56 AM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Bersua kembali di entri kali ini.. Resipi asal menggunakan kacang tanah tetapi Diana gantikan dengan kacang gajus. Alhamdulillah sedap.. Jom semak resipinya... 


KACANG RUGGET  


 Bahan-Bahan
  • 500gm kacang tanah _ ( Diana gantikan dengan kacang gajus )
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2 biji cili merah / cili kering
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa 

Cara-Cara
  1. Mula-mula bersihkan kacang , cuci dan toskan airnya hingga kering.
  2. Lepas itu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili . Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.
  4. Gaul semua bahan hingga rata.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna.
  6. Lepas itu kita masukkan kacang tanah yang sudah dicuci dan ditoskan tadi. Gaul rata.
  7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
  8. Kacau senantiasa supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
  9. Bila kacang sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
  10. Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.


** NOTE ~  Pastikan anda menggunakan api sederhana supaya kacang yang digoreng itu masak dengan sempurna. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, July 13, 2014

~ Leminit & Pavlova Untuk Berbuka...

Sheery Dream Cakes | 8:54 AM | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang… 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Pavlova… Pavlova ni tidak boleh makan selalu sebab rasanya agak manis… Sekali sekala tu boleh lah kan.. Tekak ni teringin pula hendak makan Pavlova kelmarin.. Itu yang buat tu untuk berbuka kelmarin.. Resipinya Diana ikut dari blog Akak Ita… Terima kasih Akak Ita dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...

:: Sumber ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ ) 

PAVLOVA 

Bahan-Bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor - Ita letak 3/4 cawan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
  2. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8 inc.
  3. Terbalik kan kertas. Kalau ada ring bulat pun boleh juga gunakan. 
  4. Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120 - 100°C.
  5. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  6. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  7. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dalam bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  8. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula sahaja dengan kaedah kaup balik.
  9. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 -100°C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  11. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan
  • Whiping Cream
  • Strawberry - didadu
  • Kiwi - didadu
  • Blueberry
  • Markisa

Cara-Cara
  1. Whiping Cream dipukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan atas pavlova tadi dan hiaskan dengan buah-buahan segar.
  3. Akhir sekali taburkan markisa.

** Note ~  Buah-buahan segar itu boleh digantikan dengan pelbagai jenis buah kegemaran anda. 

Makan Pavlova dengan Leminit Lemon… Hehehee… Apa itu Leminit @ Lemonade yang Diana maksudkan di sini? Kalau orang yang berada atau pernah tinggal di W.P.Labuan dan yang berdekatan dengannya.. Pasti tahu apa itu Leminit kan… Leminit ini ialah minuman berkarbonat.. Ianya ada pelbagai perisa dan saiz.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, June 25, 2014

~ Masak Lemak Daging Salai & Ikan Sembilang Salai...

Sheery Dream Cakes | 10:01 AM | | 7 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Sekali lagi tiada resipi yang hendak dikongsikan bersama... Semua orang pun tahu macam mana hendak memasak menu ini kan.. Mudah dan sedap!!! Minggu lepas Diana pergi ke KL dan inilah salah satu yang dibawa dari sana... Daging Salai dan Ikan Sembilang Salai pemberian adik akak sayang Emma.... Terima kasih buat Emma kerana susah payah bawakan akak daging dan ikan sembilang salai ni... Juga buah tangan yang lain lagi... Semuanya sedaaapp!! 


Ini lah juga buat pertama kalinya Diana masak Ikan Sembilang.. Masak versi kegemaran Diana yang tidak suka tumbuk bahan tumbuk tu terlalu lumat... Pernah sekali dulu makan ikan sembilang yang dimasak oleh orang lain.. Tapi dah lama dah... Seingat Diana masa itu masih lagi Diana sekolah rendah... Suami memang tidak pernah makan ikan sembilang.. Inilah pertama kalinya dia makan... Sedaap katanya... Di Labuan ini rasanya tidak ada orang jual ikan sembilang salai.. Ikan sembilang pun jarang nampak.. Hehehee... Mungkin orang lain selalu nampak.. Diana sahaja yang tidak jumpa... Hihiiiihii... Kalau jumpa ikan ini nanti.. Lain kali nak masak lagi... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>