Saturday, July 23, 2011

~ Oreo Cream Cheese Swirl Brownies...

Sheery Dream Cakes | 9:24 AM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa hari lepas.. ketika Diana Google resipi Oreo Brownies.. Terjumpa la resipi nie di blog Beantown Baker.. Terus tergoda tau.. Hehehehe.. Itu yang buat juga tu hari ini.. Kepada sesiapa yang ingin mencubanya bolehlah tengok resipinya ya..


Pukul krim keju bersama gula aising dan esen vanilla selama 1 minit ( Diana guna electric Mixer ).. Adunan akan jadi seperti gambar d bawahnya tu ya.. Kemudian ketepikan.. Gambar yang sebelahnya tu pula.. Mentega dicairkan di atas api sederhana.. Campurkan gula pasir dan  hendak la sentiasa dikacau dan  biarkan ianya mendidih 1 minit dan sejukkan selama 5 minit.. Ketepikan.

Pukul telur sehingga kembang.. Kemudian tuangkan adunan mentega cair dan gula tadi ke dalam adunan telur.. Pukul sebati. 


Setelah itu... Masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko dan garam.. Gaul rata.. Masukkan biskut Oreo yang telah dicincang ( Diana cincang kasar ) dan gaul rata.. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.. Tuang pula adunan krim keju tadi dan ratakan.. Kemudian lapiskan lagi dengan baki adunan tepung tadi.. Ratakan atau dimarblekan dengan pisau.. Lepas tu.. kalau nak taburkan biskut Oreo cincang.. boleh lah ditaburkan sebelum dibakar.. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 23 - 28 minit atau sehingga ianya masak.. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.. Siap!!


:: Resipi oleh ~ Sugar Plum ( TQ )
:: Sumber dari ~ Beantown Baker ( TQ )

~ Oreo Cream Cheese Swirl Brownies _ makes 25

Ingredients

  • 1/2 cup unsalted butter
  • 3/4 cup granulated sugar
  • 1 package ( 8 oz ) cream cheese, softened
  • 3/4 cup confectioners' sugar
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 cup flour
  • 1/2 cup unsweetened dark cocoa powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 1 1/3 cups coarsely chopped Oreo cookies ( Diana guna 1 bungkus )

Method
  1. Preheat oven to 350 degrees F. Line an 8 x 8-inch square baking dish with foil; coat foil with cooking spray.
  2. Melt the butter in a small saucepan, over medium heat. Whisk in sugar and bring to a boil, whisking frequently; boil 1 minute. Set aside to cool for 5 minutes.
  3. In a small mixing bowl, using a mixer on medium speed, beat together cream cheese, confectioners' sugar and vanilla extract, until well combined, about 1 minute.
  4. In a medium sized mixing bowl, sift together flour, cocoa powder and salt; whisk until combined. 
  5. In a large mixing bowl, whisk together eggs, until combined. Whisk in melted butter-sugar mixture until well combined. Stir in flour mixture until just combined, followed by Oreo cookies.
  6. Spread half of brownie batter into baking dish, followed by cream cheese layer; dot the top with remaining brownie batter, and spread evenly, as best as you can. 
  7. Run a knife through batter to make "swirls". 
  8. Bake at 350 degrees F, for 23 - 28 minutes.
  9. Cool on a wire rack to room temperature before slicing. Lift foil out of baking dish, and slice. For easier slicing, try freezing the brownies for 30 - 60 minutes.









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, July 21, 2011

~ Ikan Pari Masak Hijau...

Sheery Dream Cakes | 1:43 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dah Salam Sayang..

Ikan Pari Masak Hijau... Resipi ni memang sedaaap!! Terima kasih Akak Ayu kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih..



Bahan-Bahan
  • 2 - 3 ekor anak ikan pari _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 3 - 4 batang daun kari
  • 3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )
  • 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga

Cara-Cara
  1. Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
  5. Masukkan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata. 
  6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. 
  7. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. 
  8. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, July 8, 2011

~ Asam Pedas Melaka...

Sheery Dream Cakes | 8:08 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Asam Pedas, salah satu menu yang dikenali di Melaka.. Setiap kali menjejakkan kaki di Melaka, kami tidak ketinggalan untuk menjamu selera dengan lauk ini.. Sememangnya sedap. 

Sekarang Diana boleh memasak sendiri Asam Pedas Melaka resipi dari junjs11Sudah banyak kali Diana memasak menggunakan resipi ini.. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula berkongsi resipi ni dan mengolah cara penyampaian resipi ni ya.. Terima Kasih...


:: Resipi oleh ~ junjs11@ My Resipi ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 3 keping ikan tenggiri ( ikan lain pun boleh )
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 biji tomato _ dipotong
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 batang serai _ diketuk
  • 1/2 kuntum bunga kantan atau daun kesum secukupnya 
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika suka

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 1 sudu teh jintan putih 
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-Bahan Tumis
  • 1/2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air secukup kegunaan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan, kacang bendi, serai dan bunga kantan. Biarkan sehingga kesemua bahan tadi masak.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan tomato.
  6. Tutupkan api dan hidang. 


Gambar di bawah ini antara gambar yang pernah dikongsikan dulu







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, July 7, 2011

~ Ayam Mentega Rangup...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua… 

Hari ini Diana sajikan dengan Ayam Mentega Rangup ni ya ( Dah licin dah pun.. jamu mata ja la kan nampak gayanya ). Nak jemput makan dah habis dah.. ^_^. Jom tengok resipinya.. 

 ::  Satukan ayam dah bahan² perap  ::

 ::  Perap selama 20 minit  ::

 ::  Sementara tu boleh la sediakan bahan² cincang dan hiris  ::

 :: Cairkan mentega  ::

 ::  Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi  ::

 ::  Kemudian tumis sehingga naik aromanya  :: 

 :  Masukkan ayam goreng dan gula... Siap!  : 


Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam _ dihiris
  • 2 tangkai daun kari _ dihiris
  • 4 biji cili padi _ dicincang
  • 60 gm mentega ( Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu ya )
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tsp gula
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Ayam d gaul bersama bahan-bahan perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung kemudian digoreng. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, July 6, 2011

~ Acar Timun Mentah...

Sheery Dream Cakes | 9:52 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Resipi ni amat mudah dan cepat disediakan.. Ringkas namun sedap!! Rasanya semua  orang tau membuat acar timun mentah ni kan… Cuma mungkin lain orang lain cara penyediaannya.. Apa kata kita tengok cara Diana menyediakannya pula










Bahan-Bahan
  • 250 gm timun jepun yang telah dihiris nipis
  • 1 tin nenas kiub 
  • 1/2 biji cili merah _ dihiris halus
  • 1/4 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 biji bawang merah _ dihiris halus
  • 2 tbsp air nenas dalam tin
  • 2 tbsp cuka
  • 2 biji cili padi _ dicincang
  • Air gula secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata.
  2. Hidang.
** Diana suka simpan acar timun mentah ini di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. 








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Special Melting Moments...

Sheery Dream Cakes | 8:43 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Resipi kali ini Diana kongsikan dari resipi Chef Agnes Chang... Cookies ini sangat mudah untuk menyediakannya.. Jom tengok resipi dan cara penyediaanya...


::  Gaulkan gula aising, mentega / margarine, esen vanilla dan garam  ::

::  Campurkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Gaul hingga rata. Paipkan adunan mengikut bentuk kegemaran. Sedia untuk dibakar  ::


:: Resipi Oleh ~ Agnes Chang _ I Can Bake ( TQ 

Bahan-Bahan
  • 200 gm mentega / margarine
  • 80 gm gula aising _ diayak
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 1/4 tsp garam
  • 120 gm tepung naik sendiri _ diayak
  • 120 gm tepung jagung _ diayak
  • Sedikit gula aising untuk ditabur diatas biskut

Cara-Cara
  1. Gaulkan gula aising, mentega / margarine, esen vanilla dan garam sehingga sebati ( until just combined ) .
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan bentuk kegemaran. Jarakkan antara satu sama lain.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 15 - 20 minit ( bergantung kepada suhu oven masing-masing ).
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan biskut tersebut sebelum ditaburkan dengan gula aising.
  6. Simpan di dalam balang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, July 2, 2011

~ Ikan Tempra Nyonya...

Sheery Dream Cakes | 3:26 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera … 

Petang ni Diana nak kongsikan resipi Ikan Tempra Dari Buku Nyonya Recipes... Tapi ada sedikit olahan yang Diana buat... Jom tengok resipi menu yang dah lama licin ni... Ni entri tertangguh sebenarnya ni.. Heeheee... ;) 

::  Bawang merah dan bawang putih goreng  :: 

::  Bahan yang perlu ditumis  :: 

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ dibersihkan
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Ini Diana tambah )_ Tak bubuh pun tak apa

Bahan-Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah _ dihiris
  • 12 ulas bawang putih _ dihiris

Bahan-Bahan B
  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dipotong menyerong

Cara-Cara
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.


:: Resipi Asal ~ Dari Buku Nyonya Recipes

~ BRAISED SPICY FISH ( Ikan Tempra )


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan selar _  bersihkan dan perasa dengan 1/2 tsp garam 
  • 1/2 cawan minyak masak

Bahan-Bahan A
  • 6 biji bawang merah _ kupas kulitnya dan hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih kupas kulitnya dan hiris nipis
  • 50 gm asam jawa + 1 cawan air
  • 5 tangkai cili padi _ hiris

Bahan Perasa
  • 2 tbsp atau secukup rasa gula
  • 1 tsp garam,


Cara-Cara
  1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak di dalam kuali dan goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan. Ulang langkah tadi untuk bawang putih.
  2. Tinggalkan 3-4 tbsp minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan di atas api yang kuat. Terbalikkan ikan dan goreng lagi hingga ikan masak.
  3. Di dalam kuali yang lain, masukkan air asam jawa, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan ikan goreng tadi dan renih selama 5 minit atau sehingga ikan masak.
  5. Masukkan 1/2 daripada bawang merah dan bawang putih goreng dan tutupkan api. Tutupkan api dan angkat.
  6. Taburkan bawang merah dan bawang putih goreng di atasnya semasa menghidang.
  7. Makan bersama nasi putih.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>