Monday, January 31, 2011

~ KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS...

Sheery Dream Cakes | 8:11 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Selamat Menyambut Hari Malayisa kepada seluruh rakyat Malaysia.. Hari ni cuti kan.. Pasti ramai lagi yang buat rumah terbuka kan... Hari ni Diana juga ada menerima 2 jemputan rumah terbuka petang ni.. Terima kasih kepada yang sudi menjemput tu ya. :) 

Baiklah... apa kata kita terus semak resipi kek kukus lapis masam manis ini...


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah...



 ::  Cream crackers tu hendaklah dikisar halus..  ::


Cara melapis ~ Mula² tu ambil sedikit adunan hijau dan ratakan.. Kemudian d kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi ( cucuk beberapa lubang jer yer.. lupa plak nak ambil gambar semasa buat tu.. huhu ) dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut ( lembut jer yer tekan tu.. hehehe ).. Susun haw flakes d atas kek tadi..


Setelah itu.. ambil sedikit adunan berwarna merah pula dan ratakan.. Kukus hingga kek masak.. cucuk dengan lidi dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes dan bubuh sedikit lagi adunan berwarna hijau dan ratakan.. Kukus hingga kek masak... Buat begini sehingga adunan kek habis. 


Bahan-Bahan 

  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus Diana guna gula pasir 
  • 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh194 gm 
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp baking powder
  • Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna hijau, merah dan kuning _ ( kali ini Diana hanya bubuh warna merah dan hijau )


Cara-Cara 
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
  5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
  7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, January 29, 2011

~ Daging Kandar...

Sheery Dream Cakes | 9:58 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Pagi ni Diana nak sajikan dengan lauk semalam ... Daging Kandar ni memang sedaaaap... Semua ahli keluarga Diana memang suka makan...


Dah ramai dah yang sudah mencuba resipi nie kan... Pernah tengok kat dapur IzahMasHanaAkak YatieAkak MadihaaAkak NorSue dan ramai lagi kan... Diana baru semalam dapat mencuba... Rugi juga lewat mencuba sebab sedaaaap sesangat resipi ni... Memang terbaik... Selain dimakan bersama nasi putih, ianya sedap juga dimakan bersama roti.. Jom tengok resipinya.. Izinkan Diana pula kongsikan resipi yang sedap ni ya... Terima kasih.. 



:: Resipi asal oleh ~ Akak Asma @ My Resipi ( TQ )
:: C&P dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )


Bahan-Bahan  ( 6 orang )
  • 1/2 kg daging 
  • 6 ulas bawang putih ( tumbuk / blend ) 
  • 1 inci halia ( tumbuk / blend ) 
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato    
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 pkt kecil serbuk kari daging babas ( 1 1/2 pun boleh ) 
  • 1 labu bawang besar ( dimayang ) 
  • 1 ulas bawang putih ( dimayang ) 
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang  
  • Sedikit daun kari  
  • Garam
  • Perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan hiris dan direbus ( simpan air rebusan )
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi ( kicap pekat, sos dan serbuk kari ). kacau sebati.
  5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi.
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 28, 2011

~ Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Sheery Dream Cakes | 9:51 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. 

Tang Yuen ini dibuat dari tepung pulut sepenuhnya atau boleh juga dicampurkan dengan tepung yang lain mengikut citarasa yang menyediakannya.. Ianya boleh diintikan dengan kacang tanah, kacang hitam atau apa-apa inti kegemaran masing-masing.. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan cara membuat Onde Onde.. Cuma rasanya amat berbeza tau... ;). Cara penyediaan tang yuen ini berbeza-beza mengikut daerah atau negeri... 

Sekarang, kita tengok cara Diana menyediakannya pula ya...



~ Tang Yuen ( Glutinous Rice Balls versi tepung jagung + tepung pulut ) 

Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung pulut
  • 10 tbsp tepung jagung
  • 2 ( - + ) cawan air _ ( ni anggaran saja ya.. bubuh sikit-sikit tau )
  • Pewarna merah, kuning atau pewarna kesukaan masing-masing 

Bahan-Bahan A
  • 4 inci halia _ dihiris kasar
  • 4 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air secukup kegunaan
  • Sedikit garam
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Inti ( init ini jika ada lebih boleh disimpan dalam peti ais ya )
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tanpa kulit
  • 2 tbsp creamy peanut butter
  • 1 1/2 tbsp peanut butter with choc stripes
  • 3 tbsp gula kastor ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Garam secukup rasa

:: Untuk intinya ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar.. campurkan bersama bahan inti yang lain  :: 


::  Sediakan 2 periuk yang berisi air.. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia.. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Biarkan mendidih  ::


::  Bahgiakan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan masing-masing ::


Cara-Cara
  1. :: Sebaiknya sediakan intinya terlebih dahulu. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau boleh juga dipanggang. Kemudian kisar kacang tanah tadi dan gaulkan bersama kesemua baki bahan inti tersebut.. Ketepikan.
  2. :: Sediakan 2 periuk yang berisi dengan air. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia. Biarkan ianya mendidih. Jangan tutupkan api.
  3. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa. Tutupkan api setelah ianya mendidih.
  4. :: Untuk membuat adunan tepung ~ Campurkan tepung pulut bersama tepung jagung dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya boleh dibulat-bulatkan.
  5. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian ( diana bahagi kepada 3 bahagian ).
  6. Bubuh pewarna berlainan pada setiap bahagian adunan tepung tersebut.
  7. Ambil sedikit adunan tepung dan bubuhkan inti ( boleh juga buat tanpa inti ). Bulat-bulatkankan dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air, garam dan halia. Setelah ianya timbul bolehlah diangkat dan dipindahkan ke dalam periuk yang berisi dengan daun pandan, air dan gula tadi.
  8. Buat sehingga adunan habis.
  9. Hidang.
  10. Sedap juga dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais.



~ Tang Yuen ( Glutinous Rice Balls versi tepung pulut sepenuhnya )

Bahan-Bahan A
  • Tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Kacang tanah kisar atau kacang hitam ( boleh diintikan dengan inti kegemaran masing-masing )
  • Pewarna merah, hijau atau warna pilihan

Bahan-Bahan B
  • Halia _ dihiris nipis
  • Daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air
  • Garam

Cara-Cara
  1. Sediakan 2 periuk yang dalam. Isikan kedua periuk itu dengan air yang banyak.
  2. Tambahkan halia dan garam ke dalam 1 periuk. Biarkan ianya mendidih.
  3. Periuk yang 1 lagi bubuhkan dengan gula secukup rasa dan daun pandan. Biarkan mendidih. Setelah mendidih tutupkan apinya.
  4. Tepung pulut d icampurkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibulat-bulatkan ( seperti membuat onde - onde ). 
  5. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian ( beberapa bahagian pun boleh juga ).
  6. Warnakan setiap adunan dengan warna yang berlainan.
  7. Ambil sedikit adunan tadi dan intikan dengan inti kegemaran.
  8. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air, halia dan garam tadi. Setelah tang yeun itu timbul, angkat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air, gula dan daun pandan tadi.
  9. Buat sehingga habis. 
  10. Hidang. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 27, 2011

~ Bread Mini Pizza...

Sheery Dream Cakes | 12:09 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni buat sarapan yang ringkas sahaja.. Senang saja nak buatnya sebenarnya… Jom tengok resipinya..

::  Yang nie kepunyaan anak kecil Diana.. Cuma sosej + keju bahan utama  ::

Bahan-Bahan
  • Beberapa keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
  • Cheddar Cheese ( boleh tukar yang lain juga)
  • Sosej _ dipotong bulat
  • Mayonis
  • Sos cili atau sos tomato
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit mentega
  • Frozen mixed vegetables


Cara-Cara
  1. Satukan frozen mixed vegetables bersama mentega, sosej dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
  2. Ambil sekeping roti dan letakkan campuran sausage tadi d atasnya.
  3. Kemudian letakkan sedikit mayonis dan picitkan sos cili atau sos tomato.
  4. Taburkan dengan keju di atasnya. Picitkan lagi sos cili atau sos tomato.
  5. Bakar dan hidang.

::  Siap.. Senangkan Mini Pizza ni..  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 23, 2011

~ Hot & Crispy Chicken...

Sheery Dream Cakes | 10:46 PM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 

Kalu tak silap Diana, 7 tahun lepas resipi ni pernah Diana kongsikan di Friendster.. Lepas tu pada tahun 2005 Diana letak pula di Lifelogger dan beberapa thn lepas Diana kongsikan pula di Facebook Diana.. Bagi yang sudah pernah mencuba resipi ni Diana ingin rakamkan terima kasih kerana sudi mencuba.. Resipi ini terhasil melalui ilham dari sebuah buku masakan dari Taiwan kepunyaan makcik hubby yang dia beli semasa pergi ke sana dulu... Diana olah pula resipinya mengikut citarasa kami sekeluarga.. Inilah hasilnya...

Bahan
  • 3 ketul peha ayam  _ cuci dan bersihkan

Bahan-Bahan Perap

  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula
  • 1 tangkai daun bawang _ d potong 3cm pjg
  • 1 inci halia muda _ d hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah _ d hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih _ d hiris nipis

Bahan-bahan A

  • 2 biji kuning telur
  • Tepung jagung secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan B

  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 inci halia _ d cincang
  • 4 ulas bawang merah _ d cincang
  • 5 ulas bawang putih _ d cincang
  • 1 biji cili merah _ d cincang

Bahan-Bahan C
  • 1 1/2 tsp kicap pekat manis Cap Ayam
  • 2 tsp minyak bijan
  • 1 1/2 tbsp cuka
  • 1 1/2 tbsp gulaula
  • Garam secukup rasa


Bahan-Bahan untuk hiasan
  • Cili merah _ d cincang
  • Daun bawang  


Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 1 1/2 jam.
  2. Kemudian masukkan ayam ke dalam periuk bersama air melebihi paras ayam. Rebus sehingga ayam empuk. Angkat dan toskan.
  3. Simpan air rebusan ayam untuk kegunaan nanti.
  4. Setelah itu celup ayam ke dalam kuning telur dan saluti dengan tepung jagung.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. Angkat dan biarkan ayam sejuk sebelum dipotong.
  6. Kemudian potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan. Ketepikan.
  7. Tuangkan kuahnya di atas ayam tadi dan rengiskan sedikit minyak bijan.
  8. Taburkan bahan-bahan hiasan dan bahan yang telah ditumis di atas ayam.
  9. Hidang bersama sos ( Resipinya rujuk di bawah )

Cara Untuk Menyediakan Kuahnya
  1. Tumis bahan-bahan cincang ( Bahan-bahan B ) bersama sedikit minyak sehingga naik baunya dan garing.
  2. Angkat dan ketepikan untuk hiasan ( tinggalkan 1 tbsp bahan yang ditumis tadi di dalam kuali / periuk ).
  3. Campurkan air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi 1 tbsp bahan yang telah ditumis tadi dan biarkan ianya mendidih.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan C dan sesuaikan rasa.
  5. Tutupkan api dan tuangkan di atas ayam yang telah disusun di atas pinggan tadi.



Bahan-bahan Sos 
  • Kimball Thai Chilli sauce
  • Kicap pekat manis Cap Ayam
  • Air limau kasturi
  • Sedikit kuah dari bahan B
Cara-Cara

  1. ** Campurkan kesemuanya.











BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 20, 2011

~ Udang Bakar Jimbaran...

Sheery Dream Cakes | 10:05 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Hari ini kita bersiaran dengan resipi dari Bali pula… Udang goreng / Bakar Jimbaran memang sedap dan bertambah enak jika ianya dinikmati di restoran makanan laut Jimbaran Bay Bali… Makan malam anda ditemani oleh  matahari terbenam dalam suasana romantis dengan cahaya lilin di meja makan anda.. Rindunya suasana tu… Huhuu…

::  Gambar yang Diana ambil dengan hp sahaja ketika itu.. Inilah salah satu menu kami ketika berada di Seafood Restaurant Jimbaran Bay, Bali pada 2010 yang lepas  ::


Baiklah.. Apa kata kita tengok versi Diana menyediakan Udang Bakar Jimbaran ni.. Ala-ala Jimbaran lebih tepat rasanya… Hehehee...

Cili merah dan hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan, serbuk ketumbar dan buah keras hendak la ditumis sehingga layu.

Kemudian kisar bahan-bahan tadi bersama sedikit air.. tapi jangan terlalu halus ya.. Sederhana sahaja.. Setelah itu boleh la dimasak semula bersama gula merah, kicap dan garam.. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata. Kemudian bolehlah dibakar sekejap. Siap




:: Resipi Olahan Oleh ~ Melley Mey's Kitchen


Bahan-Bahan
  • 1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
  • 6 tbsp kicap pekat ABC
  • 2 tbsp gula merah 
  • Garam secukup rasa
  • Minyak 

Bahan-Bahan A
  • 150 gm cili merah ( Diana campurkan 2 biji cili hijau juga ) _ dipotong kasar
  • 7 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah _ dihiris kasar
  • 5 ulas bawang putih _ dihiris kasar
  • 6 biji buah keras 
  • 1/2 tbsp belacan
  • 1/4 tbsp serbuk ketumbar

Bahan-Bahan B
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih



Cara-Cara
  1. Gaulkan udang bersama bahan-bahan B dan perap selama 20 minit.
  2. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( Kalau hendak dibakar biarkan ianya separuh masak ). Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan A dan tumis sehingga layu.
  4. Keluarkan bahan-bahan A tadi dari kuali dan kisar sederhana halus.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
  6. Kemudian masukkan udang goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul-batul sebati dengan udang tadi.
  7. Angkat dan bolehlah dimasukkan ke dalam oven. Bakar seketika.
  8. Angkat dan hidang.

::  Ini pula gambar udang yang digoreng dan disaluti sosnya tanpa dibakar  :: 



Sekarang kita tengok pula resipi asalnya pula.. 


~ UDANG GALAH BAKAR JIMBARAN…

:: Sumber Resipi Asal ~ Majalah Nona Edisi Ogos 2004  (  TQ )

Bahan-Bahan
  • 400 gm udang galah
  • 100 gm cili merah
  • 30 gm bawang merah
  • 10 gm cili padi
  • 5 gm bawang putih
  • 5 gm buah keras
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil ketumbar
  • 2 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu kecil kicap 
  • 4 sudu kecil minyak
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika perlu


Cara-Cara
  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan.
  2. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, buah keras, belacan dan ketumbar hendaklah ditumis sehingga layu. Angkat dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar tetapi jangan terlalu halus.
  4. Masukkan kembali ke dalam kuali berserta dengan gula. Tumis lebih kurang 5 minit.
  5. Tambahkan garam, kicap dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau hingga rata. Tuangkan ke atas udang galah goreng dan boleh dihidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ AYAM MASAK LEMON...

Sheery Dream Cakes | 8:32 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Hari ini bersiaran dengan resipi Ayam Masak Lemon pula ya.. Apa kata kita terus sahaja tengok resipinya...


Bahan-Bahan A
  • 4 keping dada ayam _ belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
  • 1 tbsp sos lada hitam Life
  • 1 tbsp sos plum Loon Kee
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 biji parutan kulit lemon
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam 

Bahan-Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 tsp biji bijan

Bahan-Bahan C ( Untuk Sosnya )
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 inci halia _ dicincang
  • 4 - 4 1/2 tbsp jus lemon _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 3 - 3 1/2 tbsp sos plum Loon Kee _ mengikut citarasa masing-masing. Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 1/2 cawan air
  • Gula 
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Lain
  • Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
  • 1/2 biji lemon _ dihiris nipis
  • Minyak


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.

 ::  Ayam Masak Lemon yang menggunakan bahagian peha ayam  ::

Selain menggunakan dada ayam, kita juga boleh tukarkannya kepada bahagian peha ayam... Peha ayam itu dibuangkan kulit dan tulangnya. Kemudian dipotong kecil dan nipis. Hasil masakannya adalah seperti gambar ini ya..







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 


::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>